S E M B I L A N B E L A S

130 9 1
                                    

Aku dan Ain dalam perjalanan ke bilik kaunseling.

Ya aku sering ke sana. Ini temu janji aku yang keempat bersama kaunselor. Ain setia mengikut aku kerana dia mengatakan dia bosan duduk di asrama sahaja, maka lebih baik dia mengikut aku ke sana. Aku pula tidak menghalang.

Privasi ?

Kaunselor sentiasa menjaga privasi mereka yang mempunyai masalah.

"Aku tunggu kat luar ni" kata Ain sambil mengambil tempat di salah sebuah kerusi urut yang tersedia di dalam bilik kaunseling tersebut.

Aku hanya memberikan senyuman dan terus mengetuk pintu bilik kaunselor yang aku perlu temui itu.

***

"Amirah. Kalau awak masih mengalami masalah yang sama atau ada apa-apa yang menganggu awak terutama sekali gangguan dalam pembelajaran, pintu sentiasa terbuka untuk awak datang. Awak suka pendam. Pendam lama-lama pun tak baik untuk awak ..."

Aku hanya mendengar. Banyak kali aku mendengar perkara yang sama.

"Peperiksaan awak tak lama je lagi, betul tak ?"

Aku mengangguk.

"Saya harap awak tak terganggu dengan masalah awak. Bahaya kalau masalah awak mengganggu pembelajaran awak" katanya lagi sambil mencatat sesuatu di dalam bukunya.

"Okay Amirah. Nanti kalau ada apa-apa masalah lagi, awak boleh datang ke sini jumpa saya atau awak hubungi saya. Masih simpan lagi nombor saya ?"

Sekali lagi, aku menganggukkan kepala.

"Okay. Nanti datang lah lagi"

"Terima kasih, Encik Naim" kataku sambil memberi tunduk hormat dan keluar dari situ.

Sebaik sahaja aku melangkah keluar, Ain yang ketika itu sedang membaca risalah yang terdapat di ruang menunggu terus berdiri dan mendekati aku.

"Aku geram nak tahu apa masalah kau. Kusut sangat aku tengok kau ni" katanya.

"Takde apa sangat lah. Biasa je lah ni. Jom lah kita ... Pergi makan ?"

"Okay jom. Hari ni aku belanja kau makan"

Aku hanya tersenyum.

Aku bukan tidak mahu berkongsi masalah dengannya tetapi ... Aku cuma ... Tidak sanggup ? Entah. Aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk aku menjelaskannya.

KESILAPANWhere stories live. Discover now