Chapter 55

14.2K 723 14
                                    

Eyra dan Raden berlari anak ke padang. Sha dah memang ada kat padang. Pingpong tamat dulu. Iqah pun sama. Laila berlajan dengan lemah ke arah mereka.

"Nah air." Sha memberi sebotol air mineral kepada Laila.

"Thanks beb." Ucap Laila lalu meneguk air dengan rakus.

"Aku nak ke tandas sekejap." Ujar Laila.

Mereka mengangguk.

Laila berlalu ke tandas. Dalam perjalanan, dia dapat merasakan ada seseorang yang mengekorinya. Bila ditoleh, tiada sesiapa. Tiba-tiba....

Seseorang menolak Laila dari belakang sehingga terjatuh terlentang. Laila sempat membaca nametagnya. Nani? Who is she?

"Tak ada mata ke ha?!" Tengking Laila.

Nani tersenyum sinis lalu memijak tangan kanan Laila yang bengkak. Perut Laila ditumbuk kuat.

"Arghhhh! Kau nak apa jahanam?!" Soal Laila sambil menahan sakit.

Laila mengetap bibir.

Kaki Nani tidak lepas dari memijak tangan Laila.

"Aku nak kau cakap dekat kawan kau Eyra. Jangan kacau Izz. Izz aku punya. Faham?!" Nani berlalu pergi meninggalkan Laila yang terkulai di atas lantai menahan sakit.

Laila cuba untuk berdiri. Gat ditangan dicabut. Bengkak ditangannya semakin membiru. Gat disarung semula. Kepalanya mula pening. Laila terpandang susuk tubuh yang ingin mendekatinya sangat dikenalinya. Ishaan.

Ishaan memegang bahu Laila yang terhuyung-hayang.

"Kau kenapa ni?!" Soal Ishaan dengan cemas.

"Bawa aku pergi bilik rawatan." Ujar Laila.

Ishaan memandang Laila atas bawah.

"Kau boleh jalan ke dengan keadaan macam ni?" Soal Ishaan.
"Boleh." Jawab Laila sambil memicit kepalanya.

Tanpa menunggu apa-apa jawapan daripada Laila Ishaan terus mendukung Laila di bahu. Mereka ke bilik rawatan.

"Turunkan aku lah!" Laila menumbuk belakang Ishaan.

Dah sakit macam ni pun nak terajang aku. Tak padan dengan kecik!

"Wow! Asal ni?" Izz terkejut.

"Aku rasa ada benda yang tak kena. Damn!" Bentak Ishaan selepas melatakkan Laila di atas katil.

"Aku nak muntah." Pinta Laila lalu terus bangun ke sinki.

Uwekk!!!

Laila terdudk di tepi sinki.

"Shit tho. Kau buat apa kat dia?!" Soal Auf.

Nasri meraup muka.

"Jangan fikir bukan-bukan. Aku tak buat apa-apa." Ujar Ishaan lalu mendekati Laila.

"Kau makan tak sebelum sukan?" Soal Ishaan.

Laila menggeleng.

Gat di tangan Laila terselak sedikit.

Dia conteng tangan dia ke? Soal Hati Ishaan.

Tubuh Laila didukung lalu diletakkan di atas katil. Gat ditangan Laila dibuka. Bengkak makin teruk.

Laila bangun menukar posisi duduk. Terasa ada cecair keluar dari hidungnya. Dengan pantas, dia menyeka dengan tangan.

"Ishaan hidung dia berdarah weh!" Tegur Izz.

Ishaan mengambil sapu tangannya miliknya lalu menekup hidung Laila.

"Aku pergi ambil ais dan panggil yang lain." Ujar Auf.

"Aku rasa ada yang tak kena. Benda yang kita tak nampak dan tak jadi pada kita. Tapi, diorang nampak dan jadi pada diorang." Ujar Ishaan.

"Apa dah jadi ni?!" Jerit Sha lalu merapati Laila.

Sekarang lengkap semua ada.

"Sekarang bagitahu aku benda yang aku tak tahu! Sekarang!" Jerit Ishaan dengan nada yang marah.

Yang lain dah pucat. Belum pernah tengok Ishaan marah sebegini.

"A few days ago ada minah mana tah bash Eyra kat perpustakaan. Nasib baik ada kita orang. That time, kau dengan Laila tak ada. Dia ialah orang yang pernah lempang muka Eyra." Sha menjelaskan.

"Siapa dia?!" Soal Ishaan.

"Nama dia Nani Farsha and kita orang tak tahu siapa dia. Dia warning 'jangan dekat dengan Izz. Izz dia punya.' That's it." Ujar Raden.

Ishaan mencerlung tajam anak mata Izz.





Hohoho.. Confirm bertumbuk tu. Uish! Hahaha. Ending cite ni nanti tah macam mana tah agaknya😂😂

5 L O V E SWhere stories live. Discover now