Ini cerita pertama saya. So, hehehe.. I hope the readers will enjoy reading.
Kringggg!!!
Pergi sekolah untuk belajar. Dia orang ni pergi sekolah buli orang. Bukan pelajar, Cikgu sekolah pun kena sekali.
"Penat la!" Jerit Raden.
"Lari laju lagi. Ini akibat nya kalau pergi sekolah, nak sailang-sailang orang sana sini. Kau Ingat sekolah ni bapak kau punya?!" Marah Cikgu disiplin menghalakan rotannya ke arah mereka berlima.
"Marah gila cikgu tu. Kena sawan babi ke apa? Muka dia sikit lagi, sah sama macam tomato." Kata Sha selamba.
"Kau kata apa?! Haa aku tambah lagi satu pusingan. Biar tanggal skru lutut kau." Jerit Cikgu disiplin.
Lantang beb suara. Bergema sekolah gini.
"Ayok Sha. Kepala tomato dah marah." Ejek Eyra dan Iqah serentak.
Tiba-tiba mereka berlima terdengar ketawa dua orang budak perempuan yang sangat dikenali.
Hanis dan Masya!
"Tak serik betul lah dua ekor ni. Memang nak tempah maut awal-awal agak nya." Kata Eyra sambil menggenggam penumbuk.
"Ada yang esok pergi sekolah tak bergigi karang!" Marah Sha lalu memandang tepat ke arah Hanis dan Masya.
Jangan dicabar 5 orang ni dik oi. Silap-silap awak melekat dekat dinding.
"Buat projek. Eyra ...." Iqah menyilangkan tangan di dada.
Habislah....
Masing-masing tersenyum. Senyuman yang tersirat beribu kenakalan yang bakal berlaku dan senyuman yang mengundang bala dan malapetaka!
______________________________Telur . Tepung . Baldi . Tali . Done!
"Cepat lah. Macam kura-kura tua lah kau ni iqah. " keluh Eyra.
"Kau suruh aku panjat. Kau suruh aku ikat baldi ni dekat pintu. 2 benda tau! Dalam tu dah lah ada 4 biji telur. Tak dua ekor tu mandi telur, kita yang mandi telur. Nak?" Marah Iqah panjang lebar. Hamek kau!
"Okay done!" Kata Eyra riang.
Mereka berdua berjalan keluar dari kelas dengan selamba. Macam tak da apa-apa. Pelajar lain kalau buat salah, takut gila. 5 orang ni? Selamba je kena kan orang.
Malapetaka dah mula!
______________________________Kringggg!!
Semua pelajar berada di dalam kelas masing-masing. Waktu nak santai dah tamat!
"Assalammualaikumwarah... cikgu." Ucap ketua kelas selepas mengarahkan pelajar 5pa1 untuk berdiri.
"Assalammualaikumwarah... cikgu" Ucap pelajar 5pa1 serentak.
Semua pelajar memandang 5 orang pelajar lelaki di hadapan mereka. Beribu-ribu soalan timbul dalam kepala otak masing-masing.
YOU ARE READING
5 L O V E S
Teen FictionTentang 5 orang pelajar perempuan dan 5 orang pelajar lelaki. Bila percintaan antara mereka bersatu ia menjadi 5 cinta. yang perempuan terkenal di sekolah dengan sikap 'nakal' mereka yang suka mengenakan pelajar dan guru lain. Datang pula 5 orang p...