D U A B E L A S

190 21 0
                                    

Setahun sudah berlalu.

Aku ?

Aku kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Tetapi ada sesetengah perkara yang membuatkan aku teringat akan kisah aku dahulu.

Itu sangat menyesakkan pemikiranku.

Tetapi, bila difikirkan balik, mengapa aku perlu sedih untuk mereka yang tidak memerlukan aku ? Bodohnya aku.

Walau bagaimanapun, sampai sekarang aku masih tidak dapat memaafkan diri aku kerana aku lah penyebab semua ini terjadi.

Seandainya aku tidak bertindak secara bersendirian, pasti tidak akan jadi begini.

Di luar, aku kelihatan seperti tiada apa-apa yang berlaku pada diri aku.

Namun di rumah setiap kali aku menjejakkan kaki ke bilik tidur aku, aku melayan perasaan aku sendiri.

***

Hari yang dinantikan telah tiba. Hari di mana semua pelajar akan mengetahui nasib mereka selepas sekolah tinggi.

Aku ?

Keputusan peperiksaan aku baik-baik sahaja. Cukup untuk aku menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Ibubapaku juga berkata begitu kepadaku. Sekurang-kurangnya keputusan ujian aku lebih baik daripada abangku sebelum ini.

Langkah seterusnya ?

Ya. Memilih universiti atau kolej mengikut bidang yang diminati.

Aku berbincang bersama-sama dengan kawan-kawanku yang lain.

Dikalangan kami, Aqilah mendapat keputusan yang paling tinggi.

Kini dia menyambung pelajarannya di sebuah universiti. Begitu juga dengan yang lain.

Diana yang lebih tua daripada kami juga tidak ketinggalan membantu kami dalam mencari maklumat mengenai universiti yang sesuai untuk kami.

Sesungguhnya, aku gembira bersama mereka kerana mereka sentiasa ada bersama aku di waktu aku susah dan senang.

***

Aku dilanda kesedihan lagi.

Aku tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Sedangkan, keputusan peperiksaan aku tidaklah teruk. Malah cukup syarat untuk aku menyambung ke mana-mana.

Sahabat-sahabat aku tidak putus-putus memberikan kata semangat kepadaku.

Namun, satu pun langsung tidak dapat menaikkan semangat aku.

Ini kerana aku merasakan aku masih tidak cukup bagus lagi.

Sehinggalah suatu hari sahabat-sahabatku mula hilang sabar dengan kelakuan aku. Terutama sekali Aqilah dan Murni.

Aku hanya bercakap apa yang aku rasa sahaja. Tetapi mereka masih lagi memarahi aku kerana kelakuan aku sendiri.

Apa lagi yang harus aku lakukan ?
Aku rapuh.
Aku tidak seperti dahulu yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Aku membiarkan sahaja mereka mengatakan apa sahaja kepada aku dan aku membalas jika perlu.

Atau erti kata lainnya ...

Bawa berbincang.

Setelah semuanya selesai, aku menghilangkan diri aku buat sementara waktu untuk menenangkan diri aku. Aku tidak mahu menghubungi sesiapa pun buat sementara waktu.

KESILAPANWhere stories live. Discover now