01 | Meet

15.8K 1.1K 54
                                    

Hyerin's POV


"HYERIN!"

Aku tersentak mendengar pekikan Jihye lalu berpaling memandangnya. Jihye sudah bercekak pinggang.

"Kau tunggu apa lagi?! Pinggang aku nak patah dah ni angkat beg ni semua. Kau boleh pula lembab macam line digi kat kampung aku." soalnya tidak puas hati. Aku menghela nafas dan melangkah kearahnya.

PAP!

"Apa main ketuk-ketuk kepala ni?!" Jihye mengusap dahinya yang aku ketuk pakai topi tadi. Topi itu aku pakai semula.

"Kau merungut macam kau yang bawa banyak sangat beg. Huh!" Jihye tersengih. Dia setakat angkat satu beg galas dan satu beg bagasi tu apalah sangat dibandingkan dengan aku ni yang bawa dua buah luggage, satu beg tangan dan satu beg galas.

"Siapa suruh bawa beg banyak sangat." Jihye memerli aku. Aku menjeling tajam lalu berjalan ke hadapan tanpa menunggunya. Biar padan muka dia.

"Yahh Hyerin-ah! Tunggu akulah!" Jihye berlari anak mengejarku. Aku terhenti sebentar, kertas alamat ditangan aku pandang lalu memandang semula kawasan perumahan dihadapanku.

"Weh banyak sangat rumah kat sini. Aku rasa kita dah salah jalanlah. Mungkin kita dah lalu rumah tu tadi." Jihye memandang alamat ditangan aku.

"Bukan kat depan sana ke?" Aku menggeleng.

"Eii betullah jalan kita ni. Apa yang salahnya?" soal Jihye.

"Tak, kita dah sesat."

"Taklah, kita dah masuk jalan yang betul ni."

"Kita dah sesat."

"Ei taklah!"

"Kita dah sesat!"

"Aishh Hye-"

"Annyeonghaseyo." Aku dan Jihye berpaling kearah pemilik suara itu. Seorang lelaki yang tinggi dengan rambut yang berwarna coklat berada dihadapan kami saat ini.

"Err... Hello." balas aku dan Jihye kekok.

"Korang berdua nak pergi mana?" soal lelaki tersebut.

"Kami nak pergi rumah ni. Tapi kami dah tersesat jalan." kata aku seraya menghulurkan kertas tersebut kepadanya. Lelaki itu menyambut huluran aku dan melihat alamat yang tertera dikertas.

"Oh. Rumah ni kat sebelah rumah saya!" kata lelaki itu tiba-tiba. Aku dan Jihye menghela nafas lega. Mujur ada lelaki ni, kalau tak entah apa yang jadi dengan kami kalau tak jumpa juga rumah tu.

"Jom saya bawa korang berdua pergi sana." tawarnya.

"Kamsahamnida. Oh by the way, saya Song Jihye." ucap Jihye seraya menghulurkan tangan kanannya kepada lelaki tersebut. Namja itu menyambut jabat tangan Jihye lalu melepasnya beberapa saat kemudian.

"Saya Park Hyerin." ucap aku pula lalu menghulurkan tangan untuk berjabat. Lelaki itu tersenyum lalu menyambut huluran tanganku.

Sejuknya tangan dia.

"Saya Kim Taehyung." balasnya. Aku segera melepaskan tanganku dari tangannya. Rasa seram semacam dengan tangan dia yang sejuk tu.

"Jom, kita jalan sekarang. Biar saya tolong bawakan bagasi ni." Taehyung menarik kedua-dua bagasi aku. Aku menahan tangannya.

"Eh tak payah susah-susah! Saya boleh bawa bagasi ni." kataku. Taehyung menepis perlahan tanganku yang memegang bagasi itu. Dia tersenyum.

"Tak apa. Biar saya tolong. Kesian awak dari tadi bawa bagasi ni." Aku mengalah. Dia sudah berjalan ke hadapan bersama bagasi-bagasi tersebut. Jihye tersenyum nakal. Aku menendang kuat kakinya.

"Woi sakitlah pabo!" Aku tergelak kecil lalu melarikan diri darinya. Rasain loh!

Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya kami hampir tiba ke rumah itu.

"Yang tu rumah saya. Sebelah rumah saya tu, rumah korang." jelas Taehyung sambil menunjuk kearah rumahnya lalu ke rumah aku dan Jihye.

"Kita berjiranlah ni?" Taehyung mengangguk. Kami meneruskan perjalanan menuju ke rumah aku dan Jihye. Ketika kami melintasi rumah Taehyung, aku merasa ada sebuah angin yang kuat melanggar tubuhku. Langkahku terhenti. Taehyung menoleh kearahku. Dia menoleh ke rumahnya lalu memandangku semula.

"Awak okay?" soalnya. Perlahan-lahan aku mengangguk. Taehyung berjalan ke belakangku.

"Korang jalan dulu." kata Taehyung.

"Kenapa?" soal Jihye. Kami memandang pelik kearah Taehyung.

"Jalan je dulu." Nak tak nak kami terpaksa turuti juga permintaan Taehyung. Sempat aku memandang ke rumah Taehyung ketika kami sudah sampai dihadapan pintu rumah kami. Langsir ditingkap bilik atas rumah Taehyung bergerak seperti ada orang yang menutupnya.

"Taehyung, awak tinggal seorang je ke kat rumah tu?" soalku seraya memandang Taehyung.

"Tak. Saya tinggal dengan hyung saya. Dan kadang-kadang, kawan-kawan saya pun balik tidur kat rumah kami." jawab Taehyung.

"Awak ada hyung?" soal Jihye.

"Yup. Baekhyun, dia hyung saya." Aku dan Jihye mengangguk faham. Aku memandang semula ke rumah Taehyung. Mata aku bertembung dengan sepasang mata ditingkap bilik atas itu lagi. Dapat aku lihat senyuman sinis yang tersungging dibibirnya. Cepat-cepat aku kalihkan pandangan aku. Jantung aku berdegup kencang.

"Jangan ganggu dia." ucap Taehyung perlahan namun aku masih dapat menangkap kata-katanya.

"Hah?"

"Eh.. Urmm.. Nothing. Masuklah." ucap Taehyung apabila pintu sudah dibuka. Kami terus masuk ke dalam rumah. Fikiranku masih menerawang memikirkan lelaki yang berada ditingkap itu tadi. Adakah itu abang Taehyung? Kenapa aku rasa macam.. tak sedap hati?

Aura dia... lain.

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now