D U A

448 28 0
                                    

Aku menunggu bas seperti kebiasaannya.

"Oi Mirah !" tegur seseorang.

Dia merupakan kawan baik aku yang tinggal berdekatan dengan rumah aku. Kami juga pergi dan balik dari sekolah dengan bas yang sama.

Tetapi kadangkala aku selalu pulang ke sekolah seorang diri kerana dia sibuk dengan hal kelasnya atau keluar bersama kawan-kawan sekolahnya.

Namanya Deanna.

Untung dia.

Pandai, mudah bergaul dengan orang, cantik ...

Apa yang aku tak boleh buat, semua dia boleh buat.

Sungguh aku cemburu dengan dia.

Tetapi walaupun begitu, dia langsung tidak mengabaikan aku. Apabila dia pulang dari meluangkan masa dengan kawan-kawannya, dia pasti akan mengajak aku keluar bersamanya.

Hanya dia satu-satunya kawan yang masih setia berkawan dengan aku.

"Mirah. Aku tak balik. Tapi petang nanti aku jemput kau kat rumah. Aku nak ke bandar beli barang" katanya.

"Kenapa tak balik ?"

"Tu hah budak kelas aku ajak keluar. Satu kelas pergi. Aku pun kena lah pergi. Kelas kau macam mana ?"

"Macam biasa. Semua buat hal sendiri. Bila entah aku nak dapat kelas yang sporting. Macam kelas kau" aku mengeluh.

"Awal tahun macam ni biasa lah semua tak kenal perangai masing-masing lagi. Okay lah. Aku nak kena pergi sekarang ni. Jaga diri. Bye !" Deanna pergi meninggalkan aku sendiri di perhentian bas tu.

Agak-agak suatu hari nanti, dia akan tinggalkan aku macam tu jugak ke ?

***

Petang itu seperti yang dijanjikan, aku meneman Deanna membeli barang di bandar.

Selepas Deanna membeli barang, kami berhenti di sebuah kedai makan untuk berehat atau bahasa mudahnya, melepak.

Banyak cerita dan topik yang kami borakkan.

Deanna mengeluarkan telefon pintarnya. Dia membuka aplikasi Instagram.

Aku tidak mempunyai akaun Instagram kerana aku tidak berminat untuk bergambar.

Jarinya mula menyapu skrin melihat gambar-gambar yang lalu di skrin telefonnya.

"Mirah ..."

Aku hanya memandangnya.

Kemudian dia menunjukkan skrin telefonnya kepada aku.

Terpampang gambar teman lelaki aku dengan bersama seorang gadis. Dia tersenyum riang dengan gadis yang memeluk dirinya.

"Siapa ni ?" aku buat-buat tidak mengenali lelaki di dalam gambar itu.

"WOAH. Ni pakwe kau kottt. Tak kenal ke ?" katanya bersungguh-sungguh.

Oh.
Betul lah dia teman lelaki aku.

"Sepupu dia kot" aku cuba bersangka baik.

"Sepupu ??? Ni caption dia kata 'Thanks for everything, sayang' ni masih sepupu ??? Aku tak rasa tu sepupu dia sebab aku kenal perempuan tu" kata Deanna bersungguh-sungguh.

"Entahlah. Eh kejap ..."

Deanna buat muka.

"Lelaki tu siapa ???" soal ku.

"Kawan aku ..."

"Aku nak balik" aku terus berdiri dari tempat duduk aku untuk beredar.

"Mirah ..."

Aku terus berjalan tanpa menghiraukan Deanna.

***

Aku mencapai telefon bimbit aku. Aku benar-benar hilang sabar dengan teman lelaki aku. Sudah lah aku mengajak keluar, beribu alasan yang diberi. Rupanya dia keluar bersama orang lain.

"Hello"

"Awak keluar dengan siapa tadi ?" aku terus menyerangnya dengan soalan aku tanpa membalas 'hello'nya.

"Saya tak keluar mana-mana pun. Saya mana ada duit nak keluar"

Aku tersenyum sinis.

"Ohhh takde duit ... hmm thanks for everything SAYANG" sengaja aku menekankan perkataan itu. Pasti dia kaget sendiri walaupun aku tidak nampak.

" ........ kenapa awak berterima kasih dengan saya ?"

Nampaknya, dia masih bermain tarik tali dengan aku. Kosabajap.

"Esok saya nak jumpa awak"

"Tapi saya ..."

"No more excuses. Awak tak jumpa saya, jangan cari atau contact saya lagi"

Tanpa menanti jawapannya, aku terus menamatkan panggilan dan membawa diriku ke alam mimpi.

KESILAPANWhere stories live. Discover now