Setelah lama menanti, akhirnya keputusan permohonan aku untuk menyambung pelajaran kali ke-2 telah diumumkan.
Permohonan kali ini aku berjaya mendapatkan tempat. Tidak sabar untuk aku memaklumkannya kepada ayahku apabila dia pulang nanti.
Rakan-rakanku yang lain juga turut bergembira.
Murni lah orang yang paling gembira kerana aku ditempatkan di sebuah universiti yang sama di mana dia dan Kak Diana ditempatkan sebagai seorang pelajar.
Tidak sabar untuk mendaftarkan diri di sana.
***
Setelah selesai urusan pendaftaran pelajar dan penginapan kolej, aku ditemukan dengan rakan baru. Ya mereka merupakan teman sebilik aku.
Mereka ialah Ain, Asyiqin dan Aisyah.
Aku berkenalan dengan mereka sebagai teman sebilik.
Apa yang menarik mengenai mereka ialah mereka sangat peramah dan mudah mesra.
Tidak seperti aku. Pendiam. Tidak tahu bergaul dengan orang baru. Aku berasa iri hati dengan sikap mereka. Namun aku tidak mengendahkan perasaan itu kerana aku hanya bersama mereka selama empat bulan sahaja.
Namun, pada suatu hari kesabaran aku makin menghilang sehingga aku membawa diri ke tingkat bangunan kolej yang paling atas, di mana tiada sesiapa pun yang berada di situ.
***
To : MURNI
Naik ke tingkat paling atas. Sekarang.***
Telefon pintar berjenama Samsung J1 Ace aku genggam kuat.
Tidak lama kemudian, Murni muncul di sebelah tempat aku terduduk.
Kemudian dia duduk berdekatan dengan aku tetapi aku mendiamkan diri aku sehingga lah aku berasa hendak bercakap demgannya.
Walaupun sekadar 'bercakap' melalui laman sosial.
Susah untuk aku meluahkannya melalui mulutku sendiri. Susah sangat.
Idea itu tercetus apabila aku terus mendiamkan diri walaupun Murni sudah berada di hadapan mata aku sendiri.
YOU ARE READING
KESILAPAN
RandomSetiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. [Pemenang The Wattys 2016 Kategori Suara Baharu]