"Aku tanya sekali lagi, kau buat apa tu?" Tanya Faqih.
Cepat-cepat aku menyembunyikan kotak berisi surat-surat cintanya itu.
"Um...tak...tak ada apa-apa." Kataku, tergagap-gagap.
"Dyra, aku tau kau sembunyikan sesuatu. Kau nyorokkan kotak surat cinta aku kan?" Kata Faqih. "Ish, tak baik fitnah." Kataku menafikan.
"Okay. Aku nak tengok bukti dulu." Kata Faqih lalu menuju ke arah aku. Dia terus merampas kotak itu lalu meletakkannya ke dalam almari.
"Ish, kau ni. Selongkar je almari orang. Haish, apalah nak jadi kat budak mentah zaman sekarang ni." Usik Faqih.
"Amboi, mulut kau doe. Nak je aku siat-siat." Kataku. "Wahh, takutnyee!" Perli Faqih. Nyampahnyaaa!
"Apalah nasib aku ada suami cam kau ni." Kataku. "Mestilah bertuah. Akukan hensem, feymes, pandai..." Katanya.
"Eeee...poyonya alien ni." Kataku. Okeylah, aku terpaksa mengaku yang dia memang hensem, pandai dan of course, feymes!
Aku yakin, banyak cabaran yang aku akan lalui disebabkan dia ni. Ala, macam drama melayu. Lol.
"Faqih, dah ambil barang ke?" Tanya mama. "Dah. Nanti Faqih dengan Dyra turun." Kata Faqih. "Okey." Sahut mama.
"Disebabkan kau selongkar almari aku, aku nak denda kau." Kata Faqih. "Eh, apa pula? Kau ketua pengawas sekolah lah, bukan hidup aku!" Kataku sambil mencebik muka.
"Hari ni je. Siapa suruh kau cari pasal? Kan dah kena." Kata Faqih sambil tersenyum sinis.
Ish, cair aku karang.
Eh, apa aku fikir ni?
"Aku denda kau, kau cakap depan geng aku, 'aku rasakan, Faqih hensem.' Ahh gitu." Kata Faqih. "Ish, memang tak ah." Kataku.
"Kalau kau tak terima cabaran tu, kau kena belanja aku aiskrim sebanyak mana aku nak." Kata Faqih. "Hah, yang tu pun bolehlah." Kataku.
Alien nakal.
SMK Desa Indah
Selepas Cuti Sekolah"Hah, amacam kau ngan Faqih? Dia romantik tak?" Tanya Elisya. "Ish, tak langsung. Lagi poyo adalah." Kataku.
"Weyh, petang ni korang datang tak kelas intensif?" Tanya Dania. "Datang. Kenapa?" Tanya Afiqah. "Saja tanya." Kata Dania.
"Weyh, Dyra. Tu si kawan baik kau panggil." Kata Elisya. Aku terus memandang ke belakang.
Oh, Hafriz.
Aku menuju ke arahnya.
"Asal ngan kau ni panggil-panggil bagai? Aku nak makanlah." Kataku. "Ni hah, soalan matematik. Susah gila namati." Kata Hafriz.
Hafriz kawan baik aku sejak darjah 6. Haaaa lama kan?
Aku terus membaca soalan matematik itu.
"Alahai senang kacang goreng ahhh...pertama kau...emm...haah susah." Kataku. "Sakai doe kau ni. Sila meninggal." Kata Hafriz.
Haha ayat tu dah feymes.
Faqih's POV;
Tidak jauh dari situ, ada seorang lelaki memerhatikan mereka.
Ish, geramnya aku dengan Hafriz ni. Lelaki dengan perempuan tak muhrim mana boleh rapat sangat. Ayeeeeee! Geram siaaaaa!
Ish, asal dengan aku ni? Takkan lah aku jeles? Tak mungkin! Akukan benci dia.
Perasaan baik: Awak suka dialah Faqih~ Kami tau awak suka dia~
Perasaan jahat: TAK! DIA KAN MUSUH KAU! MANA BOLEH MACAM NI!
Eh eh macam cartoon pulak hahah
Dia kan isteri aku. Tapi, aku tak boleh salahkan dia sebab dia tak tahu kami berkahwin.
Ya Allah, tolonglah aku! 😭
Nak je aku tumbuk-tumbuk muka Hafriz yang tak berapa nak hensem tu. Aishhhh 👊🏻👊🏻👊🏻👊🏻
Asal dengan aku ni? Ahhhh!
"Faqih?"
Ish geramnyaaa!
"Faqih?"
Geram gila namatey!
"FAQIH ZIEDAN BIN ZAMANUDIN!"
"Opocot mak kau hijau!" Latahku. Ish, Muzair ni... Buat aku terkejut je.
"Apa?" Tanyaku. "Aku panggil kau beribu kali, bukannya nak sahut." Jawab Muzair.
"Yelah yelah..." Kataku. "Kau tengok siapa tu? Intai kekasih hati eh?" Kata Muzair. "Ish, apa pula?" Kataku.
"Yelah, dari tadi intai Dyra tak habis-habis." Kata Muzair.
"Biarlah, dia isteri aku. Lagipun, dia buat salah bersembang dua orang je dengan Hafriz. Kalau aku marah dia, nanti dia complain kat mak aku." Kataku.
Ye, Muzair tau aku berkahwin dengan dia.
"Alahai, aku tau kau tipu. Kau jeles kan?"
Ayat itu menusuk kalbu. hahaha
"Eh, ma...mana ada. Tipu je kau ni." Kataku. "Eh, aku kan pro cinta. Kau tak boleh tipu orang macam aku ni." Kata Muzair.
"Apa-apa jelah." Kataku lalu pergi daripada Muzair.
Aku rasa aku memang jeles.
YOU ARE READING
Suami Satu Kelas
Fiksi RemajaPROBABLY DISCONTINUED - mungkin sambung pada masa hadapan tak sure. Irdina hanyalah seorang murid biasa di SMK Desa Indah. Dia agak terkenal dan diminati ramai di sekolah itu kerana kecantikan dan kebijaksanaannya. Namun begitu, tidak semua menyuka...