Nadyra's P.O.V ;
Sabtu, 7.30 a.m ;Aku menuju sekolah dengan penuh rasa gementar. Bukanlah ambil result SPM pun ! Cuma harini aku pergi lawatan. And as you can expect, Faqih pun pergi.
That means yang kitorang kena naik kereta sama-sama. Oh gosh 😩
Harini mama yang hantar kitorang so kalau kitorang keluar sama-sama, habis la kalau semua orang nampak !!
"Faqih, kau berhenti jauh sikit lah."
"Apahal pulak?" Kata Faqih.
"Yelah, nanti orang nampak kita keluar kereta sama-sama kang." Kataku. Dia mengambil masa untuk berfikir kemudian berkata,
"Mampuslah orang nak cakap apa, nanti cakap jelah aku tumpang kau. Lagipun orang tahu je kan yang parents kita saling mengenal."
Aku hanya menarik nafas dalam-dalam.
Okay Dyra, bertenang. Ala betul cakap Faqih. Reka je alasan. Apa susah sangat?
Yela, mungkin aku teringat haritu masa semua orang gosip pasal aku. Alah, tapi sekejap je. Orang lupa jugak nanti. Kan?
Akhirnya, kitorang pun tiba depan sekolah. Ramai jugaklah orang yang dah berkumpul. Maklumlah tak sabar nak pergi Sunway Lagoon.
Aku melangkah keluar daripada kereta.
Semua pandang aku bila nampak Faqih keluar. Semua berbisik-bisik sesama sendiri.
Aku terus melangkah laju kearah geng aku. Dalam perjalanan tu aku boleh dengar suara perempuan cakap kat Faqih,
"Eh, apasal awak tumpang dengan dia datang sini? Awak ada apa-apa ke dengan dia?"
Eh? Awak? Gedik bodo. Dahlah menyebuk hal orang.
"Kenapa kalau aku tumpang dengan dia pun? Dia anak kawan mak aku jela. By the way, kalau aku ada apa-apa dengan dia pun kau nak sibuk kenapa? Kalau dia girlfriend aku ke apa ke, kau kisah sangat ke?"
Uish zasss kau perempuan HAHAHA.
"Wuish Dyra, kau dah pandai sekarang nak tunjuk-tunjuk." Usik Elisya.
"Siapa kata aku nak? Wey, dia tu yang aku tak tahu kenapa berani sangat. Sumpah mata-mata yang pandang aku macam nak bunuh aku je." Kataku.
"Ala, diorang jeles sebab kau tumpang kereta dengan budak paling famous kut. Siapa je tak jealous?" Kata Dania.
"Wey, Cikgu Nazami dah sampai." Tegur Afiqah.
Setelah selesai Cikgu Nazami memberi 'plan' a.k.a taklimat ( lol ) , kitorang terus naik bas.
Elisya's P.O.V ;
Well, aku dengan Dyra decided nak duduk kat row agak belakang. And is it a coincidence yang tempat kosong tu sebelah Hazrul? And Faqih. Faqih duduk kat window seat. While Hazrul duduk tepi.
Seriously ? Dalam banyak-banyak tempat?
"Wey Dyra, kau duduk tepi eh?"
"Taknak aku ! Kau duduk lah sebelah tengkorak kau tu." Kata Dyra sambil tergelak.
"Ee , taknak lah !! Kau lah please !!! Aku merayu. Aku sanggup payung kau apa-apa je!" Pujukku.
"Nope, still sitting at the window seat." Kata Dyra lalu berjalan laju kearah tempat duduk di tepi tingkap itu.
YOU ARE READING
Suami Satu Kelas
Teen FictionPROBABLY DISCONTINUED - mungkin sambung pada masa hadapan tak sure. Irdina hanyalah seorang murid biasa di SMK Desa Indah. Dia agak terkenal dan diminati ramai di sekolah itu kerana kecantikan dan kebijaksanaannya. Namun begitu, tidak semua menyuka...