27 | Full Moon

6.8K 644 68
                                    


Hyerin's POV


Dia tak nak bagitahu. Em, okay. Tak apa. Rasanya memang betul apa dia cakap. Tak penting untuk aku tahu.

Aku tak tahu aku dapat keberanian darimana tapi aku langsung tak sangka yang aku tengah duduk kat sebelah dia. Like seriously, aku buat kerja gila nak duduk dekat dia sedangkan aku tahu apa risikonya kalau aku dekat dengan dia macam sekarang ni.

Nak tempah bala agaknya.

"Terang bulan malam ni kan?"

Soalan bodoh aku lontarkan. Memanglah bulan tu terang dan mesti dia dah perasan dari awal. Yang aku nak tanya soalan bonus macam tu dah kenapa?

"Hah?!"

Suara Baekhyun yang sedikit meninggi membuatkan aku terkejut. Aku lihat dia cepat-cepat melihat keatas langit. Riak wajah dia berubah.

Errr salah ke aku bagitahu dia? Dia memang tak perasan malam ni bulan penuh? Eh jap, selalunya dalam mana-mana filem bila bulan penuh macam ni kononnya ada serigala jadian yang menyalak tak tentu pasal dan vampire semakin giat dan aktif mencari mangsanya waktu-waktu macam ni.

Oh wait, aku cakap apa tadi?

Liur aku telan.

"Shit."

Aku kembali melihat Baekhyun yang masih mendongak memandang langit. Dia berdiri membelakangi aku jadi aku rasa dia tak akan perasan kalau aku masuk senyap-senyap kedalam rumah. Perlahan-lahan aku melangkah kebelakang. Mata aku pejamkan untuk mengumpul semangat yang kian pudar. Satu perkataan yang terlintas difikiran aku saat ni.

Run.

"Kenapa awak nak lari?"

What.

The.

Fish.

"Err saya nak masuk tidur. Mengantuk." Baru sahaja aku memusingkan badan, pintu utama sudah tertutup rapat.

"Tak nak temankan saya lebih lama ke?"

What kind of question is that, Baekhyun? Meremang segala bulu duh. Pergilah panggil Taeyeon ke siapa-siapa untuk temankan kau. Bukan aku. Dah tak—

"Nak saya ingatkan ke yang awak ni slave saya?"

Aku merasa badan aku dipusingkan menghadapnya sebelum pergelangan tangan aku digenggam erat. Aku memejamkan mata. Tak sanggup nak tengok huuu~

"Buka mata awak."

Tak nak.

"Buka-Mata-Awak." Baekhyun menekan setiap ayatnya. Semakin kuat aku memejamkan mata. Peluh dingin sudah membasahi dahi aku. Tangan aku masih belum dilepaskan.

Tiba-tiba badan aku ditolak ke pintu. Aku membuka mata apabila belakang badan aku terasa sakit. Dagu aku ditarik keatas.

"Aku tak suka orang tak dengar arahan aku."

Aku terdiam. Mata merah gelap miliknya memandang tajam kedalam mata aku.

"Sorry."

Hanya itu yang mampu aku katakan. Aku tidak berani bercakap banyak apabila berhadapan dengan Baekhyun yang lagi satu ini.

"Setakat maaf tak cukup bagi aku."

Mata aku terbuka luas. Baekhyun sudah tersenyum sinis.

"A-apa yang awak nak?"

Soalan aku disambut dengan ketawa halus dari Baekhyun. Rambut aku yang terjuntai di wajah dia betulkan kebelakang telinga.

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now