Teaser

6.9K 678 143
                                    


"Awak nak tahu tak? Orang dulu-dulu cakap kalau someone tu sambut apple yang kita baling, maknanya dia jodoh kita." Hyerin memandang Baekhyun dengan kerutan di dahi. Apa motif dia bagitahu aku ni?

"Apa— Eh!" Spontan Hyerin menyambut apple yang dibaling Baekhyun. Baekhyun tersenyum.

"Saya harap benda tu betul."

-------

"Awak." panggil Taehyung. Hyerin memandang wajah Taehyung yang berbaring di atas ribanya.

"Ya?"

"Saya rasa tak sedap hati.." Hyerin perasan akan wajah mendung Taehyung. Tiada senyuman.

"Kenapa?" Hyerin memainkan rambut coklat Taehyung. Dia suka buat begitu.

"Saya dapat rasakan, lepas ni akan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Yang membuatkan awak dan saya terpisah." Taehyung tersenyum kelat. Hyerin memandang sayu wajah Taehyung. Rasa tidak sedap hati menerpa hatinya.

-------

"Kenapa awak panggil saya?" Taeyeon memegang lengan Hyerin. Wajahnya datar dan Hyerin dapat lihat ada sedikit kesedihan di wajah itu.

"Baekhyun sakit." balasnya. Hyerin menautkan kening.

"Habis tu?"

"Saya rasa dia akan sembuh kalau awak yang jaga dia." Taeyeon memandang mata Hyerin dengan tajam.

"Kenapa saya pula?" soal Hyerin. Kalau Taeyeon yang jaga, dia tak sembuh ke?

"Baekhyun.. Dia sebut nama awak dalam tidur dia, Hyerin."

--------

"Baekhyun sebenar tu pengecut."

Mata Baekhyun yang berwarna merah gelap itu aku tatap.

"Apa benda yang awak cakapkan ni?" soal aku berani. Baekhyun mendekatkan wajahnya dengan aku.

"Baekhyun, dia cintakan kau." kata Baekhyun dengan serius. Matanya masih memandang wajah aku. Aku ketawa sinis.

"Huh? Kenapa awak yakin sangat?" Aku membalas pandangan membunuhnya itu. Senyuman sinis aku hilang apabila melihat mata indahnya yang tidak berwarna merah lagi.

"Sebab aku dan dia adalah sama. Dia tahu apa yang aku rasa. Dia tahu.. Aku cintakan kau."

------

"Kau tengok je la. Aku takkan biarkan Hyerin jadi milik kau. Aku takkan biarkan korang bersatu. Kalau aku tak dapat dia, kau pun tak akan dapat dia sampai bila-bila Baekhyun."

------

"Kau gila?! Kau tahukan apa yang jadi kalau vampire dengan manusia bercinta dan bersatu? Lebih-lebih lagi kalau manusia tu slave dia? Kau tak ingat apa yang jadi dengan eomma Taehyung? Kau nak perkara tu berulang?"

"Aku tahu—"

"Risiko dia tinggi! Kalau bukan Hyerin, kau yang akan mati Baek!"

-------

"Tak mungkin.." Baekhyun terduduk. Wajahnya diraup kasar.

"Semua ni salah aku." Baekhyun menarik kasar rambutnya. Sehun menepuk bahu sahabatnya itu.

"Apa patut aku buat sekarang ni? Aku buntu. Hyerin.. Dia.." Baekhyun menundukkan wajahnya. Rasa bersalah semakin menggunung dihatinya.

"Dia mati. Sebab aku. Aku penyebabnya." Airmata lelaki Baekhyun jatuh.

"Tak ada cara lain lagi."

Semua mata terarah kepada Suho ketika ini. Baekhyun turut mengangkat wajah memandang Suho. Mata, hidung dan telinganya memerah kerana menangis.

"Kalau kau tak nak dia tinggalkan kau, kau kena hidupkan dia balik."

Suga membulatkan matanya. Bukan dia sahaja, yang lain juga begitu.

"Biar betul? Kau tahukan apa yang akan jadi kalau kau hidupkan dia balik? Dia akan jadi sebahagian dari kita. Tapi kau pun tahukan apa yang lebih teruk?" Suga memandang Baekhyun tajam. Baekhyun mengangguk lemah.

"Dia tak ingat semua orang. Termasuk aku."

------

"We meet again, Baekhyun." Baekhyun memandang tajam lelaki yang sedang tersenyum sinis itu. Hyerin yang tidak sedarkan diri didalam pelukan lelaki itu semakin memanaskan hatinya yang sudah sedia terbakar.

"Lepaskan dia!"

"Jangan mimpi. Aku tak akan biarkan korang bahagia. Dia milik aku." Picagari yang berada ditangannya didekatkan pada leher Hyerin. Mata Baekhyun terbuka luas.

"Kenapa? Terkejut nampak jarum ni? Kau tahukan ni jarum apa?" Lelaki itu ketawa sinis. Wajah risau Baekhyun menggembirakan hatinya.

"Kau dah gila! Kau tak tahu ke lelaki jahanam tu tipu kau dan hasut kau untuk bencikan aku?!" bentak Baekhyun. Penumbuknya digenggam kuat. Lelaki itu semakin galak ketawa.

"Kalau dia tipu dan hasut aku sekalipun, aku memang tetap akan buat benda yang sama. Aku akan rampas dia sebab memang dari awal pun lagi Hyerin milik aku. Tapi kau.. Kau yang perosak kebahagiaan aku dengan Hyerin!"

------

"Maafkan saya.."

"Tak.. Awak tak salah pun."

"Saya nak awak tahu. I love you so much, Hyerin. Saya sayangkan awak. Sampai bila-bila.."

"Awak kena bangun. Tolonglah jangan tinggalkan saya— Baekhyun!"

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now