Aku perhatikan berdekatan dengan tempat persembunyianku terdapat lori-lori besar dikumpulkan di situ. Aku segera menyelinap mendekati lori-lori tersebut. Aku melompat masuk ke bahagian dalam lori tersebut. Di dalamnya terdapat kotak-kotak besar dengan jata negara Tanah Perang tercop padanya. Barangkali mungkin ianya harta rampasan perang setelah Debumi berjaya menumbangkan negara Tanah Perang. Aku melihat-lihat kotak tersebut dan mencari cara untuk membukanya bagi melihat apa isinya.
"Kotak-kotak itu dah berada di dalam lori ke?"
Gawat. Aku mendengar suara seseorang. Dengan pantas aku menyelinap badanku di balik kotak-kotak itu.
"Beres. Tinggal dihantar saja. Malam ini juga aku menghantarnya."
Aku mengintai di celahan kotak dan mengenal pasti dua orang tentera Debumi yang sedang berbual. Harapnya mereka tidak selidik sehingga dapat mengesan aku.
"Perut aku sudah mula berkeroncong. Jom lepak banquet."
"Dua badan satu otak. Aku pun begitu. Marilah."Mereka beredar jauh daripada lori tersebut. Melihat keadaan kembali lancar, aku keluar dan kali ini aku mencari benda yang boleh mengumpil. Aku mahu mengumpil penutup kotak yang dipaku itu. Cari,cari, cari aku pun menemui batang besi yang tajam dan sedikit bengkok di hujungnya. Aku ambil dan mencuba untuk membuka penutup kotak tersebut.
*Papppp*
Kotak itu pun terbuka. Aku mengalihkan penutupnya. Aku berikan pandangan pertamaku kepada isinya dan senyuman aku mula terukir. Di dalamnya terdapat dua senapang laser dan beberapa bom tangan. Aku mengeluarkan senapang tersebut dan memegangnya. Ia seakan Zeus gun tetapi agak besar dan aku dapat merasakan sesuatu apabila memegangnya. Terdapat butang kecik pada senapang tersebut. Atas sikap ingin tahu, aku menekannya. Lalu, senapang tersebut menjadi kiub kecil sekecil gula kiub dengan butang di atasnya. Aku menekan butang dan kiub itu membesar menjadi senapang."Bagus. Bolehku simpan di dalam seluar," monologku. Aku pun mengecilkan dua senapang itu dan menyimpannya. Bom tangan itu pula aku ambil satu. Sekarang aku mahu mencari cara untuk melarikan diri.
Booooomm
Sebuah lori meletup. Tentera Debumi dikejutkan dengan dentuman letupan tersebut dan kelihatan kepulan-kepulan asap menebal dan marakkan api. Berpusu-pusu mereka berlari untuk menyaksikan apa yang baru saja berlaku. Rancangan aku berjaya.Peluang cerah. Keadaan yang kelam-kabut ini membolehkan aku untuk melarikan diri. Aku berlari bertentangan dengan arah tentera pergi. Sedaya upaya mengelakkan diri daripada bertembung. Dan bila saja aku dapat lolos, badan aku rebah.
Badan aku baru saja ditembusi sebutir peluru. Panas peluru memedihkan lagi luka. Darah mula menitis. Sakitnya tidak terkata hingga buatkan aku tidak bergerak. Datang ke arahku. Orang yang aku kenal. Ethena merapatkan diri. Dia memijak dadaku yang ditembusi peluru sambik gelak psiko.
"Sini kau rupanya. Kau nak lari mana weh?"
Cilaka betul Ethena ni. Makin perit bila dipijaknya.
"Bawak sini benda tu."
Dia mengarahkan pembantu dia mengambil sesuatu.Dia mencampak dua objek yang baru saja diambilnya dihadapan aku. Jijik betul perangainya.
"Apa kau buat ni haa?", teriakku.
Dua kepala tiada badan dihadapanku. Ini perangai setan. Kepala Sarjan Sedius dan Embah Wok dipenggal lalu dipersembahkan kepada aku. Tak sanggup aku lihat wajah mereka tetapi mata aku dipaksa mereka oleh tentera Debumi. Emosi ku yang kurang stabil menjadikan aku aggresif dan ingin membunuh Ethena."Cilaka kau. Mari sini tak guna. Aku penggal kepala kau." Tetapi seranganku dipatahkan dan aku ditembak 6 das tembakan.
"Hahaha. Kau tak boleh mati di sini. Mari ikut aku."
YOU ARE READING
Legasi 2020
Science FictionSambungan daripada Aku Seorang Askar "Agi Idup Agi Ngelaban" Cerita ini bukan untuk mereka yang inginkan sesuatu yang logik. Aku tulis cerita ini untuk membawa elemen baru dalam penulisan.