41 | Surprise

5.6K 632 57
                                    

Hyerin's POV

"Esok birthday Baekhyun kan?" soal Namjoon. Percakapannya sedikit terbatas kerana mulutnya penuh dengan makanan. Jin yang melihat perlakuan tidak senonoh Namjoon terus menyiku lengan lelaki itu.

"Tak senonoh la. Pabo."

Suho yang sedang meminum Americano miliknya mengangguk kecil. Cawan diletak semula ke atas meja.

"Yup. Esok."

"Lepas makan ni kita beli barang untuk birthday party dia. Baekhyun tak tahu pasal ni. Nasib baik Taeyeon dapat tarik perhatian dia tadi. Kalau dia ikut kita, rosak plan." kata Taehyung seraya mengelap mulutnya dengan tisu. Dia memandang aku disisinya.

"Takpe ke awak ikut kami beli barang?" soal Taehyung. Aku tersenyum kecil.

"Takpe. Saya ikut je."

Taehyung tersenyum lalu memandang mereka semula. Dia bangkit dari kerusi.

"Dah siap kan? Jom gerak."

-------

"Tak ada barang yang kurang?" soal aku kepada Taehyung. Taehyung memeriksa plastik ditangannya seraya mengangguk.

"Cukup."

Kami pun tiba di tempat parking. Yang lain sudah selesai membeli barang, tinggal kami sahaja yang belum tiba ketika itu. Taehyung menyuruh aku untuk masuk kedalam kereta terlebih dahulu sementara dia memasukkan beg plastik ke bonet kereta. Aku segera masuk ke dalam kereta di tempat duduk sebelah pemandu. Jungkook, Yoongi dan Jimin sudah menunggu didalam.

"Argh!"

Suara Taehyung mengalihkan perhatian kami. Kami segera keluar dari kereta. Tubuh Taehyung sudah terbaring di lantai sambil memegang pipinya yang ditumbuk. Aku melihat orang yang telah menumbuk Taehyung. Jungkook yang melihat keadaan Taehyung terus mara ke arah orang yang telah menumbuk sahabatnya itu. Kolar baju lelaki itu ditarik oleh Jungkook. Belum sempat dia melayangkan tumbukannya, Yoongi sudah menarik dia terlebih dahulu.

Kali ini Jimin pula yang mendekati lelaki itu. Matanya memandang tajam mata lelaki tersebut.

"Kau pehal tumbuk kawan aku?" soal Jimin. Lelaki itu sengih sinis. Matanya memandang ke arah Taehyung.

"Kau tanya kawan kau tu sendiri apa dia dah buat."

"Ming— Mingyu.. Mianhae." kata Taehyung perlahan. Kepalanya ditundukkan.

"Apa kau buat kat dia Tae?" soal Suga pula.

"Senang-senang je kau minta maaf kan? Kau tau tak kesalahan kau tu besar? Kau bunuh kawan aku! Kau bunuh Wonwoo!" bentak lelaki yang bernama Mingyu itu. Mukanya merah. Urat dilehernya jelas kelihatan. Dan aku perasan sesuatu. Mata dia.. merah.

Dia pun vampire?

"Aku.. Aku tak sedar masa tu. Gyu, kau kenal aku kan? Aku tak pernah bunuh manusia—"

"Tapi kau dah bunuh Wonwoo dan dia tu manusia!"

"Stop! Kita kat tempat awam ni. Nanti apa pula orang kata." kata aku. Mingyu beralih memandang aku. Aku perasan Jungkook bagi aku pandangan yang berbaur amaran.

"Kau yeochin dia kan? Dan.. kau manusia." kata Mingyu dengan nada biasa. Aku dapat rasa ada aura tidak baik dari lelaki itu. Segaris senyuman terbit dibibir Mingyu.

"Taehyung, kita kena adil kan? Kau bunuh kawan aku, aku bunuh yeo—"

"Kau jangan apa-apakan dia." tegas Taehyung dengan nada yang keras.

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now