B1: Kahwin Dengan Alien?

18.8K 801 24
                                    

Aku dengan sabarnya menunggu waktu balik. Keluar je dari pagar sekolah, aku nak sepak-sepak muka dia yang hensem tu. (Lah sangat)

Biar bengkak lepas tu semua orang tak suka dia. MUAHAHAHA!

"Oi, apa yang kau berangan tu?" Suara Afiqah menghentikan lamunanku.

"Berangan macam mana nak hapuskan alien tu." Kataku tersenyum jahat. "Relax ah...budak lelaki kan? Biasalah tu." Kata Dania.

"Dia bukan budak biasa. There is a reason I call him alien you know?" Kataku berbahasa inggeris.

Ceh wah~

"Eleyh, taulah pandai bahasa inggeris." Kata Elisya. Aku hanya mendiamkan diri.

Rumah

"Assalamualaikum!" Jeritku sambil melangkah masuk. "Waalaikumussalam!" Sahut mama. Aku dengan geramnya menuju ke bilik aku. Ish, I HATE YOU FAQIH!

Dalam perjalanan ke bilik aku, ternampak pula pelbagai hidangan diatas meja. Rajinnya mama masak hari ni.

"Mama, kenapa mama masak banyak sangat?" Tanyaku. "Oh, ada orang nak datang." Jawab mama. "Siapa?" Tanyaku lagi.

Krik-krik.

Krik-krik.

Tak ada jawapan daripada mama. Ish, siapa nak datang ni?

"Dyra, nanti pakai baju dengan tudung cantik-cantik tau." Kata mama.

Okay, aku rasa mama ada plan. Yang aku tahu, this plan is not a good one. Matilah kau Nadyra Irdina!

Jam 2030

"Assalamualaikum!" Kedengaran suara seseorang dihadapan pintu. "Waalaikumussalam!" Sahutku lalu menuju ke pintu dan membukanya.

"Hai untie!" Kataku tersenyum palsu. Untie Afrina rupanya.

Siapa Untie Afrina? Memperkenalkan, ibu Faqih Ziedan. Dan, dia pun ada disini. What the tooott!

"Hai Dyra! Mama mana?" Tanya untie. "Kat dalam dapur." Jawabku. Dia terus masuk lalu menuju ke mama.

Faqih pula lambat buka kasut. Aku terus berpura-pura mengunci grill.

"Hoi, bagilah aku masuk." Kata Faqih. "Eh, no way!" Kataku. MUAHAHA BALASAN!

"Akukan ketua pengawas? So, buka pintu grill ni sekarang wahai orang suruhan." Katanya dengan senyuman berlagak.

BLUEKK!

"Eh, ini bukan sekolah. Dan kau bukan ketua pengawas diluar sekolah. So, I'm not your servant." Kataku.

GERAMNYA AKU YA ALLAH!

"Untie Nurhani! Tengok anak untie ni!" Kata Faqih. "Ish, diamlah setan. Yelah, aku bagi kau masuk."

Hmph. Terpaksalah aku mengalah. Ada pulak panggil mak aku. 👽 betullah dia ni.

"Hah, Dyra. Pergi bancuh air." Suruh mama. "Hah, dengar cakap untie tu...bancuhlah air." Usik Faqih.

Ish, kejam.

"Faqih tolonglah Dyra sekali." Kata Untie Afrina. "Hah, dengar cakap untie tu...tolong aku bancuh air." Kataku membalas dendam.

PADAN MUKA KAU FAQIH ZIEDAN. MUAHAHA!

Aku dan Faqih yang bermuka masam terus memasuki dapur manakala mama dan untie sembang sakan kat ruang tamu.

Aku terus mencapai jug di dalam kabinet. Faqih? Jangan harap mamat tu tolong aku. Dia duduk dekat kaunter bar aku sambil main telefon.

PEMALAS!

Aku hanya memerhatikan dia sambil mengisi air panas ke dalam jug. Tiba-tiba,

"Aduh!"

Air panas terkena tangan aku. Sakit! Faqih yang main telefon terus letak telefon tu lalu menuju ke arah aku.

"Woi, kau okey tak?" Tanya Faqih.

Ish, nak buat baik pula.

"Okeylah." Kataku menipu. Sakit weyh😭

"Kau ni hati-hatilah sikit." Kata Faqih lalu menarik tanganku dan meniupnya.

"OI, HARAMLAH!" Kataku sambil melepaskan tanganku daripada Faqih.

"Aku taulah haram. Padan muka kau, siapa suruh pandang aku sambil isi air panas dalam jug." Katanya.

"Dah, basuh tangan kau dengan air sejuk. Jangan letak mentega atau ubat gigi. Nanti kuman merebak." Kata Faqih.

Hebat juga dia ni. Macam doktor pula. Maklumlah, unit beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah.

"Thanks." Kataku. "Welcome. Jangan bagitahu mak aku atau untie aku tak tolong kau bancuh air tau. Dan jangan cerita yang kau cedera. Tau?" Kata Faqih.

Faqih terus sambung bermain telefon.

Kejam, dah tak tolong aku sampai cedera. Lepas tu, jangan bagitahu mama atau untie? What?

Tapi sekurang-kurangnya dia tolong rawat tangan aku yang melecur sikit.

Mama dengan untie ni pun satu, sembang sampai tak dengar ada orang jerit kesakitan. Kesian aku tau, huhu.

Selesai membancuh air, mama memanggil aku dan Faqih. Aku dan Faqih terus menuju ke ruang tamu.

"Sini jap korang berdua." Kata Untie Afrina.

Kami terus melabuhkan punggung disofa bersebelahan ibu masing-masing.

"Mama dah buat keputusan." Kata mama. Apa ni weyh?

"Untie pun dah setuju dengan plan mama." Kata Untie Afrina. "Apa ibu?" Tanya Faqih, kehairanan.

"Kami berdua ingat nak jodohkan kamu berdua." Kata mama.

"HAH?!" Jeritku dan Faqih.

I'm dead.

Suami Satu KelasWhere stories live. Discover now