14 | Protect You

7.9K 852 46
                                    


Author's POV


"Awak kenal Chanyeol ke?" soal Taehyung. Hyerin yang sedang menyedut minuman dihadapannya mengangkat wajah.

"Kenal. Dia serupa dengan.. Err.. kawan lama saya dulu." balas Hyerin dengan senyuman kekok. Penyedut minumannya dikacau bagi menghilangkan resah dihatinya.

"Yeke?" Taehyung mengecilkan matanya memandang Hyerin. Mencuba untuk membaca fikiran gadis itu.

"Betul la." balas Hyerin tidak membalas pandangan Taehyung.

"Tae, saya pergi library kejap eh." pamit Hyerin. Taehyung hanya mengangguk. Hyerin bangkit dari duduk lalu mengorak langkah menuju ke library.

"Physics, physics, physics." Mulut Hyerin terkumat-kamit menyebut judul buku yang ingin dicarinya. Jari-jarinya dilarikan disepanjang buku rujukan yang berada di rak.

"Hah jumpa!" Hyerin mengambil buku tersebut lalu dibelek-beleknya.

"Hyerin."

Hyerin mendongak apabila mendengar namanya dipanggil seseorang. Buku ditangannya hampir terlepas melihat gerangan tersebut.

"A—awak tahu nama saya?" soal Hyerin polos. Chanyeol mengangkat keningnya sebelum tertawa kecil.

"Apa guna nametag yang awak pakai tu." Hyerin memandang nametag yang dipakainya sebelum mengangguk kecil. Patutlah dia tahu. Keluhan kecil terbit dari bibirnya.

"Awak kenal saya? Kita pernah jumpa sebelum ni?" soal Chanyeol ingin tahu. Hyerin menutup buku ditangannya.

"Err.. Mungkin kot. Awak serupa dengan kawan lama saya." balas Hyerin. Matanya ralit memandang setiap inci wajah Chanyeol. Ingin sahaja dia memeluk lelaki itu ketika ini.

Dia betul-betul Chanyeol ke? Kenapa dia tak ingat aku? Mustahil ada orang kat dunia ni yang mempunyai wajah dan nama yang sama.

"Awak.. cakap pasal saya ke?" soal Chanyeol. Hyerin menjadi gelabah. Dia.. vampire?

Chanyeol terkekek perlahan. Pen ditangannya dimainkan.

"Yes I am." kata Chanyeol. Pen ditangannya dilepaskan. Matanya bertembung dengan mata Hyerin.

"Awak belum jawab soalan saya, Park Hyerin."

Hyerin meneguk liurnya.

"Err.." Hyerin melarikan anak matanya dari bertembung dengan mata Chanyeol. Jantungnya berdegup laju.

"Wait, are you—"

"Chanyeol-ah."

Serentak mereka menoleh. Baekhyun mendekati mereka. Matanya memandang Hyerin sekilas sebelum memandang Chanyeol.

"Cikgu Suzy nak jumpa kau. Dia kata dia nak bincang pasal aliran yang kau nak ambil." kata Baekhyun. Chanyeol bangkit dari duduknya lalu menghadap Hyerin.

"Saya pergi dulu." Chanyeol membongkokkan sedikit badannya sebelum berlalu bersama Baekhyun. Hyerin menarik nafas lega.

"Taehyung!" gumam Hyerin sebelum bangkit dan mengambil buku yang dipilihnya lalu menuju ke kaunter peminjaman buku. Mesti Taehyung sedang mencarinya ketika ini.


------


"Kau dah pehal badmood semacam?"

Baekhyun memandang Chanyeol sekilas.

"Kau kawan dengan Hyerin ke?" soal Baekhyun kembali. Chanyeol mengangkat keningnya.

"Kenapa? Kau jeles?" Baekhyun mengangguk polos.

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now