48 | Letter

5.5K 694 135
                                    

Hyerin's POV

Aku mengeluh untuk ke sekian kalinya. Gambar polaroid ditangan aku tatap. Gambar ini ditangkap ketika kami bercuti di kampung aku beberapa bulan yang lepas. Sudah seminggu peristiwa pahit itu berlaku. Sudah seminggu jugalah Taeyeon meninggalkan kami.

Nyawa Taeyeon tidak dapat diselamatkan kerana pisau yang ditikam pada perutnya itu mengandungi racun yang mampu membunuh vampire. Ramai yang tak percaya dengan kepergian dia secara tiba-tiba itu. Lebih-lebih lagi sahabat baiknya, Tiffany. Tiffany secara kebetulannya tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut. Dia tidak berhenti menangis ketika dikhabarkan tentang berita kematian Taeyeon.

Baekhyun? Dia mula jadi pendiam dan kurang bergaul dengan orang. Bila orang tanya apa-apa dekat dia, dia hanya jawab sepatah. Dah lama kami tak nampak senyuman yang dia selalu hadiahkan kepada kami. Mungkin kejadian itu betul-betul menyentak dirinya.

Taehyung? Entahlah. Dia dah jarang tegur aku. Dia pun dah mula jadi pendiam. Kadang-kadang muka dia nampak macam dia tengah tanggung masalah negara. Dingin je. Dia ada sorokkan sesuatu dari aku ke?

"Hyerin!"

"Hah?" Aku terpinga-pinga apabila Jihye menjerit ditelinga aku. Eii aku dah cakap banyak kali aku tak suka orang jerit kat telinga aku. Bingit kau tahu tak. Sepak kang.

"Mengelamun lagi? Kau pergi tak?" Jihye menggelengkan kepala apabila melihat raut wajah aku yang blur. Aku menyimpan semula gambar tadi dicelah-celah buku nota.

"Pergi mana?" Jihye menunjal dahi aku. Aku menggosok lembut dahi aku lalu menjeling dia dengan tajam.

"Tulah tak dengar apa yang Puan Kim cakap tadi. Porm night." Aku menganggukkan kepala dan berfikir sejenak.

"Kau pergi?"

"Kalau kau pergi, aku pun pergi."

"Hm, okay." Jihye tersenyum lebar mendengar jawapan aku. Aku tergelak kecil melihat riak wajahnya yang begitu teruja.

--------

Aku menyarungkan sweater ke tubuh aku. Rasa nak keluar pula tetiba. Lagi pun aku belum mengantuk lagi dan aku nak hilangkan stress. Tak apa kan kalau aku.. keluar?

Dari apa yang aku lihat melalui tingkap, terdapat beberapa pasangan yang date dekat taman malam ni. Jadi ianya sedikit selamat untuk aku meluangkan masa di situ.

Hati aku cuma tergerak untuk pergi ke taman. Entah kenapa..

Telefon pintar yang aku letak di atas meja solek aku capai. Lock screen aku buka. Tiada chat yang masuk.

Tiada chat dari Taehyung.

Aku mengeluh. Telefon aku masukkan kedalam saku sweater. Apa yang tak kena dengan Taehyung? Kenapa dia tak tegur aku macam dulu? Takkan dia masih marah aku pasal hari tu?

Adakah hubungan kami sudah berakhir?

Selepas memberitahu kepada Jihye yang aku ingin keluar sebentar, aku terus melangkah keluar dari rumah menuju ke taman. Aku menunduk memandang ke bawah sepanjang perjalanan. Kaki aku menguis rumput yang berembun itu. Aku mengangkat wajah. Dahi aku berkerut apabila melihat figura seseorang yang duduk disebuah kerusi panjang yang terdapat di taman ini. Belakang dia nampak familiar. Teragak-agak aku mendekati orang tersebut.

"H-Hai?" sapa aku kekok. Dia yang menunduk dengan hoodie menutupi kepalanya terus mengangkat wajah. Dahinya dikerutkan.

"Hyerin? Buat apa keluar malam-malam ni?" Aku tersenyum kekok. Belakang tengkuk aku gosok perlahan.

"Nak ambil angin."

"Kau tahukan bahaya?"

Kau? Aku?

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now