36 | Appa

5.5K 652 82
                                    


Hyerin's POV

"Eomma, kami pergi dulu. Jaga diri eh, jangan buat kerja banyak sangat. Sayang eomma." Aku mencium pipi eomma dengan perasaan sebak. Eomma mengusap lembut rambut aku.

"Ya. Hyerin pun jaga diri kat sana ya?"

"Nae. Sampaikan salam kami dekat halmeoni. Kitorang gerak dulu. Annyeong." Aku menundukkan badan aku sedikit sebelum berjalan keluar. Mereka turut melakukan perkara yang sama dengan aku.

Kami menaiki bas yang kami sewa tempoh hari sebelum mengambil tempat duduk. Seperti sebelum ini, aku duduk dengan Taehyung. Begitu juga dengan mereka yang lain.

"Huwaa aku tak nak tinggalkan tempat ni! Huhuhu." Jimin memeluk Yoongi yang duduk disebelahnya. Bibirnya tercebik-cebik menahan tangis.

"Jangan menangislah, hodoh kau tahu tak?" Yoongi menolak kecil kepala Jimin yang bersandar dibahunya.

"Aku tak akan lupakan kenangan kita kat tempat ni." Jin tersenyum dan memandang ke luar. Kami melambaikan tangan kearah eomma yang masih berdiri muka pintu. Bas mula bergerak meninggalkan kawasan perkarangan rumah eomma.

"Jangan risau, nanti bila kami dah kahwin kita boleh tinggal lama-lama kat sini." ujar Taehyung selamba. Aku menjegilkan mata memandangnya.

Jimin yang mendengar kata-kata Taehyung terus bangkit dari bersandar dibahu Yoongi dengan senyuman lebar.

"Jinjja?! Yah cepatlah kahwin! Lepas tu bagi kami anak buah!"

Aku tidak dapat menahan diri dari tergelak. Memandai je suruh orang kahwin cepat.

"Wait. Kita ada berapa orang sekarang ni?" soal Taehyung. Rapmon menjungkitkan kening seraya melihat sekeliling.

"15 orang termasuk Jihye."

Oh lupa nak cakap, Jihye duduk dengan Jungkook sebab dia rasa hanya Jungkook yang betul-betul sekepala dengan dia.

Taehyung mengangguk sebelum memandang aku disisinya.

"Sayang okay ke kalau kita buat anak sampai 15 orang? Oh ya campur Chanyeol, 16. Sorang jaga satu baby."

Watdafakk

"Ei pervertnya!!" Aku memukul bahu Taehyung berkali-kali. Taehyung mengadu kesakitan.

"Salah apa saya cakap? Saya okay je ni, awak tu okay ke? Larat tak?"

Ni mesti tak lain tak bukan mesti Jimin dengan Kai yang mengotorkan fikiran Taehyung ni. Tak guna.

"Eiiii!" Aku memukul semula bahu Taehyung berkali-kali. Taehyung tergelak melihat muka aku yang sudah merah. Taehyung membalas dengan menggeletek perut aku.

"Hahahahaha stop it Taehyung!" Mata aku berair kerana Taehyung tak henti-henti menggeletek perut aku.

"Belum kira lagi anak Baekhyun dengan Taeyeon nanti. Korang pun cepat-cepatlah kahwin pastu bagi kitorang anak buah sorang satu."

Tawa aku perlahan-lahan terhenti apabila mendengar kata-kata yang dikatakan oleh Kyungsoo. Taehyung yang perasan perubahan muka aku terus bersuara.

"Wae? Sakit ke? Sorry, tak buat lagi dah lepas ni." Taehyung mengangkat tangannya lalu menyatukan kedua-dua telapak tangannya. Mukanya jelas terpamer riak bersalah.

"Taklah, saya penat je. Ngantuk."

Heh, apa punya sebab aku bagi ni.

"Haah aku tak sabar nak tengok korang berkahwin ni. Memandangkan tahun ni final year kita kat sekolah, apa kata korang kahwin lepas habis final exam nanti?" cadang Hoseok bersungguh-sungguh macam dia yang nak kahwin.

"Memandai je atur bila kami nak kahwin. Kau la kahwin dulu." balas Baekhyun lalu mencebik. Taeyeon disebelahnya sudah terlena. Nampaknya mereka dah berbaik.

Hm.

"Taee~" Aku memeluk lengan Taehyung lalu menjatuhkan kepala aku kebahunya.

Alahai gediknya kau Hyerin.

"Ya?" Taehyung menggosok kepala aku.

"Nak tidur." Taehyung tersenyum.

"Tidurlah."

"Nak awak dodoikan."

Yang ni lagi mengada pfftt.

"Eoh?"

"Hmm." Aku mengangguk kecil.

"Okay." Taehyung mula menyanyi lagu Someone Like You dalam nada suara yang perlahan. Aku memejamkan mata dan menghayati suara beratnya yang enak didengari.

Lama kelamaan aku pun terlena.

-------

"Hyerin-ah.. Dah sampai. Bangun."

Dahi aku berkerut apabila bahu aku digoncang perlahan. Aku mengangkat kepala dan memandang Taehyung di sisi aku. Leher yang terasa lenguh aku pegang.

"Sakit?" soal Taehyung lalu turut menyentuh leher aku. Aku mengangguk kecil. Dia menggosok perlahan leher aku yang lenguh.

"Okay tak?" Aku mengangguk lagi.

"Jom turun." Taehyung menarik tangan aku lalu mengangkat beg dan turun dari bas. Kami telah tiba dihadapan rumah Taehyung dan Baekhyun.

"Weh, lepak la kat rumah aku malam ni. Bosanlah." kata Taehyung kepada mereka yang lain. Mereka hanya menurut dan membawa beg mereka turun dari bas. Taeyeon tidak ada bersama kami kerana hanya dia yang sempat dihantar kerumahnya sebentar tadi. Taehyung turut mengajak aku dan Jihye untuk pergi kerumahnya untuk sementara waktu sebelum kami pulang ke rumah.

"Eh? Ni kasut siapa pulak ni?" Taehyung memerhati kasut yang diletakkan pada rak kasut miliknya dan Baekhyun. Kemudian dia beralih memandang pintu utama sebelum dia membuka pintu itu.

KLEK.

"Tak berkunci? Takkanlah aku lupa—" kata-kata Taehyung terhenti seketika. Aku dan Jihye memandang Taehyung pelik. Giliran Baekhyun pula yang bersuara.

"Jangan-jangan.." Baekhyun dan Taehyung serentak berpandangan antara satu sama lain dengan mata yang membulat.

"Annyeonghaseyo Kim Taehyung, Byun Baekhyun and oh— hey boys!"

Tumpuan kami beralih kepada pemilik suara tersebut. Seorang lelaki tua dalam lingkungan 40-an kelihatan menuruni tangga dari tingkat atas. Senyuman lebar terukir dibibirnya. Taehyung dan Baekhyun terkejut melihat kehadiran lelaki itu.

"Appa?!"

"WELCOME HOME MY SONS!"

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now