Still Faqih's POV;
Aku melangkah ke hadapan pintu kelas 5 Ikhlas. Sebaik sahaja mengetuk pintu kelas, semua perempuan tergedik memandang aku.
Diorang terus menuju ke pintu sambil merebut untuk bercakap dengan aku.
Hmph. Typical.
Tiba-tiba salah satu dari mereka menanya aku. Terus yang lain geram dan menyampah.
"Ye, ada apa?" Tanya perempuan itu sambil tersenyum gedik.
Ewww.
"Eiman ada tak?" Tanyaku. Aku nak pinjam telefon dia kejap.
"Oh, dia ada. Nak saya panggilkan ke?" Tanya perempuan itu.
"Emm, bolehlah. " Kataku.
"Kejap ya. " Katanya lalu berjalan seperti perempuan yang lemah lembut (berlakon je tu) ke arah Eiman.
Sampai situ je dia terus pukul Eiman.
"Adoi! " Jerit Eiman sampai aku dengar walaupun kat luar kelas.
Kan aku dah cakap, dia berlakon lemah lembut je tu.
"Faqih tengah panggil kau tu kat luar. Kau layan dia baik-baik tau. " Kata perempuan itu.
"Eleh, dia bukannya boyfriend kau kan? Kisah apa aku. " Kata Eiman sambil mengusap bahunya yang dipukul.
Dia terus menuju ke arah aku.
"Uit, apa cer? " Kata Eiman.
"Aku tau kau bawak fon kan? " Tanyaku. Muka Eiman terus cuak.
"Eh, taulah ketua pengawas. Chill dulu bro. Jangan rampas. Dalam tu semua ada gambar awek aku. " Kata Eiman.
"Ish, bod*h la kau. Kau ingat aku nak sangat ke rampas fon kau? Tolonglah. Aku nak pinjam je. Bak sini." Kataku.
Eiman terus mengeluarkan telefonnya dari poket lalu menghulurkan telefon itu kepada aku.
Aku terus membuka instagram. Tengok-tengok notification aku dah sampai 50. Bukan orang like ke apa, tapi orang tag aku dalam gambar.
Ya Allah, cepatnya tersebar benda ni.
'Wuish, Faqih dengan Nadyra keluar dari kereta sama2 doe. '
'Lelaki idaman aku dah dimiliki 😭'
'Berita Panas SMKDI: Ketua pengawas keluar kereta bersama Nadyra Irdina? '
Ish, teruklah macam ni.
Aku tengok Dyra pun dah kena kecam.
Dahsyatnya.
Menyesal pulak tak ambil serious tadi. Huh.
Terpaksalah aku cari Dyra untuk selesaikan masalah ni.
"Fon kau ni aku rampas jap eh? Bye! " Kataku lalu mencari Dyra.
YOU ARE READING
Suami Satu Kelas
Teen FictionPROBABLY DISCONTINUED - mungkin sambung pada masa hadapan tak sure. Irdina hanyalah seorang murid biasa di SMK Desa Indah. Dia agak terkenal dan diminati ramai di sekolah itu kerana kecantikan dan kebijaksanaannya. Namun begitu, tidak semua menyuka...