"Mana Mirah ?" soal Ain dengan matanya melilau ke seluruh bilik.
"Aik ? Bukan ke dia dengan kau ke tadi ?" soal Aisyah kembali.
"Memang lah tapi lepas tu dia kata dia nak balik bilik dulu" balas Ain.
"Dah tu macam mana ni ?" soal Asyiqin pula.
***
Aku masih boleh mendengar perbualan mereka walaupun aku berada di tangga untuk naik ke tingkat atas.
Aku bukan tidak mahu untuk pulang ke bilik tetapi ... Aku perlu bersendirian buat sementara waktu. Fikiran aku kusut.
Dalam tiga minggu, pasti ada pertelingkahan yang berlaku. Walaupun ia tiada kena mengena dengan aku, aku pasti akan terfikir mengenainya.
Kenapa ?
Kerana kisah silam aku pasti akan terbayang-bayang di dalam pemikiran aku dan kembali menghantui aku semula.
Aku menggenggam rambut aku sendiri.
————————
Aku terjaga.
Baru aku sedari bahawa aku tertidur.
Sekeliling aku gelap kerana sudah larut malam. Tambahan pula lampu di tangga tempat di mana aku berada tidak berfungsi.
Dah pukul berapa ek ? Rasanya aku kena balik bilik
Aku menuruni anak tangga dan menuju ke bilik aku.
Sebaik sahaja aku menolak pintu, aku diserbu oleh rakan-rakan sebilikku.
"Mirah ! Kau pergi mana ?" Soal Aisyah.
Aku tidak membalas dan terus berjalan ke katil aku dan baring di atasnya.
Aku dapat merasakan mereka mengelilingi katil aku.
"Mirah. Kalau kami ada buat salah, bagitahu je lah" Ain bersuara.
Aku masih tidak membalas dan pura-pura tidur.
"Kami nak mintak maaf. Kami tahu kau macam ni sebab kami yang asyik gaduh ni"
"Lepas ni kami takkan gaduh dah. Kami akan berubah"
Aku masih tidak membalas dan terus pura-pura tidur sehingga lah aku tertidur.
YOU ARE READING
KESILAPAN
RandomSetiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. [Pemenang The Wattys 2016 Kategori Suara Baharu]