Lelaki yang bernama Azrul itu tak henti-henti menjerit mengerang seperti dalam kesakitan. Belum sempat mereka memanggil doktor Encik Azrul tiba-tiba sahaja diamkan diri.
"Encik? Encik okay tak?" soal tania, dia menyentuh perlahan bahu lelaki yang sedang mencakung menundukkan kepalanya itu.
Lelaki itu mendongak lama jugak dia memandang mata tania. Sebelum dia bangun dia mengenyitkan mata buat tania.
"saya kat mana?" soalan yang sama ditujukan kepada tania. Tania keliru.
"Hello? Pretty girl i'm asking you" soalnya lagi.
"Nia, akak rasakan nia langgar kepala dia kuat sangat kot? Peliknya dia ni" bisik kak feeya.
"Err Encik Azrul okay ke?" tania menyoal Encik azrul kembali.
"Saya tanya awak, awak boleh tanya saya balik? Tapi kan saya rasa saya macam pernah jumpa awak lah. Kita pernah kenal ke sebelum ni?" Encik Azrul duduk bersila diatas katilnya sambil menghalakan pandangannya ke arah tania. Dia yakin seratus peratus dia kenal perempuan ni.
Tania diam tidak menjawap soalan lelaki yang aneh baginya itu.
"Kejap awak ni yang dalam restoran d'sri haritu kan?" soal Encik Azrul tiba-tiba fikiran tania terbang kembali ke masa lampau.
"Oh jadi awak lah lelaki aneh yang suka hati minum air saya tempoh hari?"
Tania merengus geram terbit rasa menyesal sebab telah menolong lelaki itu.
"Eh nia! Nia kenal ke dia ni?" soal abang akim.
"Nia baru teringat dia ni lah mamat yang berhoodie yang rembat air minuman nia haritu" ujar tania sambil menyilangkan tangannya.
Encik azrul menayangkan muka bosannya, lama jugak dia berdiam diri akhirnya dia bersuara.
"Telefon saya dekat mana? Awak ada telefon tak pinjam kejap" Azrul menoleh ke arah tania.
Tania mengeluarkan telefon bimbitnya dari handbag dan menyerahkan kepada azrul dengan teragak-agak.
Laju sahaja jari jemari azrul menaip di screen telefon tania. Dia menekapkan telefon itu ke telinganya menunggu panggilan nya dijawap.
"Hello" kedengaran suara di corong telefon.
"Hello shira! Erul ni! Shira kat mana?" soal azrul sebaik sahaja panggilannya dijawap oleh seseorang di talian.
"Erul! Awak kat mana puas saya cari! Awak tahu tak semalam concert awak terpaksa dibatalkan, saya ada dekat office awak pulak dekat mana?"
"Saya ada dekat hospital, entahlah mungkin ni semua gara-gara az!" ujar azrul. Dia yakin az yang lakukan ini semua.
"Tapi Erul tak apa-apa kah? Ada luka kat mana-mana tak?"
"Cuma luka kat dahi saja tapi awak jangan risau tak ada kecederaan serius nanti saya sms alamat hospital kat awak" Azrul mematikan talian telefonnya.
Dia menyerahkan kembali telefon itu kepada tania, sambil melemparkan pandang ke arah tingkap lalu dia menghelakan nafas panjang.
"Encik Azrul okey tak?" soal tania dia perlu memastikan keadaan lelaki itu ya lah pelik sangat.
"Awak jangan risau saya okay and one morething, saya nak minta maaf sebab tempoh hari bersikap sedikit kurang ajar" Azrul duduk di katilnya sambil memandang tepat ke arah tania.
"Tak mengapalah encik, saya dah biasa dengan manusia-manusia yang berperangai pelik"
"Tapi kan awak tak kenal saya ke?" soalan pelik ditujukan buat tania. Kak feeya dan abang akim sekadar memerhati sahaja.
"kenapa ya encik? Maaf lah tapi saya memang tak kenal encik, kita pun just selisih begitu je"
"biar betul awak tak kenal saya..."
Belum sempat azrul memperkenalkan dirinya, telefon kak feeya berdering.
"Assalamualaikum, Ya Puan Rashidah ada apa?" kak feeya menjawap panggilan dengan muka yang tampak tenang sambil mengerling ke arah suaminya.
Sesaat kemudian dahinya berkerut-kerut "Ya Allah Anak aku!" ujar kak feeya cemas.
"kenapa dengan danish?" soal tania dan abang akim serentak.
"Dia jatuh! Abang jum cepat bang! Anak kita bang!" kak feeya menarik lengan sasa milik suaminya.
"Maaf Encik saya terpaksa pergi sekarang, ada hal kecemasan!"
Azrul mengangguk tanda paham, tapi dia sedikit aneh takkan lah perempuan ni tak kenal siapa dia.
YOU ARE READING
Berikan Aku Cinta
Random"hati ini terus mencintai meskipun ditikam belati tanpa henti" Kasih sayang kesetiaan dibalas dengan dendam dan kecurangan akankah mampu si isteri bertahan? Kisah ini memberi pengajaran kepada setiap manusia. Tolong hargai apa yang kau ada. Nak tahu...