PART 11

71K 710 31
                                    

- RYAN ISKANDAR -

Media :- 

- Mai Davika Hoorne -


selesai sahaja Mia Kayla makan bersama ahli keluarganya, mereka semua duduk di ruang tamu. malam itu semua hali keluarganya berada di rumah. along serta angah Mia Kayla pun pulang ke rumah. 

''Mia apa cerita sekarang , kerja dengan papa ke ?'' soal along 

''tak, mia kerja dengan Ryan Holding'' 

''owh Ryan Holding syarikat pertama ada ceo handsome tu kan?'' soal angah 

''tak ada lah handsome mana pun angah , biasa-biasa je dia tu, mia jadi PA dia lah along, angah'' jelas Mia Kayla

''bagus lah mia sekurang-kurangnya mia boleh belajar, nanti dah bosan kerja dengan dia. boleh lah kerja dengan papa pulak, '' kata along

''sebenarnyakan malam ni Mia ada benda nak cakap dengan korang semua. '' 

''apa dia Mia ?'' soal papa

''boss mia lamar mia '' Mia Kayla cepat-cepat tutup matanya dia takut familynya tidak menerimanya. 

''what ! biar betul mia ?'' soal Along

''yup betul, tapi dia nak kahwin hujung bulan depan''

''what, Mia kamu ni benda macam ni mana boleh bawak main, kalau dia orang melayu. ikut lah adat melayu. kenapa nak cepat sangat ni ? dia dah buat apa-apa ke dengan Mia?'' soal Puan Maria. bertubi-tubi soalan yang diberikan. 

'' eh ! mama ni, ke situ. mana ada. hmmmm''

''habis kenapa dia nak cepat sangat kahwin dengan mia dengan tak menyempat nak datang  merisik semua'' kata Puan Maria lagi. 

''macam ni mia, papa setuju. yang penting mia bincang balik dengan dia, suruh dia datang masuk meminang dulu. kita orang melayu so ikut lah adat orang melayu yang macam mama kamu cakap tu'' jelas Encik Rashid

''baik lah esok mia cakap dengan dia''

''pelik lah along boss mia ni, asal dah kemaruk nak berbini ke ?'' soal along

''hahah no lah ! along kena faham adik along yang sorang ni, dah cantik lagi bergaya, dia takut kena kebas kot, haha, sebab dekat office tu ada sorang mamat ni rajin sangat hantar bunga dekat mia tau. setiap pagi akan ada bunga dekat meja Mia'' jelas Mia Kayla tentang Charlie

''patut lah , soal jealous lah ni, hahaha '' gelak puan Maria. 

''untung along dengan angah dapat adik yang cantik ni tau '' riak Mia Kayla

''ee perasaan lah dia along , angah cuma tahu adik angah ni tetap si comot ok. hahah'' 

''angahhhhhh ! '' Mia Kayla balik bantal ke arah Angahnya

''hahahah ada-ada je kamu bertiga ni kalau berjumpa. nasib lah bini korang ni memahami peragai annoying kamu berdua ni'' kata Encik Rashid. 

'' ekk tak jugak papa, dulu sebelum kahwin nana ni, dia jealous dengan Mia, dia ingat mia awek along. '' kata Along.

''abang tu dulu ek, dah berapa tahu dah. hahah'' kata Kak Long

Mia Kayla bersyukur sebab keluarganya menerima Ryan Iskandar, tapi dalam hati tetap ada rasa bersalah, sebab dia berkahwin kerana kontrak buat kerana kerelaan Ryan Iskandar. dia berharap sangat bila terciptanya suatu perkahwinan dia nak sangat Ryan Isakandar batalkan kontrak itu. 

RYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now