54 | Sleep

5K 631 250
                                    

Hyerin's POV

Langit yang tadinya cerah mula gelap menandakan hari menginjak ke malam. Maksudnya, tak lama lagi Baekhyun akan bermalam kat rumah aku dan Jihye.

Muehehehe okey gedik.

"Err.. Are you sure?" Aku menoleh. Jihye mengangkat keningnya seraya memandang Baekhyun. Baekhyun senyum nipis dan angguk. Yakin. Jihye menghela nafas. Aku tahu dia risau.

First, ni kali pertama aku tinggal dengan dia sebagai 'vampire'.

Second, Baekhyun-tidur-di-rumah-kami.

Aku tak tahu kenapa aku tak rasa risau.

Aku percayakan dia. Ya, mungkin banyak yang aku tak tahu pasal kehidupan 'Hyerin' sebelum ni termasuk apa yang dah berlaku antara 'Hyerin' dan Baekhyun. Tapi apa salahnya kalau aku percayakan dia kali ni kan?

Aku tunduk dan selak lengan baju aku sedikit. Tanda itu aku pandang dan usap perlahan.

Aku perlu percayakan dia sebab dia mate aku.

Tapi.. Aku slave dia.

Ergh.

"Jomlah balik. Dah lewat ni." Suara Jihye memecahkan keheningan diantara kami. Aku berjalan bersama Jihye manakala Baekhyun berjalan di belakang kami. Dah macam bodyguard.

Selepas buka pintu utama, Jihye masuk dan menghidupkan suis lampu. Dia berpaling memandang aku.

"Nak makan apa-apa? Aku boleh masakkan." Aku menahan tangan Jihye yang ingin berlalu ke dapur.

"Biar aku yang masak. Boleh?"

"Tapi kau kan—"

"Please." Aku gunakan puppy eyes aku untuk lembutkan hati Jihye. Dia hela nafas dan mengangguk.

"Kalau macam tu aku pergi mandi dulu. Apa-apa panggil aku okey?" Aku angguk laju. Mata aku tajam mengekori setiap langkah Jihye ke tingkat atas. Aku pun tak tahu kenapa aku buat macam tu. Mungkin sebab aku bukan manusia.

Aku pusing belakang mencari kelibat Baekhyun. Mana dia pergi? Takkan balik rumah? Alaa baru ingat nak teman tid—

Apa aku cakap ni.

"U-uhuk!" Bahu aku terhinjut kecil bila dengar suara batuk. Aku pandang dapur. Baekhyun berdiri dengan gelas ditangan. Tangannya menyentuh dada kerana tersedak.

Jangan cakap yang dia—

Okey dia dengar.

Aku buat-buat tak tahu dan terus jalan kearah dapur sambil mencari bahan memasak.

"Nak masak apa?" Sekali lagi aku terkejut dengan pemilik suara yang sama. Aku berpaling. Baekhyun berdiri tepat dibelakang aku.

"A-awak nak m-makan apa?" Aku menyoal tergagap-gagap. Baekhyun jungkit sebelah kening dia dan menapak selangkah lagi kearah aku sehingga badan aku terhimpit. Dia letakkan gelas ditangannya ke tepi. Tangannya dibawa ke tepi badan aku sehingga aku terperangkap. Aku meneguk liur.

"Nak saya jawab jujur?" Perlahan Baekhyun menyoal dengan suara yang sedikit serak. Aku diam. Dia menyambung.

"Sejujurnya saya nak—"

Baekhyun rapatkan badan dia dengan aku. Aku tak dapat mengelak sebab badan aku berada ditengah-tengah. Muka dia semakin rapat dengan muka aku sampai aku boleh rasa deru nafas dia.

"—makan awak." Baekhyun sengih nakal. Mata aku membulat.

Kenapa senyum macam tu. Kau nampak makin hot adjabsvdhjdbdjsd

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now