Epilogue

7.1K 701 406
                                    

+ WARNING: FINAL CHAPTER WITH 6226 WORDS

+ TYPOS EVERYWHERE

+ BROKEN GRAMMARS EVERYWHERE

------

Baekhyun's POV

"Baekhyun bangun!"

Bahu aku digoncang kuat. Dahi aku berkerut menahan silau matahari yang mencuri masuk melalui tingkap. Aku tepis tangan yang goncang bahu aku tu dan sambung tidur semula. Tapi tidur aku terganggu bila hidung aku menangkap bau yang kurang menyenangkan.

"Baekhyun! Bangunlah! Hyerin hilang!"

Mata aku terus terbuka bila mendengar kata-kata Suho. Aku tegakkan badan dan pandang sekeliling. Diorang berdiri disekeliling katil aku.

"Apa?!"

"Hyerin hilang! Jihye kena tikam! Kau tak sedar langsung ke?!" Wajah Suho merah menahan marah. Aku bangkit dari katil dan melangkah ke bilik Jihye. Aku ternampak susuk tubuh Jihye yang berlumuran darah dicempung oleh Jimin.

"Denyutan nadi dia dah tak ada."

Aku pejamkan mata. Menahan perasaan hati aku yang menerima dua kejutan pada pagi ini.

"H-hidupkan dia, Jimin."

"Hah?!" Jimin terjerit kecil. Dia pandang wajah aku dan Jihye silih berganti.

"A-aku?!"

"Yes. Aku nak cari Hyerin." Baru sahaja aku ingin melangkah keluar dari bilik, bunyi telefon kedengaran dari bilik aku. Aku bergegas masuk ke bilik aku semula dan mencapai telefon.

1 new message from Taehyung

Aku tekan notification itu dan masuk kedalam chat. Taehyung menghantar sebuah gambar. Dengan pantas aku tekan simbol download.

Aku terpaku melihat gambar itu. Tiba-tiba satu panggilan masuk. Taehyung.

Aku menyentuh icon accept dengan pantas.

"Hyung—"

"Apa yang kau buat ni hah Taehyung?! Mana kau sorokkan Hyerin?!" Aku mengetap rahang menahan marah. Tangan aku yang memegang telefon menggigil. Dapat aku dengar ketawa kecil dari Taehyung dihujung talian.

"Kau dah buka gambar yang aku hantar tu? Baguslah. Surprise hyung!"

"Aku.. a-aku tak sangka kau buat aku begini Tae. Aku hyung kau.." Mata aku mula kabur dengan airmata. Aku menggenggam penumbuk.

"Hyung? Tch. Oh ya, Jihye mana? Dah mati ke?"

"Jaga mulut kau Tae."

"Woah relaks. Aku tanya je kan?"

"Aku menyesal percayakan kau. Aku mati-matian percayakan kau yang kau takkan ada niat yang buruk macam Haodong. Rupanya kau berkomplot dengan dia."

"Aku buat semua ni sebab Hyerin."

"Tak! Kau buat semua ni untuk kepentingan kau sendiri! Kau sanggup tengok hyung kau dibunuh! Kau rampas Hyerin dari aku!"

"Aku ke kau yang perampas? Hyerin tu tak rela pun nak jadi slave kau dulu. Dia cintakan aku. Tapi lepas dia mati dan hidup semula, kau ambil kesempatan dan couple dengan dia. See? Siapa yang perampas?"

"Aku tahu dia cintakan aku dari dulu."

"Oh really? Kita tengok dia cintakan kau ke tak. Kita tengok kalau dia mampu lepaskan diri dari sini DEMI KAU. Tapi takpe aku bagi peluang untuk ringankan sikit permainan CINTA SEJATI kau ni. Datang sini dan selamatkan Hyerin. Aku bagi kau masa 30 minit dari.. sekarang."

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now