Chapter 47

14.2K 785 17
                                    

Selepas seminggu, Farish masih tidak dibenarkan ke sekolah. Kecederaan pada perutnya belum pulih sepenuhnya. Hanya Laila saja dibenarkan belajar du dalam kelas. Yang lain masih dalam proses mentor-mentee.

Laila duduk diam saja di tempatnya. Yang lain tak berani bersuara.

"Ishaan?" Panggil Izz dalam nada yang berbisik.

"hmm?"

"Pergilah pujuk dia." Ujar Izz.

"Haih.." Ishaan mengeluh.

Ishaan beralih tempat kesebelah Laila.

"Eh Ishaan, kenapa kamu beralih tempat?" Soal Cikgu Wani.

"Er... kerusi tak kukuh." Hentam sajalah.

"Tukar ajelah kerusi."

"Leceh." Jawab Ishaan.

Cikgu Wani menggeleng kepala. Ishaan tersengih.

Ishaan menyiku tangan Laila. Laila tidak membalas apa-apa. Masih tengah sakit hati ni!

Parah ni!

"Laila?" Panggil Ishaan.

Laila diam.

"Laila?" Panggil Ishaan lagi.

Masih sama.

Chupp!!

Secara spontan Ishaan mencium pipi anak dara orang.

Laila terkaku. Yang lain tergamam. Izz dah menepuk dahu beberapa kali.

Laila memandang Ishaan dengan muka yang sungguh marah. 'KAU NAK APA?!'

'Nak kau.'

Laila memberi jelingan tajam. Fuh.. menusuk ke dalam hati!

Ishaan mengoyakkan kertas dari bukunya lalu menulis sesuatu.

Aku minta maaf.

Kertas itu dihulur kepada Laila. Laila pun baca. Laila membalas.

Time tengking ada fikir?

Ishaan mengeluh.

Sorrylah.

Laila baca.

Aku maafkan tapi, dengan satu syarat. Belanja aku kfc,pizza,mcd and bawa aku shopping. Tu denda untuk kau.

Ishaan baca.

Okay. Bila?

Laila balas.

Petang ni pukul 3.30 petang.

Nak tak nak, kenalah ikut. Nanti ada yang terkam aku seminggu mc nanti.

"Sayang juga kau kat aku." Ujar Ishaan.

"Perasan!" Balas Laila.

"Laila dan Ishaan! Kamu berbual apa tu? Berdiri!" Jerit Cikgu Wani.

Laila memandang Ishaan. 'NI SEMUA SEBAB KAU! JAGA KAUUUU!!!

Ishaan menelan air liur.

Gulp!




Hoho.. Reader2 ni mesti yang dh ada girlf/boyf kan? kan? kan?  Yang penting jangan cium selagi tak halal. Syirah pelangkung kang! 😂

5 L O V E SWhere stories live. Discover now