S E B E L A S

212 21 0
                                    

Selepas kejadian itu, aku sering mengurung diri di dalam bilik.

Lapar ?

Aku langsung tidak berasa lapar.

Telefon aku ?

Entah ke mana aku mencampakkannya selepas aku membuka lagu.

Lagu yang sama kerap dimainkan berulang kali dan untuk kali ke berapa entah aku menangis memikirkan nasib aku sendiri.

Kadangkala lagu yang sedang dimainkan berhenti sendiri kerana ada panggilan masuk tetapi aku langsung tidak mempedulikannya.

Sejujurnya aku tidak mahu bercakap atau berhubung dengan sesiapa. Aku memerlukan masa untuk berseorangan.

Aku berasa kosong, sedih, marah, semuanya bercampur menjadi satu.

Kosong ?
Kosong kerana aku seperti sudah kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam diri aku.

Sedih ?
Perlu ke aku menjelaskan lagi kenapa aku sedih ?

Marah ?
Aku marah pada diri aku sendiri. Pandai-pandai membuat keputusan sendiri.

Cuti sekolah aku diisi dengan kesedihan. Seperti sedang meratapi kematian diri aku sendiri.

***

Habis cuti sekolah, aku tetap ke sekolah seperti biasa.

Aku harap dapatlah aku melupakan semuanya di sekolah.

Setibanya di sekolah, aku cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Bella tiba lebih awal daripada aku.

Aku harap Farah tidak menceritakan apa-apa kepada Bella.

Aku melangkah masuk ke kelas seperti biasa.

Bella menegur aku ...

"Kenapa kau makin kurus ?"

Aku tersentak.

"Kurus ?" soalku semula.

"Ya kurus" Bella cuba meyakinkanku.

Aku sendiri tak ingat bila kali terakhir aku makan. Aku tidak menjawab soalannya dan terus duduk di sebelahnya.

***

"Mirah. Apasal kau diam je hari ni ?" Mairah menegur aku. Aku sekadar menggelengkan kepala.

"Tadi aku usha sorang awek junior ni. Comel !" Farah seperti memahami situasi aku dan terus mengubah topik perbualan.

Aku ?

Langsung tiada mood untuk melayan sesiapa.

KESILAPANWhere stories live. Discover now