Kami berhubung semula setelah aku kembali tenang.
Bergaduh itu proses mengenal.
Sekiranya anda tidak pernah bergaduh sedikit pun dengan rakan-rakan anda, percayalah bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan persahabatan kalian.Semuanya kembali menjadi seperti sediakala. Aku, Aqilah dan Murni sudah saling memaafkan antara satu sama lain.
Pada suatu hari, ada seseorang menghubungi aku semula. Aku langsung tidak mengenali nombor yang sedang menghubungi aku ketika itu.
Aku teragak-agak untuk menjawab. Tetapi perasaan ingin tahu menguasai diri, aku terus menarik simbol hijau.
"Do you know who am I ?"
Aku hairan. Sudah lah aku tidak mengenali si pemanggil. Tiba-tiba dia berkata begitu kepada aku pula.
Tetapi ...
Aku seperti pernah mendengar suaranya sebelum ini.
"Sorry. Salah nombor kot" kata aku lalu menamatkan panggilan.
Aku terus menghubungi salah seorang sahabat aku, Murni. Aku menceritakan perihal tadi kepadanya.
"Kosabajap. Aku pergi siasat"
Murni menamatkan panggilannya.
Aku tidak berdiam diri. Aku juga melakukan benda yang sama dengan Murni.
Setelah disiasat, barulah aku sedar bahawa orang yang menghubungi aku tadi ialah ...
Nis Deanna.
Aku memaklumkannya kepada Murni.
"Ya aku tahu" balas Murni.
Tidak lama selepas itu, ada sebuah pesanan masuk ke telefon aku.
Siapa pula kali ini ?
Murni juga mengatakan bahawa dia mendapat pesanan yang sama dengan aku.
"Mirah. Biar aku selesaikan. Kau jangan buat apa-apa"
Aku tidak membalas. Aku tak tahu apa yang hendak dilakukan oleh Murni.
Tidak ! Aku tidak boleh bersedih lagi !
Aku pun menghubungi sahabatku yang lain dan melayan kerenah masing-masing.
Sehinggalah Murni memberitahu di dalam group chat kami bahawa Deanna dan lain-lain hendak berbaik semula dengan aku dan Murni.
Mood aku berubah serta-merta.
Cuba anda bayangkan sendiri.
Sebelum ini aku hendak menyambung persahabatan yang terputus itu semula. Tetapi apa yang aku dapat hanyalah cemuhan. Semua kesalahan diletakkan kepada aku 100% dan kemudian meninggalkan aku begitu sahaja.
Bukan itu sahaja.
Sedang aku terkapai-kapai dilanda badai, dia langsung tiada bersama aku. Apatah lagi dipedulikan. Apa yang dia tahu hanyalah mengatakan aku lah punca segala-galanya dan pergi menghilang begitu sahaja.
Beberapa tahun kemudian, dia muncul semula dengan alasan hendak berbaik dengan aku semula.
Boleh terima kah semua itu ?
Aku menyerahkan semuanya kepada Murni untuk berurusan dengan mereka.
Jika aku yang berurusan dengan mereka, aku takut masalah lain yang akan timbul kelak.
Sedang Murni berurusan dengan mereka, Aqilah, Mimi, Diana dan Farahin mengatakan mereka tidak gemar melihat kelakuan Deanna dan rakan-rakan yang lain terhadap aku dan Murni.
YOU ARE READING
KESILAPAN
RandomSetiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. [Pemenang The Wattys 2016 Kategori Suara Baharu]