T U J U H

257 24 1
                                    

Masuk ke tahun baru sesi persekolahan.

Guess what ?

Aku masih sama kelas dengan kawan-kawan aku.

Maka, kami masih duduk sekelompok. Macam tak percaya hahaha.

***

"Deanna. Aku dah lama nak tanya ni. Dari mana kau kenal kawan-kawan kau tu ?" soal ku.

"Kawan mana pulak ni ?"

"Alahhh yang kita jumpa ramai-ramai tu" kataku bersungguh-sungguh.

"Ohh tu. Aku berkenalan dengan mereka dari Instagram hahaha. Kenapa ?"

"Diorang takde Whatsapp ke ?"

"Ada"

"Aku nak"

Deanna terus memberikan semua contact kawan-kawannya itu kepada aku.

Aku cuma nak memperkenalkan mereka kepada kawan-kawan aku.

***

Seperti yang aku rancangkan.

Semuanya berjalan lancar.

Hanya Farah dan Afiqah sahaja yang hendak berkenalan dengan mereka.

Sejak hari tu, kami menjadi semakin rapat dan kerap berjumpa.

***

Nik mengajak aku datang ke rumahnya.

Atas urusan apa, aku pun tak tahu lah.

Tetapi aku berharap agar tiada apa-apa yang terjadi ketika aku berada di sana nanti.

Aku terus mengetuk pintu rumahnya.

Nik membuka pintu dan menjemput aku masuk ke dalam.

Tanpa ragu-ragu, aku terus melangkah masuk ke dalam rumahnya.

"Yang lain mana ?" soalku.

"Ayah kerja. Adik-adik pulak masih kat sekolah" jawabnya.

Aku hanya mengangguk dan terus duduk di salah satu sofa yang berada di situ.

Nik berjalan ke biliknya meninggalkan aku keseorangan di ruang tamu.

"Mirah!" Nik memanggil aku.

"Ya ?"

"Ke sini kejap"

Sini ?
Ke mana ?
Apa yang Nik sedang lakukan ?

Aku terus bangun dari tempat duduk dan mencari Nik.

Ada salah satu bilik yang terbuka. Mungkin dia berada di dalam sana.

Tanpa berfikir panjang, aku terus meluru ke bilik itu.

Tiba-tiba Nik menarikku dan menolakku ke dinding.

"Nik ?! Awak b-buat apa ni ?" aku mula rasa tidak senang dengan perbuatan Nik terhadap aku.

Dia tidak menjawab malah terus merenung aku.

Aku tidak boleh biarkan terus jadi begini. Mesti mencari jalan untuk keluar.

Aku menolaknya sekuat yang mungkin jauh daripada aku dan keluar daripada biliknya.

"Nik. Maafkan saya. Saya nak balik" aku meminta diri dan keluar dengan tergesa-gesa.

Tanpa menghiraukan panggilannya, aku terus berjalan jauh dari situ.

Aku mendail nombor seseorang.

"Fatihah ... Kau ada kat mana sekarang ?"

***

Malam itu, Nik menghubungi aku. Aku menjawab panggilannya.

"Mirah. Maafkan saya. Saya tak tahu apa yang saya buat kat awak siang tadi"

Aku mendiamkan diri.

"Mirah ?"

"Kalau awak nak tenangkan diri pun, bukan macam tu caranya. Awak ingat saya sama macam perempuan lain yang awak selalu berkepit di belakang saya tu ke ?" akhirnya terkeluar juga apa yang aku rasakan.

"Maafkan saya"

Tanpa ragu-ragu, aku terus mematikan panggilan.

Aku penat terus dipermainkan macam ni.

Bukan aku taknak percaya kata-katanya tetapi ... aku seperti susah untuk mempercayainya lagi.

Apa yang dia cuba lakukan siang tadi terhadap aku itu sungguh diluar jangkaan aku sendiri.

Tangan aku menggigil apabila mengingati peristiwa itu.

Entahlah. Aku tak faham.

KESILAPANWhere stories live. Discover now