E N A M B E L A S

121 12 1
                                    

Aku mengikut Ain dari belakang.

Ke mana ?

Dia mengajak aku ... Lepak ?

Lepak dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Mereka terdiri daripada tiga gadis dan tiga jejaka iaitu aku, Ain dan seorang jiran bilik depan, Natasya.

Tiga jejaka itu seperti yang aku kenal mereka ialah Danial, Aiman, dan Hazim.

Ketika mereka berbual kosong sesama sendiri, aku seperti biasa akan mendiamkan diri.

Sehingga lah mereka mula bergurau dengan aku.

Hazim dengan Mirah sama lawa sama kacak, sesuai lah

Tersentak aku ketika itu.

Tak lah weh. Dia dengan Danial lah sampuk Ain pula.

Aku tidak tahu hendak memberi reaksi apa kerana ... Aku sendiri tiada rasa apa-apai.

Percaya tak kalau aku cakap aku dah kahwin ? kata Danial.

Sejujurnya, aku sedikit terperanjat. Tetapi rakan-rakan yang lain mengatakan bahawa mereka langsung tidak mempercayainya.

Aku pun tak percaya.

Tetapi Danial ketawa apabila melihat reaksi mereka yang mendengarnya sambil mengatakan bahawa dia hanya bergurau.

Namun di saat itu juga, perasaan aku mula berubah.

Hampir tiga tahun aku tidak merasai perasaan sebegini.

Sejujurnya, Danial mempunyai wajah yang tampan. Malah aku menyukai personalitinya juga.

Aku sudah jatuh cinta.

***

Aku tidak tahu menyimpan perasaan aku sendiri.

Rahsia aku jatuh cinta terhadap Danial diketahui oleh rakan-rakan sebilikku dan Natasya.

Sejak itu mereka kerap mengusik aku.

Lebih teruk lagi ...

Ain rakan sekelas Danial.

Natasya pula rapat dengan Danial.

Natasya pernah mengakui bahawa dia menyukai Danial. Sayangnya, Danial sudah pun mempunyai teman wanita. Jadi, mereka hanya menjadi teman rapat sahaja.

Aku pernah terfikir ...

Danial sangat tampan. Sudah semestinya dia diminati ramai.

Aku ?

Hmm ... 50-50. Aku pernah bercakap dengan dia kerana aku dan dia mempunyai banyak persamaan.

Pada suatu hari, perasaan suka aku mula berubah. Aku menjadi seorang yang tiada perasaan untuk jatuh cinta lagi. Ya seperti sebelum ni.

Semuanya bermula apabila Natasya bergurau yang dia mahukan Danial sebagai teman wanitanya.

Walaupun Natasya berkata sedemikian untuk bergurau, aku langsung tidak boleh menerimanya.

Kenapa ?

Kerana Natasya lebih tampan daripada aku kerana rupanya yang lebih matang daripada aku. Senang cerita, Natasya sememangnya menjadi wanita idaman ramai jejaka.

Aku ?

Orang pandang sebelah mata pun taknak.

Tambahan lagi, Natasya selalu berhubungan dengan Danial. Tidak mustahil untuk Danial jatuh cinta dengan Natasya, kan ?

Sejak itu, aku kembali ke diri aku yang sebelum ini.

Taknak jatuh cinta. Lebih baik aku fokus pada pelajaran sahaja.

KESILAPANWhere stories live. Discover now