B26: Welcome back, Setan!

8.7K 422 26
                                    

#HamIqah

Kalau ada nama ship lain untuk Afiqah dan Iman, sila komen. trimas 😂

P/S: CaPub = Cari Publisiti
(orang yg inginkan perhatian)

^ini amat berguna ya untuk bab ini dan bab-bab seterusnya. Hehe.

Afiqah's POV;

Aku berjalan menuju ke perpustakaan seorang diri.

Elisya pergi membeli barang di koperasi sekolah. Dania jumpa cikgu. Nadyra entah pergi mana.

Aku pula nak cari maklumat untuk kerja sekolah sejarah. Sumpah tak tipu,

Aku.

Memang.

Benci.

Sejarah.

Aku taulah hidup aku pun ada sejarah, tapi kalau nak kena cari Count Camillo Benso de Cavour (panjang gila nama) tu siapa, bukan senang.

Dahlah nak kena hafal lagi. Aduh otak aku boleh meletop tau.

Selesai sahaja membuka dan menyusun kasut, aku terus menolak pintu perpustakaan.

Tak masuk lagi aku dah rasa kesejukan aircond. Ah, nikmat.

Yelah, ni dahlah bulan puasa. Lepas tu matahari bukan main terik lagi hari ni. Heh.

Sebaik sahaja aku masuk, mata aku terus melihat ke arah ruangan komputer.

Alhamdulillah, ada tempat lagi.

Takyah lah aku cari buku sejarah ye hehe untuk cari maklumat. Hehe.

Aku terus meletakkan barang aku di meja itu untuk 'cop' tempat lalu menuju ke kaunter untuk mengambil tetikus.

Tapi bila aku datang balik, tengok-tengok ada mamat kat tempat aku.

Tak guna.

Tempat lain kan ada!

Apa masalah mamat ni?

Aku terus menuju ke arahnya.

"Amboi, engkau ni sedap-sedap je ye ambil tempat orang. Tak nampak ke barang aku ni hah?" Kataku dengan perlahan.

Maklumlah tak nak kena marah.

Kerusi itu terus pusing menghadap ke arah aku.

Eh.

Iman.

"Hi capub. Lama tak jumpa." Kata Iman.

"Oh Waalaikumussalam setan. Apa khabar?" Kataku dengan senyuman lebar.

Muka Iman terus cuak.

Haha sentap kau.

Oh dan ye, sebenarnya dalam hati aku berbunga-bunga hehehe.

Suami Satu KelasWhere stories live. Discover now