Murni membawa aku ke sebuah tempat.
Aqilah, Diana, Mimi, Farahin dan Sufi turut berada di situ.
"Masih belum terlambat untuk kau baiki semuanya" kata Murni.
"Walau apa pun yang berlaku, kami ada kat belakang kau. Kau dah berbaik dengan dia, jangan lupakan kami, okay ?" kata Aqilah pula.
Kejap.
Apa yang mereka hendak lakukan ?
Tidak lama selepas itu, Deanna muncul.
Kini dia berada di hadapan mata aku.
Sudah lama aku tidak berjumpa dengannya. Aku juga langsung tidak mengetahui bahawa dia sudah berpindah tempat tinggal.
"Cakap lah apa yang kau nak cakap" katanya.
Aku tidak tahu hendak mula daripada mana.
Jadi, aku menceritakan segalanya dari awal sehingga habis. Berapa lama aku menceritakan, menjelaskan semuanya, aku pun tak tahu.
Dia langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Hanya mendengar.
Ayat terakhir aku sebelum aku menamatkan penjelasan aku ...
Aku berjanji dengan diri aku sendiri yang aku akan kembali selepas semuanya selesai.
"Kenapa tak cakap macam ni daripada awal lagi ?"
Aku tersentak.
"Kalau kau bagitahu semuanya daripada awal, semua ni takkan jadi. Salah kau sebab kau tak jelaskan semuanya daripada awal lagi" katanya lagi.
Hati aku sakit tatkala mendengarnya.
Aqilah mendekati aku.
"Sorry. Kita memang tak kenal antara satu sama lain tapi aku harap kau dengan yang lain terima Mirah dengan Murni balik" pinta Aqilah dan menjauhkan diri semula.
"Aku tak rasa semuanya akan sama macam dulu"
Lama aku mendiamkan diri.
Kali ini Murni pula mendekati aku.
"Apa pun, kami dah mintak maaf dan harap semuanya dah selesai" katanya.
"Dah lama kami maafkan. Tapi kami takkan lupa" balas Deanna sinis.
Murni menganggukkan kepalanya tanda faham. Aku je yang masih berdiri statik di situ.
"Semuanya dah selesai. Aku pergi dulu. Bye" Deanna berjalan meninggalkan aku dan Murni.
Sahabat aku sejak dari zaman kanak-kanak pergi meninggalkan aku.
Setelah yakin Deanna tidak kelihatan, aku jatuh melutut.
Murni memandang aku dan turut melutut sama cuba menenangkan aku.
Rakan-rakan yang hanya menjadi pemerhati tadi datang mendapatkan aku.
Aku tak peduli.
Tak salah untuk aku menangis sendiri.
Aku menekup wajah aku sendiri. Aku tak pernah merasai perasaan sedih seperti ini.
YOU ARE READING
KESILAPAN
RandomSetiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. [Pemenang The Wattys 2016 Kategori Suara Baharu]