T I G A

347 28 0
                                    

Aku berjalan ke kelas sebaik sahaja tiba ke sekolah.

Langkahku terhenti di pintu kelas.

Nampaknya, susunan meja sudah diubah. Aku berjalan masuk ke dalam kelas.

Pandanganku beralih ke papan hitam.

Tertulis di atasnya dengan nama-nama pelajar di dalam kelas itu memberitahu kedudukan pelajar. Aku mencari nama aku sendiri.

Kini aku tidak lagi duduk di tempat yang sama.

Aku terus mengambil tempat di mana aku dipindahkan. Tidak lama selepas itu, Sofia baru tiba. Dia juga terkejut dengan susunan meja yang sudah diubah.

"Woahhh kau ke yang susun ni ?" soal Sofia kepada aku. Aku hanya menggelengkan kepala. Mana mungkin aku yang menyusun semuanya sedangkan aku baru tiba ke sekolah.

***

Barulah aku tahu kini aku duduk bersama dengan orang-orang yang aku perhatikan hari itu. Kesemua mereka masih merasa janggal dengan tempat duduk baharu mereka.

Sebelum ini aku duduk di sebelah pelajar perempuan. Sekarang aku duduk di sebelah pelajar lelaki. Aku tahu nama dia Fatihah.

Di hadapan aku pulak Afiqah dan Mairah. Di belakang aku pula Siti, Farah dan Bella.

Nak dikatakan memang kawasan kami tu kawasan paling senyap.

***

Aku menunggu di hadapan bangunan kelas.

Terhegeh-hegeh lelaki itu meluru ke arah aku.

"Ada apa nak jumpa ? Saya nak cepat ni" katanya dengan muka tidak bersalah.

Meluat.

"Nak cepat jumpa makwe baru ?" sinis aku membalasnya.

"Awak sedar tak apa yang awak cakap ?" dia menyoalku.

"Awak fikir saya tak tahu ke yang awak curang di belakang saya ?" balas aku.

"Curang ? Apa ni ? Mengarut lah. Saya sayangkan awak sorang je" dia masih cuba berdalih dengan aku.

"Mentang-mentang saya takde apa-apa akaun sosial, awak senang-senang curang di belakang saya. Awak ingat saya senang-senang nak diperbodohlan oleh awak ke ?" aku meluahkan semua isi hati aku kepadanya.

"Jadi, awal nak cakap yang awak tak percayakan saya ?"

Aku dapat merasakan yang dia sedang menyerang aku dengan psikologi.

"Bukan sekali awak dah buat macam ni dengan saya. Dah banyak kali. Awak ingat kepercayaan tu macam besi ke ? Akan terus bertahan ? Besi pun akan berkarat kalau dibiarkan terdedah dengan udara dan air"

Dia diam tidak membalas.

Mengalah ?

Aku tak rasa macam tu.

"Saya boleh lepaskan awak. Awak pergi lah berkepit dengan mana-mana perempuan pun saya takkan peduli lagi dah" tambahku lagi.

"Dah habis ?"

Aku tersentak dengan reaksi dia.

"Kalau dah habis, saya nak pergi sekarang" katanya lagi.

"Ya saya dah habis. Jangan hubungi saya lagi" jawabku dan terus beredar dari situ meninggalkan dia seorang diri.

Sampah.

Kau sampah.

***

Segala hadiah darinya aku campak ke lantai. Kaca atau tak, aku tetap menghempasnya ke atas lantai atau ke arah dinding.

Sakit.

Hati aku sakit.

Aku mengambil kotak kaca yang berisi gambar-gambar aku bersamanya. Aku terus mencampakkannya ke arah dinding. Bersepai serpihan kaca dan isi di dalamnya.

Tidak cukup dengan itu, aku menumbuk cermin yang terdapat gambar mamat tak guna itu.

Aku tidak mempedulikan rasa sakit dan luka di tanganku. Sakit hati aku lebih perit daripada sakit di tanganku.

Akhirnya aku terduduk di atas lantai yang berselerakkan.

Bilik aku tidak ubah seperti bilik stor yang tidak terurus atas perbuatan aku sendiri.

Aku menekup wajahku sendiri. Wajah aku sudah lama basah kerana air mata aku sendiri.

Telefon pintar aku capai dan mendail nombor seseorang.

"Deanna ? Nanti kita lepak ?"

"Kau okay ke ? Suara kau ..."

"Aku baru bangun tidur sebab tu suara aku macam ni. Jumpa petang nanti" aku terus menyentuh butang merah menamatkan panggilan.

Aku melihat sekeliling.

Sendiri sepahkan, sendiri lah kemas.

Baik aku kemas sebelum ibu dan ayah aku pulang dari tempat kerja.

Kakak aku masih di sekolah kerana menghadiri kelas tambahan. Adik aku pula masih belum pulang daripada sekolah.

Bagus !

***

Aku perasan bahawa Deanna kerap menjeling tangan aku. Segera aku menyorokkan tangan aku.

"Tangan kau kenapa ?" soalnya.

"Tangan aku ... melecur" aku berbohong.

"Yeke ? Kau buat apa ?" Deanna cuba mengorek lagi.

"Aku ... lapar. Aku masak lah maggi. Lepas tu kuah dia tertumpah kena tangan aku"

Taehyun merenung aku.

"Apa-apa je lah. Pasal semalam tu ..."

"Aku dah takde apa-apa dengan dia dah" aku memintasnya. Aku tahu bahawa dia nak bercakap mengenai lelaki tak guna tu.

"Woahhh apa kau buat kat dia ?"

"Penipu selamanya penipu. Aku cakap macam mana pun dia tetap takkan bagitahu walaupun aku dah tahu" kataku geram.

"Hah tu lah kauuu. Sebab tu aku tak berapa suka bila aku dapat tahu yang kau in relationship dengan sesiapa"

Aku tak tahu sama ada dia memerli aku atau apa.

"Tak payah lah cakap pasal dia. Aku ajak lepak ni pun sebab nak tenangkan fikiran. Tapi kau cakap pasal dia pulak" aku membebel kepadanya.

"Okay okay sorry. Jom lah kita jalan-jalan sekitar sini" ajaknya.

Aku bersetuju dan berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan kami.

***

Selesai menyegarkan diri, aku terus mencampakkan tuala aku di atas kerusi.

Tenang sedikit selepas mandi. Baru sahaja aku hendak melelapkan mata, telefonku berbunyi menandakan ada pesanan yang baru masuk.

Tanganku mencari-cari telefon iti di atas katil.

Kacau betul. Mesti Deanna.

Kekunci skrin aku buka.

Bukan daripada Deanna.

Tetapi dari lelaki tak guna tu.

Hai sayang

Aku mendengus dan membiarkan sahaja pesanan tidak berbalas.

Pesanan kedua muncul lagi.

Saya nak minta maaf pasal kat sekolah tadi. Ya saya ni teruk sebab curang dengan awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya sayangkan awak. Maafkan saya okay ?

Apa lagi lah lelaki ni nak.

Aku mematikan sahaja telefon pintarku.

Tiada siapa lagi yang akan kacau tidur aku.

Selamat malam.

KESILAPANWhere stories live. Discover now