Aku matikan lagu yang bermain dari telefon pintarku. Headphone diletakkan di atas meja lalu aku mencampakkan diri ke atas katil.
Katil yang selalu menjadi tempat aku meluahkan isi hati aku, katil yang selalu mendengar suara tangisan aku.
Penat.
Penat fizikal dan mental.
Penat dengan kerenah manusia.
Penat dengan kata-kata manusia yang hanya sekadar kata-kata yang tiada makna.
Penat dengan manusia yang hanya tahu menabur janji tetapi ditunaikan.
Penat menangis untuk orang yang tidak sepatutnya.
Penat segalanya.
Aku terlebih fikir lagi.
Tiba-tiba aku berasa sebak lagi.
Teringat kisah lalu yang telah membawa diri aku yang sekarang.
Sekiranya dulu aku tidak membuat pilihan yang salah, pasti aku tidak menjadi seperti sekarang.
Lama-kelamaan, aku pun tertidur.
Penat.
Selamat malam dunia yang kejam.
YOU ARE READING
KESILAPAN
RandomSetiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. [Pemenang The Wattys 2016 Kategori Suara Baharu]