Chapter 13

18.1K 950 34
                                    

Dari mula aktiviti sampailah sekarang Nina asyik berkepit dengan Ishaan.

"Beb, berbulu weh mata aku tengok si gedik tu dok meleset dengan Ishaan." Ujar Sha.

"Yang kau usha si Ishaan buat apa? Bakal suami kau kat sini tau." Jawab Nasri lalu berpeluk tubuh.

"Aku tendang kau sampai eropah kang!" Sha menjegilkan mata.

"Ikutkan aku, dah lama aku ikat betina gedik tu kat pokok." Kata Daniel pula.

"Kau nak ikat tu anak orang tau! Fikirlah sikit." Kata Raden.

"Kau tengok muka si Daniel ni kisah ke? Macam selenga aje aku tengok." Kata Sha dengan selamba.

"Aktiviti seterusnya, nampak lumpuh yang berkeladak tuh?" tutur Khai.

"Nampak!"

"Dalam tu ada guli. siapa dapat paling banyak guli, dia menang. BERPASANGAN. Nak solo pun boleh. 2 minit pilih pasangan."

Izz, Eyra, Sha, Nasri, Auf, Iqah, Raden dan Daniel memandang Laila tatkala perkataan 'solo' diungkap. Laila hanya tersenyum tawar.

"Biy, I nak dengan you tau." Nina memaut lengan Ishaan.

"I dengan orang lain. I dah ada partner." Ujar Ishaan.

"Dengan I lah." Nina masih berkeras.

"Eh si celop ni. Dah dia kata dia dah ada partner kan? Tu pun tak faham? Kau ni daripada mana? Bahasa melayu pun tak faham. Kebangangan kau tu membeku dalam otak kau agaknya. Yang kau tahu MENGGEDIK." Ujar Iqah.

Auf pula mengangguk aje kerjanya.

"Eh kau! Baik kau diam. Ini urusan aku. Kau tak payah menyemak kat sini. Blah." Bidas Nina.

"KAU TU YANG MENYEMAK!" Ujar Izz, Nasri, Auf dan Daniel serentak.

"Padan muka!" Ejek Sha.

"Aku nak solo." Laila yang sedari tadi membisu bersuara.

"Tapi...." Ayat Raden dipotong.

"Aku nak solo!" Kata Laila dengan tegas.

"Tapi weh..." Tergantung juga ayat Sha.

"Aku kata , aku nak solo! Tak faham ke?! Kau nak aku cakap bahasa apa?!" Tersentak Sha tatkala diherdik oleh Laila.

Yang lain juga terkejut. Laila terus beredar daripada situ memulakan pencarian guli. Nina tersenyum sinis.

"Kau ni dasar perempuan tak reti malu. Datang tak dijemput. Kau main terjah aje. Ni EX kau? Kau angkut and then blah! Sakit mata aku pandang kau. ber I you bagai. Meleset 24 jam! Kau ingat ni kelab malam? Ni semua punca daripada kau Nina ke apa nama kau haaa.. kau bukan lawa mana pun. Setakat makeup 3 inci setepek kat muka kau tu boleh cite ah. Hak alamak!" Kata Sha dengan lantang. Sentap siot siapa dengar.

"Biy, dia marah I." Adu Nina kepada Ishaan.

Nina dan Ishaan blah daripada situ. Disuruh blah. Apalagi? Angkat ah kaki and then blah!

~~~~<>~~~~

"Mana pulak guli yang lain ni? Aku jumpa 3 biji aje?! Fuh!" Laila mengeluh.

Laila menguis lumpuh dengan kayu. Tercari-cari guli seterusnya.

"Ada orang single mingle lah kat sini." Tegur Nina.

Laila tidak menghiraukannya.

Nina mencuit bahu Laila.

No respon.

Kali kedua Nina mencucuk bahu Laila dengan kayu yang kotor.

"JANGAM SENTUH AKU LAH BETINA SUNDAL!" Laila menolak Nina sehingga jatuh.

5 L O V E SWhere stories live. Discover now