Chapter 50

14.7K 717 4
                                    

Habis saja sekolah, seperti biasa, Mentor akan adakan aktiviti sukan atau study smart kepada mentee masing-masing. Eyra dan Putera, Raden dan Aryan study smart. Iqah dan Ian, Sha dan Mikael bersukan. Meningkat stamina.

"Kau mesti pandai mengelak dalam permainan dodgeball." Ujar Iqah kepda Ian.

Iqah terus baling bola ke arah Ian. Ian mengelak.

"Kau mesti cekap tangkap bola." Kata Iqah lagi.

Iqah membaling dua bola ke arah Ian. Haya satu saja dapat ditangkap.

"Pemain profesional biasanya attack dua orang sekaligus. Guna cara double attack, kita mudah menang."

Ian mengangguk.

"Disebabkan kita ada dua orang saja, kita akan main showdown." Ujar Iqah.

Showdown? Apa kejadah pula natang tu?

"Showdown tu bila pihak lawan dan pihak kita tinggal seorang." Iqah macam tahu aje apa di dalam otak Ian.

"Mula!! Fritt!!"

"Lembiklah kau ni Mika." Kata Sha sambil memerhati Mikael yang sedang berlari di atas padang.

"Lembik kepala otak akaklah! Ni dah 7 round tahu tak?!" Marah Mikael sambil kakinya tidak henti dari berlari.

"7 round aje. Aku boleh buat 70 round tau." Ujar Sha.

"Poyo!" Mikael mencebik.

70 round konon. Entah-entah round kedua dah innalillah.

"Lari laju lagi!" Jerit Sha.

Dia ingat kaki aku ni robot? Suka hati dia aje. Dah lah panas. Hitam muka aku. Terbako! Hilang kehenseman di wajah ku ini.

Di perpustakaan pula.

Eyra memandang Putera yang tekun membuat latihan sains. Diorang ni tak adalah nakal mana. Haih... nasib koranglah.

"Kak, Putera nak rehat kejap. Kebas dah otak ni." Ujar Putera.

"Akak dengan Abang Izz couple eh?" Soal Putera.

Eyra mengangguk.

"Tapikan, haritu waktu rehat. Putera lalu depan kelas akak. Lepastu, Putera nampak ada seorang budak perempuan ni, dia letak bungan dengan coklat. At first, Put ingat tu akak. Put pun tegurlah. Bila dia pusing, orang lain rupanya." Putera menceritakan.

"Lagi?"

"Dia sombong gila tau kak. Put  cuma tanya aje. Awak buat apa kat sini. Akak tahu dia balas apa?"

"Tak tahu."

"HESH AKAK NI!" Marah Putera.

Eyra tersengih." Sambung."

"Dia cakap ni bukan urusan kau. Haaaa..dia siap pesan lagi kat Putera suruh pesan ada akak. Jangan dekat dengan Abang Izz. Abang Izz hak dia."

WTF?! Dulu ada psiko mana sepak muka aku and then warn benda yang sama. Sah ada yang tak puas hati dengan aku. Tapi...Siapa kau?

"Err Put, akak nak buang hajat kejap."

"Buanglah."

Eyra terus keluar dari perpustakaan. Dalam perjalanan ke tandas, Eyra terdengar pertekaran di belakang sekolah. Dia sangat kenal dengan suara tu. Izz! Tapi, dia buat apa kat sini? Sekarang dah pukul 2.30 petang. Eyra terdetik di dalam hati ingin mengintai. Dia pun mengendap sikit-sikit di belakang dinding.

Sah memang Izz. Aku belum rabun lagi. Tapi, siapa budak perempuan depan dia? Diorang macam bergaduh besar. Tanduk 3 inci dah keluar dari kepala Eyra. Apa lagi, dia pun curi-curi dengarlah.

"Aku tak suka kau! Aku tak cintakan kau! Aku cuma cinta dan sayang Eyra seorang saja. Berhenti ganggu aku!" Bentak Izz.

"Saya suka awak! Takkan tu pun awak tak faham?!"

"Aku memang tak faham. So what? Aku nak jumpa kau pun sebab aku nak kau berhenti letak bunga dan coklat bawah meja aku. Berhenti ganggu aku dan Eyra!" Izz terus beredar dari situ.

"SAYA AKAN BUAT AWAK MENYESAL IZZ!!!"

Eyra mengundur setapak ke belakang. Hati yang sakit cuba ditahan. Kalau diikutkan, mahu saja dilayang penumbuk.

"Perempuan tu memang psiko."

Eyra terdengar suara Izz. Lintang-pukang dia berlari ke perpustakaan semula. Sampai saja di perpustakaan, dia cuba mencari oksigen. Penat weh lari balapan dari tandas sampai library.

"Akak ni kena kejar hantu ke apa?" Soal Putera.

"Akak nak cerita something ni. Kus semangat. Sesak nafas siot." Eyra cuba bertenang. Otaknya masih berfikir ayat terakhir perempuan itu.

Kau akan menyesal. Itu ayat terakhir dia. Dia pula siapa? Arghhh kusut!












Apa yang akan jadi? Perempuan gila tu nak buat apa? Mohon Eyra tabah. 😂 Keep reading....

5 L O V E SWhere stories live. Discover now