DIANA
Hai !Me
Hai ?DIANA
Nama saya Diana.Me
Ohhh okayKini aku ada sahabat baru. Aku harap mereka tidak menghampakan aku. Begitu juga dengan aku.
Seminggu aku berkurung di dalam bilik aku selepas kejadian hari tu. Susah untuk aku menerimanya.
Aku mengenali mereka sebagai Aqilah, Diana, Mimi, , Farahin dan Sufi. Murni juga mengenali mereka.
Selepas aku mengenali mereka, aku dapat melupakan kesedihan aku. Tetapi sementara sahaja.
Seorang demi seorang memberitahu aku bahawa mereka curiga dengan kekasih aku dan kawan-kawannya.
Ya. Aku dah lama perasan semua itu sejak awal perkenalan lagi.
Aku berfikir sejenak apa yang harus aku lakukan.
"Takpe. Just follow the game sampai habis"
Aku seperti tidak percaya bahawa Wonho yang berkata sedemikian. Seolah-olah aku mendapat sokongan yang luar biasa daripada mereka.
Akhirnya, kami berkomplot.
Kami akan dedahkan semuanya.
***
"Sejak kebelakangan ni asyik terperap dalam bilik je. Buat apa ?" soal ibuku sebaik sahaja aku pulang daripada sekolah.
"Takde apa lah. Tak tahu nak buat apa, duduk je lah dalam bilik tu" jawab aku dan terus menuju ke bilik untuk menukar pakaian.
Lama sangat ke ?
***
Seperti dejavu. Perkara itu berulang lagi. Kali ini aku juga turut serta dalam rundingan itu. Tetapi aku lebih banyak mendiamkan diri kerana aku seperti tiada perasaan apa-apa ketika itu.
Kosong.
Rakan-rakanku yang lain sahaja menyelesaikannya. Sama seperti Deanna dan rakan-rakannya lakukan dulu.
Namun begitu, walaupun aku berasa kosong, aku menyedari bahawa air mata aku mengalir di pipi aku.
Perasaan apakah ini ?
Tidak.
Aku tidak jatuh cinta dengan orang yang tidak wujud.
Aku memarahi diri aku sendiri.
Bukankah aku sendiri yang tidak mempercayai mereka sejak awal lagi ?
Tetapi kenapa sekarang perasaan aku bertukar ?
Tanpa disedari, Murni memberitahu aku bahawa semuanya sudah selesai.
Cepatnya masa berlalu.
Aku kembali kepada diri aku yang dulu.
Aku tidak mahu diganggu. Telefon pintarku kerap berdering menandakan ada orang menghubungi aku.
Tetapi aku tidak mengendahkannya. Aku melayan perasaan aku sendiri.
Pintu bilik aku diketuk.
"Farah datang ni"
Farah ?
Ada apa dia hendak berjumpa dengan aku ?
Aku segera membasuh muka aku dan cuba berlagak tenang di hadapan cermin. Setelah semuanya okay, aku terus mencapai telefon dan cardigan aku dan keluar dari 'penjara' aku.
***
"Aku tahu semuanya" kata Farah.
Aku memandangnya.
"Tahu apa ?"
"Tahu apa yang terjadi kat kau dengan yang lain" katanya lagi.
"Maksud kau ?" aku masih tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Farah.
"Mirah. Walaupun semua dah berpecah hari tu, Murni masih berhubungan dengan kitorang, dengan Deanna dengan lain-lain" terangnya lagi.
Aku tak tahu reaksi apa yang hendak diberikan tatkala mendengarnya.
"Murni bagitahu macam-macam. Sampailah korang serang dia lagi untuk kali kedua"
Aku mendiamkan diri.
Aku taknak ingat semua itu lagi !
"Aku rasa kau boleh baiki lagi semuanya" katanya lagi.
"Nak baiki apa lagi ? Diorang semua dah bencikan aku. Kau sendiri nampak kan yang Deanna kata dia takde kawan macam aku ni. Apa lagi yang aku boleh baiki ?"
"Aku tak tahu. Tapi masih belum terlambat lagi untuk kau betulkan semua salah faham antara kau dengan Deanna"
Aku tidak menjawab lagi. Fikiranku serabut.
YOU ARE READING
KESILAPAN
DiversosSetiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. [Pemenang The Wattys 2016 Kategori Suara Baharu]