09 | Teasing

8K 881 72
                                    



Hyerin's POV



"Awak nak bu—buat a—apa?" soal aku. Aku mengundur ke belakang. Tiba-tiba aku tersedar sesuatu. Mata Taehyung. Berubah ke warna merah.

"Tae— Taehyung?" Tangan aku menjadi dingin dan menggigil. Taehyung masih berdiri dan senyap tanpa sebarang suara. Tiba-tiba dia bergerak mendekati aku. Aku semakin mengundur ke belakang. Taehyung semakin bergerak mendekati aku sebelum menarik pergelangan tanganku.

BUKK!

"Aduh!" Aku menahan sakit apabila belakang badan aku berlanggar kuat dengan dinding. Taehyung memerangkap kedua-dua sisi kepala aku dengan tangannya.

"Tae?" panggil aku takut-takut. Aku tidak memandangnya, takut untuk menatap sepasang mata yang kini berwarna merah itu. Aku memejamkan mata serapat mungkin. Aku cuma berharap yang aku pengsan pada waktu ini.

Tiba-tiba tangannya bergerak menyentuh dahi aku yang terkena pintu dan masih berdarah itu. Aku dapat merasakan tangannya membersihkan darah didahi aku. Beberapa saat kemudian, daguku ditarik ke atas. Hah sudah! Apa alien ni nak buat kat aku? Tolong jangan buat kerja gilalah Taehyung!

Lama kami berkeadaan begitu sebelum...

"HAHAHAHAHAHAHAHA!"

Aku membuka mata aku dan melihat Taehyung yang sudah tergelak besar sambil memegang perutnya. Dia jadi vampire mengilai ke apa ni?

"Muka awak lawak gila tadi! Takut sampai tutup mata macam tu sekali LOL. HAHAHAHAHAHA!"

Okay sekarang aku faham. Dia tengah permainkan aku la ni? Tak guna punya budak.

"KIM TAEHYUNG!!"

Taehyung berdiri dan mengelak dari terkena cubitan aku. Aku memukul tangannya berkali-kali.

"Orang dah takut separuh mati tadi, dia boleh pula main-main." Aku menjeling tajam kearahnya. Taehyung menghabiskan sisa tawanya sebelum memandangku.

"Mana ada saya main-main." ujarnya. Keningku terangkat.

"Habis tu? Gelak sampai dah nak retak piano tu apa?" perli aku. Tangan aku mencuba untuk mencubitnya kembali namun Taehyung lebih pantas menangkap pergelangan tangan aku.

"Betul saya tak tipu. Mula-mula tu saya memang tak boleh kawal diri saya, sampai mata saya bertukar jadi merah. Saya diam lama sebab nak kawal diri saya dari 'serang' awak. Bila saya dah dapat kawal, tiba-tiba saya terfikir nak takutkan awak. Hehehehe." Taehyung tersengih. Aku mengetap bibir. Dia ni memang saja nak takutkan aku!

Taehyung melihat dahi aku sebelum menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sapu tangan miliknya. Sapu tangan itu ditekap lembut didahiku, membersihkan sisa darah yang masih ada.

"Nasib baik awak jumpa vampire macam saya tau, baik hati." ucap Taehyung. Sempat lagi dia ni nak puji diri sendiri.

Aku mencuba untuk menghentikan tangannya dari membersihkan dahi aku namun dia menahan. Aku tersentak apabila dia merangkul bahu aku sehingga posisi kami ketika ini bagaikan sedang berpelukan. Erk.

"Duduk diam-diam boleh tak?" Taehyung menyambung kembali kerjanya. Aku hanya diam dan mendongak melihat wajahnya. Tahu apa yang aku fikir sekarang? Aku tak sangka yang aku dapat pandang salah seorang ahli BTS jejaka idaman gadis sedunia dari dekat macam ni. Ayat merapu author, erk.

"Saya tahu saya hensem takyahlah pandang tak berkelip macam tu sekali." ujar Taehyung sambil memandang aku. Dia tersenyum. Kenapa dia comel sangat bila dekat macam ni hah?

"Done." kata Taehyung. Aku tersentak lalu menjauhinya. Pipi aku membahang. Hyerin, what happen to you? Tangkap cintan ke?

-------


"Korang dari mana tadi? Asal lama sangat?" soal Jungkook.

"Ni hah, kepala Hyerin terhantuk kat pintu tadi, berdarah. Aku tolong bersihkan luka dia." balas Taehyung seraya menyambar keropok potato spicy dari tangan Jungkook. Jungkook, Jin, Rapmon, Suga, Jimin dan Jhope memandang kami tanpa berkelip.

"Luka?? Darah??" Bersinar-sinar mata Jhope ketika menyebut perkataan itu. Suga mengetuk kepala Jhope.

"Kau—"

"Don't worry, aku dengan Hyerin tak apa-apa. Even I've lost of control for a while. But I can handle it." balas Taehyung. Dia menarik tangan aku untuk duduk bersila bersama Jungkook dan yang lain dalam bentuk bulatan.

"So, how? Macam mana dengan performance kita? Korang dah jumpa partner?" Semua mengangguk kecuali Jungkook.

"Kookie? Takkan kau takde partner? Kau yang sibuk urus pasal performance ni, kau pula yang takde partner." kata Taehyung. Jungkook memandang Taehyung sebentar. No, bukan 'sebentar', tetapi 'lama' sehinggakan Taehyung merasa seram sejuk dengan pandangan Jungkook.

"Kau asal pandang aku camtu?"

"Aku rasakan.." Jungkook menggantungkan ayatnya.

"Rasa apa?"

"Aku rasa.."

"Kau jangan Jungkook, aku masih normal. Aku tak nak buat benda-benda tu semua. Benda tu salah disisi agama kau tau tak? Kau jangan sesekali fikir macam tu."

"Apa benda kau merepek ni bahlul?" Jungkook membuat muka pelik selepas mendengar kata-kata yang diungkapkan oleh Taehyung.

"Apa bahlul-bahlul? Kau tu yang gay." balas Taehyung sambil membuat muka geli. Jungkook mencubit kuat paha Taehyung.

"Kuwanghajo punya alien. Aku belum habis cakap lagi!" Jungkook mengetap bibirnya. Taehyung tersengih sebelum menggaru belakang kepalanya. Cover leteww.

"Yeke? Hehehehehehe."

"Aku rasa, aku nak ambil budak kelas sebelah kita tu jadi partner." ujar Jungkook.

"Siapa?"

"Nayeon."

"Eleleleleleleley." Taehyung tersenyum nakal dengan kening yang dinaik-naikkan.

"Kau pernah rasa penampar tak, Taehyung?"

"Yang macam ni tu eh."

PAPP!

Dengan selamba Taehyung menampar pipi Jungkook.

"TAETAE!!!" Taehyung menjelirkan lidahnya sebelum berlari dikejar Jungkook. Aku, Jimin dan yang lain hanya menggeleng.

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now