23 | Challenge

6.5K 693 26
                                    


Author's POV


Hyerin menjatuhkan tubuhnya keatas katil. Keluhan dilepaskan.

KLEK!

"Hyerin, Taeyeon tidur sebilik dengan kamu ya. Dia sorang je yang perempuan." ujar Puan Park di muka pintu. Hyerin mengangguk lemah. Kepalanya sudah berdenyut-denyut sakit. Dia tidak boleh terlalu banyak berfikir, kalau bukan sakit kepala, memang demamlah jawabnya.

"Hyerin, awak okay ke?" soal Taeyeon selepas meletakkan beg miliknya disebelah katil. Mujur katil di bilik Hyerin ini bersaiz king, senanglah mereka berdua untuk tidur bersama.

Hyerin mengangguk. Taeyeon yang tidak berpuas hati segera melekapkan belakang tangannya didahi Hyerin.

"Awak demam ni. Nak saya ambilkan ubat?" soal Taeyeon. Lagi lagi Hyerin mengangguk. Taeyeon melangkah keluar dari bilik dan mencari Puan Park.

"Kau nak pergi mana, Yeon?" soal Taehyung. Chanyeol yang berada disebelahnya turut memandang Taeyeon. Langkah Taeyeon terhenti.

"Hyerin demam. Aku nak ambilkan ubat dari—"

"Taeyeon, kamu tak tidur lagi ke?" Taeyeon berpaling dan melihat Puan Park yang berdiri disebelahnya.

"Ahjumma, Hyerin demam la. Ada ubat tak?" soal Taeyeon.

"Demam? Kejap." Puan Park berjalan ke bilik tidurnya dan keluar semula.

"Ni." Puan Park menghulurkan sepapan ubat kepada Taeyeon. Taeyeon menyambut.

"Yeol, ikut eomma jap." Chanyeol yang terkebil-kebil hanya mengikut langkah Puan Park menuju ke dapur. Sempat dia memandang Taehyung. Taehyung hanya mengangguk membenarkan dan tersenyum.

"Kamu tolong bawakan makanan ni ke bilik Hyerin. Pastikan dia makan. Kalau kamu tak keberatan, tolong jaga Hyerin malam ni ya." Chanyeol terbeliak. Tangannya menyambut dulang makanan yang dihulurkan oleh Puan Park. Puan Park meninggalkannya terpinga-pinga di dapur. Chanyeol mengeluh. Dia mengatur langkah menuju ke bilik Hyerin.

"Haish, mana pula Taehyung ni?"

Setelah puas dia mencari kelibat Taehyung namun tidak dapat dia temui, akhirnya dia memutuskan untuk menghantar sendiri dulang makanan tersebut ke bilik Hyerin.

"Hyerin?" Hyerin yang terbaring lemah diatas katil menoleh. Riak wajahnya sedikit terkejut.

"Yeol?" Chanyeol tersenyum dan mendekati katil Hyerin sebelum meletakkan dulang makanan yang dipegangnya ke atas meja kecil sebelah katil.

"Taeyeon mana?" soal Chanyeol.

"Dia keluar. Baekhyun ajak dia dengan Taehyung keluar kejap." Chanyeol mengangguk. Patutlah Taehyung tak ada kat dalam bilik tadi.

"Ni, eomma awak suruh awak makan. Lepas tu, makan ubat." Hyerin tersenyum kecil dan mengangguk.

"Nanti saya makan. Sekarang saya tak larat lagi." Hyerin memicit kepalanya. Chanyeol menggigit bibir. Nanti kalau Puan Park tanya dia Hyerin dah makan ke belum, apa dia nak jawab?

"Kalau saya suapkan, awak nak tak?"

Hyerin mengangkat wajahnya. Chanyeol sudah duduk dibirai katil dan mengambil semangkuk bubur yang dibawanya tadi.

"Awak.. buat apa ni?" soal Hyerin. Chanyeol tergelak kecil.

"Nak suap awak la. Kan awak kata tak larat tadi, biar saya tolong suapkan." balas Chanyeol. Sudu dihalakan ke mulut Hyerin. Hyerin ingin menolak, namun bimbang Chanyeol berkecil hati. Dia menegakkan sedikit tubuhnya.

