T U J U H B E L A S

136 13 0
                                    

Setelah hampir sebulan aku menjadi seorang pelajar universiti, ada sebuah pesanan baru sahaja masuk ke ruang notifikasi aku.

NIK
Hai, Mirah

Hmm apa lagi lah dia ni. Tiba-tiba muncul balik. Gaduh dengan makwe je, cari aku. Memang aku RnR kau pun. Oh ya. Untuk pengetahuan umum,

Me
Hai

NIK
Buat apa ?

Me
Study. Kenapa ?

NIK
Saje. Saya rindukan awak

Dahiku berkerut seribu. Buang tebiat ke apa mamat ni ?

Tetapi aku langsung tidak melayan Nik apabila dia mula bercakap mengenai hati dan perasaan.

Kerana apa ?

Kerana aku langsung tiada perasaan apa-apa mengenai cinta.

Langsung.

Namun, semakin aku mengabaikannya, semakin menjadi-jadi perangainya. Dia pernah meminta aku untuk menghantar gambar aku ketika itu. Apabila aku bertanya kepadanya apakah tujuan dia, dia menjawab bahawa dia hendak menjadikan gambar aku sebagai gambar latar belakang telefonnya.

Antara persoalan yang bermain di fikiran ku ketika itu ialah ...

Apa yang terjadi di antara Nik bersama kekasih barunya ?

Aku pernah bertanyakan mengenainya tetapi dia memilih untuk berdolak-dalih. Tidak mengapa, Nik. Aku tahu apa yang terjadi. Cuma aku hanya perlu mengetahui kisah sebenar sahaja. Apa yang aku tahu, ada sesuatu yang tidak kena di antara kalian.

BONUS CHAT NikMirah

Me
Ahli sihir buat breaking dance never failed to make me laugh ! 😂

NIK
Saya macam Shrek. Susah nak dapatkan awak balik

Me
Sorry tapi saya macam Puss in the Boots dalam Shrek 4 ni. Pemalas. Bye

KESILAPANWhere stories live. Discover now