26 | Revenge

6.5K 654 39
                                    


Hyerin's POV


"Asal korang lambat?" soal Taeyeon yang berada dimuka pintu. Dia memandang kami satu per satu.

"Baekhyun dengan Chanyeol mana?" soal Taeyeon lagi. Wajahnya kelihatan risau.

"Masa kami mandi kat sungai tadi, Baekhyun dengan Chanyeol dah tak ada. Kami dah cuba cari kat kawasan sungai dengan hutan tapi tetap tak jumpa." balas Taehyung perlahan. Dia mengeluh. Aku mengambil tangannya yang sejuk sebelum menggenggam. Mesti dia risau sangat.

"Apa?! Diorang pergi mana?! Kenapa korang tak tahu?!" Taeyeon menjadi semakin risau.

"Kami betul-betul tak sedar sejak bila diorang tak ada kat kawasan sungai tu." jelas Taehyung lagi. Suho berjalan mendekati pintu dan mencapai tuala yang disidai.

"Korang mandi la dulu. Nanti kita bincang. Kalau diorang masih tak balik lagi, kita cari." kata Suho. Kami semua mengangguk.

--------

"Dah pukul 4."

Serentak kami memandang Kai yang sudah mengeluh apabila menyebut angka pada jam tangannya. Namjoon berdiri dari duduk.

"Jom kita cari—"

"Baekhyun!"

Suara Taeyeon membuatkan kami tersentak dan memandang Taeyeon yang berlari kearah Baekhyun di depan pintu. Pakaian Baekhyun masih sama seperti di sungai tadi. Wajahnya kelihatan pucat dan tidak bermaya.

"Kenapa ni?" Taeyeon menutup tubuh Baekhyun dengan tuala. Baekhyun tersenyum kelat sebelum menggeleng. Dia berjalan melepasi Taeyeon.

"Baek, kau dari mana? Chanyeol mana? Kau okay?" soal Hoseok. Baekhyun memandang Hoseok sekilas.

"Aku okay."

Aku terpaku apabila dia beralih memandang aku dengan pandangan sayu. Dia meneruskan langkahnya menuju ke bilik. Kami semua terdiam dan memandang antara satu sama lain. Macam ada yang tak kena.

"Chanyeol.."

Aku memandang Taehyung yang sedang melihat skrin telefonnya. Telefon dia lekapkan pada telinga.

"Kau kat mana?" soal Taehyung serius. Beberapa saat kemudian matanya membulat.

"Mwo?! Bila?! Kenapa kau tak bagitahu kami?!" soal Taehyung tinggi. Dahinya berkerut.

"Okay, apa-apa call aku. Bye." Taehyung menamatkan panggilan.

"Chanyeol kata dia dah balik Seoul. Dia nak terbang ke China malam ni." ujar Taehyung.

"Apa?! Kenapa dia balik? Dia buat apa kat China?" soal Sehun. Taehyung menjungkitkan bahu.

"Dia kata ada hal penting."

"Barang-barang dia kat sini dia dah ambik?"

"Dah."

"Hah?! Tapi.. Aku kat rumah dari pagi tadi. Aku tak ada pun nampak Chanyeol pulang ambil barang-barang dia." sampuk Taeyeon apabila mendengar perbualan kami. Dia baru sahaja selesai menjenguk keadaan Baekhyun di bilik.

Kami berpandangan sesama sendiri. Okay, ini pelik. Aku mula rasa tak sedap hati. Baekhyun, dia nampak sedih dan pucat bila balik tadi. Chanyeol, menghilang dan tiba-tiba kata yang dia akan terbang ke China.

Apa dah jadi?

-------

"Apa dia cakap?" Aku menyoal sambil menghirup coffee ditangan aku. Taehyung mengeluh dan duduk. Jarinya dimainkan.

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now