Masing-masing ketawa tak henti-henti. Sampai hentak-hentak meja.
"Weh dah la tu. Korang hentak-hentak meja ni. Kalau roboh nak makan kat mana?" Marah Auf.
"Serius ni. Aku tak boleh berhenti ketawa." Kata Eyra lalu sambung tawanya tadi.
"Haih." Ishaan mengeluh melihat perangai masing-masing. Lebih-lebih lagi Laila
"Laila berhenti boleh?" Soal Ishaan.
"Tak." Jawab Laila sepatah.
"Kau cakap la apa pun. Minah senget ni takkan henti punya. Dia ni kepala batu." Sha mencelah.
"Sekurang-kurangnya kepala aku ni tak masuk air. Pastu bebal." Jawab Laila.
"Dah lah. Tadi gelak , lepastu nak bertikam lidah." Tegur Raden.
"So?" Soal Laila.
Masing-masing senyap. Tak de apa yang nak dibicarakan.
"Okay dah dah. Sekarang ni time makan okay. Kita depan rezeki." Tegur Iqah.
Masing-masing dengan makanan masing-masing.
__________________________________Malam.
Aktiviti waktu malam.
"Sekarang ni aktiviti kita, masuk ke dalam hutan tu. Pegang tali yang tunjukkan arah tu. Lepas tali tu takde sambungan, mesti depan tu ada banglo. Masuk dalam tu. Kena kacau ke apa, jangan jerit. Kalau jerit, kalah kumpulan kamu. Sampai dalam banglo, berdua-dua. Ada dua tingkat. Pandai-pandailah berpecah. Lain-lain tempat. Rumah lama tu besar. Dua orang kat ruang tamu, dua orang kat dapur. Faham?" Khai memberi arahan untuk aktiviti seterusnya
"What?!" Sha terkejut. Hampir terjerit kuat.
"Weh aku takutttttttt." Meleret kau perkataan takut si Laila ni.
"Lah pengecut ek kau ni." Sindir Sha.
"Kau pun kan. Haaa aku takut ni. Kau jangan, silap-silap terkeluar silat aku jap lagi." Marah Laila.
Sha memaut bahu Laila.
"Relax ah cakap je. Ishaan kan ada. Kau tengok muka dia. Relax nya ya ampun. Kau tengok si Nasri. Dah berpeluh-peluh. Kalau aku perah tu, mahu dua tiga baldi." Laila terus ketawa mendengar kata kawan baiknya itu.
"Ewah ewah ewah. Best kutuk aku?" Soal Nasri.
"Gila tak best?!" Jawab Sha.
"Aku cili mulut hang baru tau." Ugut Nasri.
"I don't care." Jawab Sha.
"Okay semua saya tiup wisel, semua masuk. Pegang tali kuat-kuat."
Fwittt!
________________________________"Mak aih. Jauh lagi ke rumah tu. Panjang nak mampus tali ni." Rungut Sha.
"Apa kata, kau kunci je mulut kau tu. Berbulu telinga aku dengar." Marah Nasri.
"Izz?" Panggil Eyra.
"Yes?" Jawab Izz.
"Tak rasa takut ke?" Soal Eyra.
"Sikit lah." Jawab Izz.
"Penakut jugak ek Izz ni." Ejek Eyra.
"Weh, aku nak lesing je kepala si Sha dengan Nasri ni. Dari tadi asyik perang mulut je." Marah Raden.
"Biarla dia orang. Tak kacau kita pun." Jawab Daniel dengan tenang.
"Masalahnya, telinga aku ni yang sakit." Raden memegang cuping telinga nya.
"Korang tali dah takde sambungan." Kata Izz. Dah dia depan sekali.
"Mana banglo nya?" Soal Auf.
"Haa tu diaa" Iqah menunjukkan banglo lama itu.
"Jom." Ajak Auf.
Mereka masuk ke dalam banglo lama yang dimaksudkan oleh Khai.
"Okay. Now kita berpecah. Okay. Dua pasangan kat atas, tiga pasangan kat bawah. Okay?" Arah Izz.
"Siapa nak atas?" Soal Daniel.
"Aku atas." Jawab Auf.
"Aku pun." Jawab Nasri.
"Kepala otak kauuuu lahhhh mangkuk. Aku taknak." Marah Sha.
"Ikut je lah. Jangan nak mengada-ngada boleh tak?!" Marah Nasri lalu menarik lengan Sha.
"Dia orang dah naik. Tinggal kita je lah. Aku dengan Laila kat ruang tamu tu lah." Kata Ishaan.
"Okay. Nanti kita orang cari tempat lain." Kata Daniel.
Masing-masing di posisi masing-masing.
________________________________"Hoi dodol. Kenapa pilih tingkat atas?" Soal Sha.
"Saja je. Senyap sikit kat atas. Orang tua-tua kata kat atas lagi banyak yang rambut panjang tu." Jawab Nasri.
"Aku nak tengok." Sambung Nasri lagi.
"Istilah bangang mana kau dapat ni?!" Marah Sha.
"Istilah aku." Jawab Nasri lagi.
"Bengap tahap terlalu dan sangat-sangat bengap dia ni." Gumam Sha sendiri.
_________________________________Tingkat bawah dekat ruang tamu. Tempat Ishaan dan Laila.
"Laila, duduk lah sebelah aku. Even sofa ni buruk, still boleh duduk." Ajak Ishaan.
Laila akur. Laila duduk di sebelah Ishaan.
"Kau macam tak takut je Laila?" Soal Ishaan
"Takut okayyyyy" Jawab Laila.
Mata Laila ni memang tak reti duduk diam. Matanya meliar disekeliling ruang tamu.
Tap!
Laila terlihat sesuatu yang ganjil di matanya. Diluar tingkat. Macam sliding door tu.
Laila terus memeluk Ishaan. Ishaan agak terkejut.
"Kau ni kenapa?" Ishaan mula risau.
"Jangan cakap dengan aku yang kau nampak someting." Sambung Ishaan lagi.
Laila mengangguk dengan cepat.
Ishaan mula dilanda rasa takut.
"Okay shhh... diam. Jangan bising." Ishaan cuba memujuk Laila.
Aktiviti dalam ni 15 minit saja.
"Tinggal 3 minit je lagi. Yang lain turun, kita terus out dari sini." Kata Ishaan.
Suasana di dalam banglo lama itu sunyi sepi.
Seram!
Ni yang mampu. Seram sikit. Hehe..done chapter ni. So, vote eh kalau best la bagi reader. Thankyou.
YOU ARE READING
5 L O V E S
Genç KurguTentang 5 orang pelajar perempuan dan 5 orang pelajar lelaki. Bila percintaan antara mereka bersatu ia menjadi 5 cinta. yang perempuan terkenal di sekolah dengan sikap 'nakal' mereka yang suka mengenakan pelajar dan guru lain. Datang pula 5 orang p...