E N A M

289 26 1
                                    

"Mirah. Kenapa kau asyik abaikan aku je ni ? Whatsapp kau tak balas pun walaupun kau dah baca" tegur Deanna.

"Maafkan aku. Aku serabut"

"Serabut kenapa ?"

Aku mengeluh.

"Ingat lagi tak pasal Sofia yang aku cerita hari tu ?"

Deanna mengangguk.

"Pagi tadi dia serang aku tuduh aku bukan-bukan"

"Eh ? Kenapa pulak ?"

"Dia tuduh aku yang sebarkan cerita buruk pasal dia dengan pakwe dia. Aku takde masa lah nak buat semua tu" aku menepuk meja di hadapanku.

"Aik ? Salah sendiri kot. Lepas tu salahkan orang lain. Tak laporkan kat cikgu ke ?"

"Kalau laporkan pun mesti nak ada bukti. Masalahnya aku bukti pun takde. Takkan nak bagi otak aku kat cikgu tu cari balik apa yang aku nampak" jawab aku.

Deanna mengurut dagunya.

"Betul jugak kan. Takkan kau sorang je nampak ?"

"Ramai. Satu kelas nampak. Dah lah. Aku malas nak cakap pasal dia. Buat aku jadi lagi serabut je"

"Okay sorry" Deanna menghirup air tinnya sampai habis.

***

Sesi persekolahan untuk tahun ini tamat. Cuti sekolah pun bermula.

Akhirnya aku dapat menenangkan fikiran aku daripada hal sekolah.

Deanna mengejar aku dari belakang.

"Mirah. Nanti aku datang rumah kau. Aku ada plan untuk cuti nanti. Bye"

Arghh Mirah aku baru je terfikir untuk terperap di rumah sahaja.

Takpe lah.

***

Aku menunggu Deanna di stesen kereta api.

Kami nak ke mana ?

Kami nak ke ibu kota untuk berjumpa dengan kawan-kawannya. Dia meminta aku untuk datang bersama.

***

Kami tidak lagi bertiga. Kami kini bersatuduatigaempatlimaenamtujuh.

Aku mengenali mereka sebagai Maisara, Hani, Alisa, Syahirah dan Murni.

Dari mana Deanna mengenali mereka, aku pun tak tahu. Nanti-nanti lah aku tanya dia.

"Eh Mirah ! Tak payah nak malu-malu sangat lah. Pelik je tengok kau malu-malu macam ni" usik Deanna sambil ketawa.

"Mana ada. Aku tak tahu nak menyampuk apa je" balasku.

Tiba-tiba telefonku berdering minta dijawab.

Aku meminta diri sebentar untuk menjawab panggilan telefon kerana panggilan itu daripada perempuan sial itu.

Tak habis-habis mengganggu aku.

"Apa lagi kau nak ?" jerkah aku.

"Mirah. Jangan marah-marah macam ni please. Saya cuma nak bagitahu yang mama saya dah takde"

Aku tersentak mendengar makluman itu.

"Mama awak sakit apa ?" nada suara aku berubah menjadi tenang.

Aku mula rasa serba salah kerana memaki hamunnya hari itu.

Kesalahan yang besar ke aku melepaskan dia ?

"Saya ada hal ni. Nanti saya hubungi awak lagi" tanpa menunggu balasannya, aku terus menamatkan panggilan dan kembali ke meja tempat aku dan rakan-rakan Deanna berkumpul.

"Kenapa Mirah?" soal Deanna.

Aku tidak menjawab persoalannya dan berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku.

***

Malam itu, aku terus menghubungi bekas teman lelaki aku.

Aku lupa memberitahu kalian namamya. Nama dia Nik.

Trutt ... trutt ...

Panggilan aku dijawab.

"Nik ? Awak okay tak ?" aku memulakan perbualan.

"Sikit"

Kenapa aku ambil berat pasal dia ?

"Awak nak luah apa-apa, luah lah kat saya. Saya dengar" aku sukarela sendiri untuk mendengar segala luahan daripada Nik selepas ketiadaan ibunya yang tercinta.

"Saya ada awak je untuk temankan saya ..."

Aku terus mendengar semua luahan hatinya agar dia berasa tenang.

***

Macam tak percaya yang aku menerima dia semula sebagai sebahagian daripada hidup aku.

Aku tak tahu sama ada aku menerima dia atas sebab aku kesian atau aku masih cintakan dia.

Mungkin aku patut tanya pendapat daripada Deanna ?

***

"Kau getback dengan dia LAGI ?"

Aku sekadar mengangguk.

"Kau ni cepat sangatlah percayakan orang. Sekarang ye lah dia kata dia tak buat dah. Nanti dia pijak kepala kau lagi" bebel Deanna kepada aku.

Kau takkan faham.

"Aku percaya yang dia takkan buat macam tu lagi. Aku cuma bagi peluang kedua" aku mempertahankan diri aku.

"Peluang kedua ? Aku rasa ni bukan peluang kedua dah"

"Ya. Peluang ketigaempatlimaenam. Tapi kali ini aku betul-betul harap yang dia takkan curang dengan aku lagi"

Deanna melepaskan keluhan dan menggelengkan kepala.

Aku bagi peluang kat orang tu kesalahan yang besar ke ?

KESILAPANWhere stories live. Discover now