Chapter 15

16.7K 927 6
                                    

Seminggu selepas kem.....

"Laila?" Sha memanggil.

Laila mengangkat mukanya lalu mengangkat kening nya 'kau nak apa?'.

"Kau dah siapkan soalan maths?" Soal Sha sambil mencari sesuatu di bawah meja.

"Belum." Ujar Laila dengan tenang.

"Kau relax je?" Soal Sha lagi dengan dahi yang berkerut.

Laila tidak menngeleng dan tidak mengangguk. Mukanya selamba saja.

"Yang lain pula?" Soal Sha kepada yang lain.

Mereka menunjukkan piece dan thumbs up.

"Laila, dia orang semua siap tau. Kau je yang sesat belum siap." Ujar Sha lalu menampar bahu Laila perlahan.

"Aku diri je lah kat luar." Jawab Laila dengan selamba.

"Up to you. Aku dah tak tahu nak cakap apa." Sha sambung membaca buku.

"Bangun semua!" Kelihatan Cikgu Afifa berdiri di hadapan kelas sambil memegang rotan.

"Assalammualaikum anak-anak."

"Waalaikumussalam warah....Cikgu."

"Siap belum siap kerja yang saya beri semalam, SILA BERDIRI." Ucap Cikgu Afifah lalu merotan meja guru. Zass.

Izz, Ishaan, Auf, Nasri, Daniel, Eyra, Iqah, Sha dan Raden memandang Laila. Laila dengan segala hormatnya berdiri dengan muka macam kerang busuk.

"Laila, kenapa awak tak siapkan kerja saya?!" Marah Cikgu Afifa.
"lupa." Jawab Laila ringkas.

Sha menepuk dahi beberapa kali. Sengal!

"Lupa? Kat rumah awak buat apa?! Jaga suami? Jaga anak?" Ujar Cikgu Afifah dengan nada tidak puas hati,

"Jaga adik." Jawab Laila dengan tenang.

"Saya cakap, awak melawan! Nak jadi apa ni bila dah besar nanti?!" Marahnya lagi.

"Saya menganggur." Jawapan Laila membuatkan satu kelas melepaskan tawa yang kuat.

HAHAHAHA

"Ya Allah budak ni. Diri luar kelas . NOW! Selagi awak tak siapkan benda ni di luar, jangan masuk."

"Okey." Laila melangkah keluar dengan muka yang tak ada perasaan.

"Apa kena dengan Laila tu? Dia macam tak betul je." Kata nasri lalu memandang Sha.

Sha mengangkat bahu.

"Aku pun rasa dia ni pelik. Dia tak pernah macam ni." Ujar Raden pula.

"Hmm.. Macam ada benda yang tak kena je." Kata Iqah.

"Haa kau tengok tu. Boleh dia bersiul lagi. Cikgu suruh dia buat kerja semalam, dia bersiul. Grr." Eyra memandang Laila di luar kelas.

Masing-masing kebingungan.

~~~~<>~~~~

Kringggg!!!!

Rehat!

Di pondok tempat mereka berlepak seperti biasa.

"Err.. Laila?" Iqah memanggil. Mulutnya penuh dengan nasi.

"Kau makan. Tak payah cakap. Kang tersedak, biru muka kau baru tahu." Tegur Sha.

"Kenapa kau punya mood harini macam pelik ek?" Soal Ishaan kepada laila.

"Nothing." Jawab Laila ringkas.

"Cakap ajelah." Ujar Nasri.

"Tak ada apelah." Laila tersenyum kelat.

"Macam tak biasa aje dengan perangai aku. Actually, mama aku buat majlis makan-makan. Grr.. macam open house esok. Tapi, malam. Mama aku ajak sepupu aku tu. Kau tahukan dia tengok muka aku memang suka cari pasal. Ingat tak, masa aku form 1. Gemuk? Masa tu ada makan-makan kat rumah dia. Dia hina aku depan kawan-kawan dia. Tak sanggup aku nak hadap benda tu one more time." Jelas Laila panjang lebar.

"Si rafie tu?" Soal Sha.

"Grrr.. Dialah." Jawab Laila dengan sayu.

"Kau dah kurus dah sekarang. Kau dah cun." Puji Raden.

"Grr.."

"Kau ni Laila asyik grr grr." Marah Iqah.

"Mama aku jemput kau orang juga tau. Aku tahu semua datang eh. Tak datang, aku cincang sorang-sorang." Ujar laila berbaur ugutan.

Laila memandang Ishaan.

"Bawa Ishraf sekali eh? Aku rindu kat budak kecik tu." Kata Laila kepada Ishaan.

Ishaan mengangguk.

"Pakai smart-smart tau yang lelaki. Perempuan pakai cun-cun. Makesure kita stick together eh." Kata Laila.

Mereka mengangguk.

Laila tersenyum gembira.




Bab ni saya tulis main hentam je. Tak faham boleh tanya tau. Saya tak sombong. Chat je. Ngee.. Vote, comment and follow. Thank youuuuuuuuu love youuuuu.

5 L O V E SWhere stories live. Discover now