B29: Sijil Padang Mahsyar

8.8K 369 81
                                    

Selamat datang ke bab mengarut sekali lagi. //maaf saya malas nak sambung pasal raya. lol.

#HazSya // #FaDyra

Nadyra's POV;

Ahad, 24 jam sebelum SPM;

Debaran SPM semakin terasa.

Dup dap dup dap.

"Nadyra?"

Aku terus memandang ke arah Miss Aminah.

"Awak dah siap kerja ke? Dari tadi saya tengok awak mengelamun." Kata Miss Aminah.

"Dah cikgu." Jawabku.

Sejak dua minggu sebelum SPM ni, form 5 akan ada kelas pagi sampai petang setiaaaaap hari kecuali hari Jumaat.

Sekali dengan pagi Ahad.

URGH !

Aku tak sangka esok Isnin.  Esok SPM!

YA ALLAH BANTULAH HAMBA MU INI 😭

Kringggg !

"Okay class, time is up. Make sure you finish your exercises. Don't forget, you will sit for English SPM paper this Tuesday. "

Aku bersorak dalam hati sebab aku dah siap kerja !!

"And don't forget to do EXTRA revision at home."  Sambung Miss Aminah sambil memandang tajam ke arahku.

Oh man.

"Okay, its sad to say that this will be the last English class together before SPM and before finishing your secondary school years. So, I hope you guys will achieve flying colours and continue studying in a good university. And hope to see you again in the future. Bye." Ucap lebar Miss Aminah.

Semua kaum (?) perempuan terus memeluki Miss Aminah. Kami mengucapkan terima kasih, minta maaf, mohon menghalalkan ilmu dan macam-macamlah.

Lelaki pun tapi mereka tak peluk dan salam lah HAHAH.

Sebaik sahaja Miss Aminah melangkah keluar kelas, aku rasa sebak.

Sumpah sedih.

Akhirnya lima tahun kat sekolah ni dah nak habis. 😌

"Weyh Dyra." Panggilan Dania menghentikan lamunanku.

"Jom ah rehat. El dengan Afiqah dah tunggu kat depan dah tu." Kata Dania.

Aku terus bangun lalu menuju keluar.

"WEH CEPATLAH AKU LAPAR NI!" Kata Elisya , 'bersemangat'.

"Okay okay, jom pergi kantin." Kata Afiqah lalu menolak Elisya dengan perlahan.

Sebaik sahaja kami selesai makan, kitorang terus menuju ke koperasi sekolah. Nak beli alat tulis.

"Weyh , pen mana lagi best eh? Faber Castell ke Papermate?" Tanya Elisya

"Aku lagi suka papermate yang dakwat basah tu." Kataku lalu mencapai pen tersebut. Aku mengambil dua berwarna hitam dan satu berwarna biru.

Suami Satu KelasWhere stories live. Discover now