39 | Worry

5.2K 678 52
                                    

Author's POV

Hyerin membaca buku di tangannya dengan teliti. Tangan kanannya mencatat beberapa point yang harus di ingat pada buku nota.

"Hyerin-ah."

Hyerin mengangkat muka apabila mendengar seseorang memanggil namanya. Wajah Tiffany menyapa pandangan Hyerin.

"Ya?"

"Taeyeon panggil awak. Dia kat bilik sakit."

Taeyeon? Bilik sakit?

"Oh.. Um, okay. Thanks." Hyerin tersenyum kearah Tiffany. Tiffany mengangguk lalu meminta diri untuk mencari buku di perpustakaan ini.

Kenapa Taeyeon tiba-tiba nak jumpa aku? Setahu aku, dia dah jarang tegur aku sejak balik dari bercuti hari tu. Lagi satu, kenapa dia ada kat bilik sakit? Dia sakit ke? Kenapa panggil aku? Bukan Baekhyun?

Hyerin menutup buku dan bangkit dari kerusi. Buku chemistry di simpan semula ke atas rak buku lalu dia mengatur langkah keluar dari perpustakaan. Bilik sakit yang terletak tidak jauh dari perpustakaan ditujui. Tiba sahaja di hadapan pintu bilik sakit pelajar perempuan, Hyerin memulas tombol pintu dan menjengahkan kepalanya ke dalam. Eh? Kosong? Mana Taeyeon?

Tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang. Hyerin terus berpaling.

"Taeyeon?"

Taeyeon tersenyum nipis.

"Kenapa awak kat luar? Bukan awak sakit ke?" soal Hyerin. Taeyeon menggeleng kecil.

"Saya tak sakit."

Dahi Hyerin berkerut.

"Kenapa awak panggil saya?" Taeyeon memegang lengan Hyerin. Wajahnya datar dan Hyerin dapat lihat ada sedikit kesedihan di wajah itu.

"Baekhyun sakit." balasnya. Hyerin menautkan kening.

"Habis tu?"

"Saya rasa dia akan sembuh kalau awak yang jaga dia." Taeyeon memandang mata Hyerin dengan tajam.

"Kenapa saya pula?" soal Hyerin. Kalau Taeyeon yang jaga, dia tak sembuh ke?

"Baekhyun.. Dia sebut nama awak dalam tidur dia, Hyerin."

A-apa?

---------

Hyerin's POV


Baekhyun sebut nama aku dalam tidur dia?

"Dah 3 hari dia demam. Taehyung tak bagitahu apa-apa kat awak ke?"

Taehyung memang ada bagitahu aku yang Baekhyun demam. Tapi dia tak bagitahu aku pasal Baekhyun ada sebut-sebut nama aku. Taehyung tahu ke pasal ni?

"Hyerin, saya minta maaf pasal hari tu. Saya harap awak tak ambil hati. Saya terlalu ikutkan emosi. Saya.. cemburu. Saya cemburu dengan awak." ujar Taeyeon. Dia memeluk aku seketika. Aku hanya membiarkan.

"Baekhyun perlukan awak sekarang ni. Please. Saya tahu dia akan sihat bila awak yang jaga dia."

Wait. Aku mimpi ke apa ni? Nak je aku suruh Taeyeon tampar muka aku sekarang bagi aku sedar.

"Tapi.. Kenapa saya?"

Taeyeon melepaskan pelukan lalu memegang tanganku.

"Awak akan tahu nanti. Sekarang pergi masuk dan cuba berbual dengan dia."

"T-tak bahaya ke?" soal aku ragu-ragu.

"Tak."

Aku mengeluh dan berjalan dengan perlahan masuk ke dalam bilik sakit lelaki. Aku pandang Taeyeon sekilas. Dia tersenyum lalu mengangguk. Betul ke apa aku buat ni?

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now