07 | Practice

8.3K 901 166
                                    


Hyerin's POV



"Hyerin?" Aku melarikan pandangan aku dari Baekhyun lalu memandang Cikgu Suzy. Cikgu Suzy membuat isyarat menyuruh aku untuk memulakan nyanyian.

"Err.." Cikgu Suzy mengeluh apabila aku belum mula menyanyi sejak beberapa minit yang lalu.

"Takpelah, Hyerin. Kamu tak perlu menyanyi." Aku menarik nafas lega.

"Tapi saya akan ambil senior dari kelas ni untuk latih awak menyanyi dan menari." Aku hanya tersenyum dan mengangguk.

"Siapa senior yang ajar saya, cikgu?" soalku.

"Senior yang ajar awak menyanyi ialah Taeyeon dan Baekhyun." Aku membulatkan mataku. Badan aku seolah-olah terkena renjatan elektrik.

Aku dapat melihat reaksi Baekhyun yang turut terkejut melalui ekor mata aku. Pelajar mula bersorak gembira. Aku pun tak tahu apa yang mereka gembirakan. Yang pasti bagi aku ini semua malapetaka.

"Senior yang ajar awak menari—"

"Biar saya cikgu!" Aku berpaling melihat gerangan yang bersuara itu. Taehyung sudah tersengih dengan tangan kanannya yang terangkat.

"Tapi Taehyung—"

"Takpe cikgu. Biar saya yang ajar dia menari. Lagipun dia tak biasa lagi dengan senior yang lain." Cikgu Suzy mengalah. Taehyung sudah tersenyum lebar.

"Baiklah. Kalau latihan menari, saya bagi awak berlatih dengan siapa-siapa yang awak nak, Hyerin. Awak boleh kembali ke tempat duduk sekarang." Aku mengangguk mendengar kata-kata Cikgu Suzy. Aku kembali ke tempat duduk.

"Baiklah class, dua minggu dari sekarang kita akan adakan Intro-Musical Festival di sekolah kita. So saya nak kamu buat persembahan menyanyi atau menari sama ada dalam individu, duo, atau berkumpulan. Kelas lain akan buat drama musical dan teater." Semua murid terangguk-angguk mendengar penerangan Cikgu Suzy. Seorang murid ber-nametag Sehun mengangkat tangannya.

"Sepanjang dua minggu ni ada belajar tak cikgu?"

"Tak. Saya bagi kamu kelonggaran untuk berlatih selama dua minggu ni." Semua pelajar mula bersorak gembira. Cikgu Suzy menggeleng-geleng melihat kelakuan mereka.

"Sekarang kamu boleh berlatih kat bilik latihan. Good luck guys!" Cikgu Suzy mengangkat punggung dari kerusi menandakan yang dia ingin beredar. Kami turut berdiri.

"Terima kasih cikgu!" Pelajar sudah mula berpusu-pusu keluar.

"Jom pergi, Jihye." Jihye mengangguk. Baru sahaja aku ingin melangkah, aku merasakan pergelangan tangan aku ditarik.

"Tak nak ajak saya eh?" soal Taehyung sambil mencebik. Aku tersengih.

"Lupa. Mianhaeyo~" Aku mencuba membuat aegyo yang tak berapa nak aegyo sangat. Taehyung tersenyum melihat kelakuan aku.

"Dah, jom."


------

Baekhyun's POV



Aku memandang Taehyung yang berjalan laju ke arah dua orang gadis itu. Siapa lagi kalau bukan Hyerin dan Jihye. Mata aku menangkap tangan Taehyung yang memegang pergelangan tangan Hyerin. Hyerin pula tidak menolak.

"Aik? Jeles ke hyung?" soal Sehun. Aku memandangnya.

"Kepala hotak kau jeles. Tak hingin aku." Aku menghadiahkan jelingan maut kepadanya.

"Yeke?" Sehun mencucuk-cucuk bahuku dengan jari telunjuknya. Aku memandang tajam.

"Okay, okay." Sehun tersengih melihat reaksiku. Ikutkan hati nak je aku sekeh kepala dia ni. Nasib i sayang tau T^T

"Hyung, girlfriend kau dah tunggu dah tu." Sehun menjuihkan bibirnya kearah Taeyeon. Aku menepuk dahi.

Ya, Taeyeon girlfriend aku. Ada bantahan?


---

Hyerin's POV



"Awak nak buat persembahan apa nanti?" Aku mendongak memandang Taehyung yang menghulurkan botol mineral. Aku menyambut hulurannya.

"Tak tahulah." Aku membuka penutup botol dan mula meneguk air jernih itu. Jihye sudah beredar ke bilik latihan menyanyi. Meninggalkan aku dan Taehyung di sini.

"Awak tak nak buat persembahan menari? Salsa ke?" Taehyung membuat gaya menari tarian salsa. Aku tergelak seraya menggeleng.

"Saya tak pandai menari." ujarku. Taehyung duduk bersila seperti aku lalu menopang dagunya.

"Member saya pakat nak buat persembahan tarian ber-partner. Diorang nak ambil partner dari kelas lain." kata Taehyung.

"Awak dah jumpa partner?" soal aku. Dia tersenyum penuh makna.

"Kat depan saya ni." Aku membuntangkan mata.

"Tapi saya—"

"Takpe, kita belajar slow-slow. Lagi dua minggu pun, sempat lagi. Member saya pun dah setuju." Taehyung tidak berhenti dari menatap aku. Aku sudah tidak senang duduk.

"Jangan pandang macam tu boleh tak?" Aku menjelingnya. Taehyung tergelak.

"Siapa suruh cantik sangat. Dah, jom. Kita cuba?" Taehyung berdiri lalu menghulurkan tangan kanannya. Lama aku memandang tangannya sebelum beralih kewajahnya. Seakan faham apa yang aku maksudkan, Taehyung bersuara.

"Takpe. Saya tak akan apa-apakan awak. Lagipun masih pagi. Saya tak sama macam Baekhyun. Awak percayakan saya kan?" Taehyung tersenyum. Aku membalas senyumannya lalu menyambut huluran tangannya. Taehyung menarik aku untuk berdiri.

"Ready?" Aku mengangguk. Taehyung mula memeluk pinggang aku, spontan tangan aku merangkul lehernya.

"Awak pijak atas kaki saya. Macam yang dalam tv tu selalu buat." Taehyung tersengih. Comelnya dia ni dari dekat. Hmm.

Aku hanya menurut. Kepala aku tundukkan dari memandangnya. Tiba-tiba, dagu aku disentuh lalu didongakkan. Wajah Taehyung yang tersenyum menyapa mata aku.

"Just look at me."

"Taehyung?" Serentak kami menoleh kearah pintu. Baekhyun memandang kami dengan tatapan serius.

OMG.

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now