"Say aaa~" Hyerin tergelak kecil sebelum membuka mulutnya.

"Alololo comel la dia ni. Makan pun comot." Chanyeol mengesat bubur dibibir Hyerin. Reaksi Hyerin? Rasa macam nak lompat-lompat atas katil tu terus.

"Okay dah habis, sekarang makan ubat." Chanyeol memberi arahan bagaikan seorang ibu yang sedang merawat anaknya yang sakit.

"Ish, malas la. Dahlah ubat tu besar, pahit pula tu." Hyerin berbaring dan menutup wajahnya dengan bantal.

"Makan la. Tak mati pun kalau telan ubat ni." Chanyeol menggerakkan tangan Hyerin. Hyerin menggeleng.

"Makan cepat. Tak nak makan, dapat lain."

Bangun-ambilubat-sumbatdalammulut-minumair.

"Dah."

Chanyeol tergelak besar. Tahu takut. Bukan main turbo lagi dia telan ubat tu.

Tangannya mencapai selimut di kaki Hyerin dan menutup tubuh Hyerin sehingga paras leher.

"Tidur. Nak saya dodoikan lagi ke?" soal Chanyeol dengan senyuman yang terukir dibibirnya.

"Tak payah. Suara bukannya sedap pun."

"Eleh. Tak nak mengaku konon. Dah, good night. Tidur leklok. Sweet dream baby boo." ucap Chanyeol. Hyerin tersenyum lalu menutup matanya.

Chanyeol hanya memerhati wajah Hyerin yang tenang itu. Senyuman tidak lekang dibibirnya.

What a beautiful creature.

---------

"Best la kat sini. Dah lama saya tak pergi pantai." Taeyeon menguis-nguiskan kakinya pada pasir. Angin malam menyapa kakinya yang terdedah sehingga paras peha itu. Lengan Baekhyun dirangkul erat.

"Kita stay lama sikit kat sini boleh tak?" soal Taeyeon.

"Ikut Hyerin je. Kalau dia nak balik, kita balik la." balas Baekhyun. Rambutnya yang ditiup angin dibetulkan.

"Alaaa." Taeyeon memuncung. Baekhyun tergelak melihat wajah masam Taeyeon.

"Nanti awak tanya la Hyerin. Pujuk dia supaya kita dapat stay lama sikit kat sini." pujuk Baekhyun. Taeyeon tersenyum dan mengangguk laju.

"Taehyung? Asal senyap je?" soal Taeyeon. Taehyung tersentak dari lamunannya. Wajah Baekhyun dan Taeyeon dipandang.

"Takde la. Aku tak tau nak cakap pasal apa." Taehyung memasukkan tangannya kedalam poket seluar.

"Mesti kau tengah fikir pasal Chanyeol dengan Hyerin kan?" teka Taeyeon.

"Hurmm.."

"Baik kau bagitahu eomma Hyerin tu pasal hubungan korang berdua." Taehyung mengangkat wajahnya. Bibir dikemam.

"Memang tak la. Mesti dia nak Chanyeol tu yang jadi menantu dia." Taehyung menarik nafas dan menghembuskannya. Dugaan betul.

"Apa susah? Esok esok kau try la ambil hati eomma dia. Tunjukkan sikap gentleman kau tu. Kau ni dah full pakej untuk dibuat menantu. Hensem, pandai masak, ada bakat."

"Pandai masak?" Baekhyun menahan ketawa dari terlepas. Taehyung menumbuk bahu Baekhyun. Perli la tu.

"Aku dah pandai masak okay. Kyungsoo dengan Jin hyung dah turunkan ilmu diorang kat aku." Taehyung tersenyum bangga. Baekhyun mencebik.

"Okay, esok kita sediakan breakfast untuk diorang. Siapa masak paling special, dia yang menang. Deal?" Baekhyun menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat dengan Taehyung. Taehyung menautkan kening. Oh nak cabar ye?

"Deal." Taehyung menyambut tangan Baekhyun. Senyuman penuh makna tersungging dibibirnya.

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now