Chapter 24

15.3K 828 8
                                    

Kereta Mercedes masuk ke dalam perkarangan rumah banglo 3 tingkat yang tersergam indah.

"Kita dah sampai." Ujar Ishaan.

Lina dan Ishraf menggeliat. Ishraf menguap besar.

Mereka berempat keluar dari kereta. Ishaan mendukung Ishraf manakala Laila mendukung Lina.

"Assalammualaikum?" Ucap Ishaan selepas masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam." Jawab Datin Raisyah.

Ishaan menyalam tangan Datin Raisyah. Begitu juga Laila.

"Mummy mummy. Inilah kakak yang Ishraf selalu ceritakan. Kakak ni baik tau mummy. Dia pernah suapkan Ishraf tau mummy. Kakak ni cantikkan mummy?" Becok betul mulut si Ishraf ni.

"Yang comel ni?" Datin Raisyah mengelus lembut pipi Lina.

"Nama kita Lina Atilia." Jawab Lina dengan sopan.

"Inilah Lina mummy. Comelkan dia ni? Dia ni kawan baik Ishraf." Dengan selamba, Ishraf mencubit pipi Lina.

"Nama kamu?" Soalan itu pastinya dituju kepada Laila.

"Nama saya Laila Atilia. Saya kawan Ishaan." Ucap Laila.

"Dah ada boyfriend?" Soal Datin Raisyah.

Laila menggeleng. Lain macam aje soalan aunty ni. Datin Raisyah tersenyum manis.

"Dia dah ada boyfriend lah mummy." Kata Ishaan.

"Siapa?!" Soal Datin Raisyah dengan terkejut.

"Abanglah orang tu. Siapa lagi." Sambung Ishraf.

"EHHH.."

Nak aje aku luku dua beradik ni! Geramnyaaaaaa!!!!

"Jangan takut. Aunty tak marah pun. Aunty sporting tau." Kata Datin Raisyah.

Laila tertunduk malu.

"Kamu semua berehatlah dulu ya?" Ujar Datin Raisyah.

"Jom?" Ajak Ishaan.

Mereka berempat memanjat tangga ke tingkat 2.

Pintu dikuak.

"Wahh... cantiklah bilik ni. Semua pink pink. Kakak, ni kan warna kegemaran kakak. Kan?" Ujar Lina lalu melompat ke atas katil.

"Lina, behave please." Marah Laila.

"Ishraf, jomlah baring dengan kita." Ajak Lina.

Ishraf terus berlari lalu lompat ke atas katil.

"Kakak dengan abang jomlah." Jerit Ishraf.

"Err.. tak boleh. Dosa tau." Balas Laila.

"Dosa eh? So, Ishraf pun tak boleh baring dengan Lina ke?" Jeng jeng jeng. Soalan cepumas sudah mari.

"Err..." Laila memandang Ishaan.
Laila mengangkat kening. 'Nak cakap apa?'

'Manalah aku tahu.'

'So?'

'What?'

Masing-masing ligat memikirkan jawapan yang sesuai. Salah jawab, dosa tho!



Ustaz ada jawapan? Hihi. syirah pun tak tau. Pandai2 lah si Laila dengan Ishaan tu jawab. Hihi😂😂😂 keep reading guys.

5 L O V E SWhere stories live. Discover now