28 | Telepathy

5.6K 649 45
                                    


Taehyung's POV

"Ini gambar mendiang appa Hyerin. Appa Hyerin ni berdarah Inggeris. Sebab tu muka Hyerin nampak macam kacukan Korea-Inggeris. Appa dia meninggal sebab ada masalah jantung."

Aku terangguk-angguk mendengar cerita eomma Hyerin sambil tangan aku menyelak setiap gambar di album itu.

"Hyerin anak tunggal?" soal aku. Aku memang tak pernah nampak siapa-siapa kat rumah ni selain eomma dan halmeoni Hyerin. Eomma Hyerin mengangguk kecil.

"Baekhyun, meh duduk sini."

Aku berpaling apabila eomma Hyerin memanggil Baekhyun yang berada tidak jauh dari tempat kami berada. Baekhyun mengatur langkah mendekati kami sebelum duduk disebelah aku.

"Mana Hyerin ni? Tak pernah-pernah dia bangun lewat. Letih sangat ke?" kata eomma Hyerin.

"Hah tu pun."

Aku melihat Hyerin yang berjalan mendekati kami. Dia memakai blouse berwarna cream dipadankan dengan seluar jeans. Rambutnya diikat satu. Comel.

"Morni—"

Baru sahaja dia melabuhkan punggung disebelah eommanya, senyumannya mati apabila melihat Baekhyun disebelah aku. Baekhyun cuma menayang muka pokerface dia.

Aku rasa ada yang lain dengan penampilan Hyerin pagi ni. Tapi apa ya? Muka dia macam biasa je pun. Em.

Her lips is swollen or it is just my feels?

Aku menggeleng kecil. Think positive, Taehyung. Mungkin dia pakai lipstick jenama lain ataupun dia baru makan makanan pedas kat dapur.

-----

Hyerin's POV

Pipi aku membahang apabila melihat Baekhyun yang duduk dengan santai disebelah Taehyung. Wajah dia tak menunjukkan yang dia ingat apa yang dia buat kat aku semalam. Aku mencuri pandang wajah dia. Oh my, aku dah kenapa pandang bibir dia. Bibir dia.. Nampak bengkak. Erk. Aku ke yang buat sampai macam tu?

Stop Hyerin, jangan pandang bibir dia.

Aku beralih memandang Taehyung. Aku menghadiahkan senyuman manis kepadanya namun dia hanya membalas dengan senyuman hambar. Wajah dia nampak sedih.

Dia tahu ke?

Mianhae, Taehyung. Saya tahu saya bodoh.

"Baek, kau okay ke? Muka kau dah nampak better berbanding semalam dan.. Err.. Berseri?" Jimin yang entah datang dari mana menyampuk. Yoongi yang berdiri disebelahnya hanya mengiyakan.

"Yeke? Aku rasa biasa-biasa je. Cuma ada something yang lain aku rasa pagi ni." balas Baekhyun. Dia menekup kedua-dua pipinya. Comel. Ugh, please stop Hyerin.

"Hyerin?"

"Hah?!" Aku menekup mulut apabila ton suara aku sedikit meninggi. Aku melihat mereka sedang memandang aku pelik. Aku baru menyedari eomma sudah tidak berada disebelah aku.

Jangan cakap yang diorang dengar apa yang aku fikir dari tadi.

"Kau okay ke?" soal Jimin. Aku menggeleng namun aku terus cepat-cepat mengangguk. Nampak sangat tak okay.

"Jap, ini cuma aku yang rasa ataupun korang semua rasa macam apa yang aku rasa." Yoongi tiba-tiba menyampuk. Keningnya bertaut memandang aku.

"Apa benda kau cakap ni? Rasa apa?" soal Hoseok yang baru tiba bersama  yang lain.

"Aku.. Tak dapat baca fikiran Hyerin." ujar Yoongi perlahan. Mereka semua membuat riak terkejut sebelum turut memandang aku lama.

"Haah la." respon Sehun dengan mengusap dagunya yang licin. Tiba-tiba Jungkook duduk disebelah aku. Kedua-dua pipi aku ditekup. Mata aku terbuka luas. Biskut ni dah kenapa?

"Cuba kau cakap sesuatu dalam hati kau. Apa-apa je." ujar Jungkook dengan kedua-dua tangannya yang masih menekup pipi aku. Aku berfikir sejenak. Oh, apa-apa ye?

Jungkook tak hensem. Muka macam biskut hangus. Gigi macam rabbit. Baik kau lepas muka aku sebelum aku tendang ehem kau.

"Dah?" soal Jungkook dengan dahi berkerut. Aku mengangguk. Dia membuat muka pelik.

"Seriously, aku pun tak dapat baca fikiran dia." ujar Jungkook perlahan. Taehyung yang duduk berpeluk tubuh dihadapan kami berdehem.

"Cantik tangan kau eh sahabat." ujar Taehyung dengan senyuman menyindir. Jungkook yang faham apa maksud Taehyung terus melepaskan pipi aku. Dia tersengih.

"Pelik. Kenapa boleh jadi macam ni eh?" soal Suho. Mereka semua berpandangan antara satu sama lain.

"Taeyeon mana? Mungkin dia masih boleh baca telepathy Hyerin memandangkan dia perempuan." cadang Kyungsoo. Semua mengangguk. Beberapa saat kemudian Taeyeon sudah melangkah ke ruang tamu. Keningnya dinaikkan.

"Kenapa panggil aku tadi?"

Macam mana diorang boleh panggil Taeyeon datang sini walaupun tak ada siapa-siapa yang bergerak nak panggil Taeyeon tadi? Hah, diorang cuma panggil guna telepathy. Senangkan?

"Ada problem sikit. Kami semua tak dapat baca fikiran Hyerin." jelas Suho. Taeyeon mengangguk kecil sebelum mendekati aku.

"Kau masih dapat baca fikiran dia ke?"

"Aku tengah cuba la ni. Hyerin cuba cakap sesuatu dalam hati." kata Taeyeon. Aku menggigit bibir. Entah kenapa setiap kali aku pandang muka Taeyeon, aku rasa bersalah. Aku akan teringat Baekhyun. Aku akan teringat pasal semalam. Dimana aku cium namchin dia. Tak, Baekhyun yang paksa aku.

Ergh, berhenti Hyerin. Berhenti fikir pasal Baekhyun.

"Aku pun tak boleh baca." balas Taeyeon. Mereka semua menunjukkan muka hampa.

"Semalam bulan penuh kan?" soal Jimin. Mereka menjungkit bahu.

Yah Park Jimin, kenapa kau ingatkan lagi pasal bulan penuh ni? Aku tak nak ingat benda tu lagi.

"Macam mana kau tahu?"

"Aku rasa badan aku lain. Mungkin aku dapat mangsa baru kot semalam, fresh blood gitu." Jimin tersengih.

"Entah-entah sebab bulan penuh tu kita dah tak boleh baca fikiran Hyerin." ujar Kai membuat spekulasi. Yang lain sudah menggaru dagu.

"Takkanlah.."

"Aku rasa ada sorang lagi yang masih boleh baca fikiran Hyerin kat sini." kata Yoongi. Mereka semua memandang Yoongi.

"Siapa?"

"Baekhyun."

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now