Sedang aku menyalin nota dari papan hitam, rakan semeja aku mencuit lengan aku.
"Nampak tak tulisan kat hujung sekali tu ?" katanya.
"Tengok je lah kat buku aku. Aku dah habis salin bahagian tu dah" balas aku.
"Okay. Terima kasih"
Fatihah menyalin nota dari buku aku. Aku menunggu dia habis salin nota dan sambung menyalin nota di hadapan.
***
Farah mendekati meja aku.
"Hai. Kalau korang tak kisah, hujung minggu ni jom lah kita keluar siapkan tugasan untuk cuti nanti" katanya.
"Boleh jugak" balas Mairah teruja.
"Okay jumpa korang hujung minggu nanti" Farah beredar dari meja aku kembali ke tempat duduknya.
"Mirah. Aku selalu nampak kau balik ikut jalan belakang sekolah tu" kata Afiqah.
"Jadi kenapa ?" balasku.
"Lepas ni jom lah balik sama sebab aku dengan Fatihah selalu balik ikut jalan tu"
"Aku balik ikut situ sebab tu jalan paling dekat nak ke perhentian bas" kata aku lagi.
"Eh sama lah. Wahhh lepas ni ada geng lah balik sekolah"
Bukan main teruja lagi aku melihat Fatihah apabila aku mengatakan aku pergi dan balik menggunakan perkhidmatan bas.
***
Aku pulang bersama Fatihah dan Mairah.
Aku merasakan ada orang sedang mengekori aku daripada belakang.
"Mirah !" panggil satu suara.
Aku kenal dengan suara itu tetapi aku tidak menghiraukannya dan terus berjalan.
Beg sekolah aku ditarik daripada belakang dan serta merta langkah aku terhenti. Fatihah dan Mairah tercengang melihat situasi itu.
"Korang balik lah dulu. Esok baru aku balik dengan korang" kataku.
Fatihah dan Mairah hanya menurut sahaja kata-kata aku dan pergi meninggalkan aku.
Aku mengikut lelaki sialan itu ke salah satu bangunan sekolah.
"Kan aku dah kata jangan cari aku lagi" aku menjerkah kepadanya.
"Tapi Mirah ... saya masih sayangkan awak. Saya rasa tak tenang bila awak takde"
"Habis tu betina-betina yang awak sanjung awak sayang tu pergi mana ? Atau awak dah kena tinggal ?" aku tersenyum sinis. Rasakan macam mana sakitnya hati aku.
"Diorang tak sama awak. Awak baik"
"Sorry. Aku dah banyak kali bagi peluang kat kau, kau tak gunakan sebaik mungkin. Dah. Aku nak balik. Penat. Kau menangis ke apa ke lantak kau. Aku dah takde kena mengena dengan masalah kau" aku beredar meninggalkan dia bersendirian dan situ tanpa menoleh ke belakang.
Harap dia faham lah yang aku memang maksudkannya.
Hati aku hancur.
YOU ARE READING
KESILAPAN
RandomSetiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. [Pemenang The Wattys 2016 Kategori Suara Baharu]