Chapter 36

14.4K 837 20
                                    

Tuk!Tuk!Tuk!

Cikgu Wani mengetuk pintu kelas 4 Mit. Semua mata memandang ke arah Cikgu dan Risel. Cikgu Wani melangkah masuk ke dalam kelas. Begitu juga Risel.

"Ini akak-akak senior yang tak makan saman tu kan?"

"Ish tak sangka lawa-lawa diorang ni ek."

"Ni akak-akak senior yang 'nakal' tu kan?"

Macam-macam bisikan yang didengari.

"Nama yang saya panggil tolong berdiri di hadapan. Risel, sila ke belakang." Ujar Cikgu Afifa.

"Aryan Irham."

"Putera Raikal Imran."

"Ian Rasykal."

"Mikael Asyaufal."

"Dan yang terakhir Farish Ardaniey."

Salah seorang dari mereka menendang kaki kerusi dan seorang lagi menyentak meja sebelum ke hadapan.

"Biadap siot." Ujar Sha.

"Sekarang memang biadap. Kita tengok sejauh mana biadap dia." Jawab Laila.

"Saya bacakan mentor-mentor kamu berlima. Mentor, lepas saya sebut nama kamu, berdiri di sebelah kiri mentee kamu."

Risel sekadar mengangguk.

"Aryan Irham, mentor kamu ialah Senior Raden Arissa."

"Putera Raikal Imran, mentor kamu ialah Senior Eyra Feanna."

"Ian Rasykal, mentor kamu ialah Senior Iqah Raisyafelia. Macam adik-beradik pulak."

"Mikael Asyaufal, mentor kamu ialah Senior Natasha Sofea."

"Yang terahir, Farish Ardaniey mentor kamu ialah Senior Laila Atilia."

Risel berdiri semula di belakang kelas.

"Untuk apa ni? Kenapa tiba-toba ada mentor bagai?!" Soal Mikael dengan kasar.

"Supaya kamu berubah." Jawab Cikgu Afifa.

"Kau siapa nak ubah aku?!" Kali ini lebih kurang ajar.

"Kau jangan nak kurang ajar dengan cikgu. Tu Cikgu kau. Bukannya member-member cikai kau!" Jerit Sha dengan lantang.

Pelajar lain terkedu.

"Eh suka hati akulah! Aku nak raba cikgu ni pun boleh." Kata Farish.

Belum sempat Farish ingin memegang Cikgu Afifa....

Bukk!!

Satu tumbukan terkena di pipi belah kanan Farish.

Yang lain tergamam dengan tindakan Laila.

Laila mengesat tangannya di baju.

"Nak lagi ke?" Soal Laila dengan sinis.

Farish tertunduk.

"Mulai harini, ke mana kamu pergi apa pun kegiatan yang kamu lakukan, Senior kamu akan tahu." Ujar Cikgu Wani.

"Kamu akan belajar di bilik khas. Semua jadual akan bertukar. Kamu belajar di bilik yang sama tetapi, cikgu yang berlainan. Kamu kiranya dipecah dua. Senang sikit senior kamu nak perhatikan kamu. Senior kamu juga akan melatih kamu dalam sukan. Anggap saja mereka ni kakak angkat kamu. " Cikgu Wani menjelaskan.

"Faham tak?!" Jerkah Raden.

"faham." Jawab mereka serentak lalu mendengus kasar.

Risel tersenyum nakal. Tanduk pun dah keluar 3 inci😂.




Kurang ajar kan budak form 4 tu? Ish3. Senior form 4 Syirah pun tak sebiadap ni. Tetapi, sehensem artis. Puih! HAHA😂

5 L O V E SWhere stories live. Discover now