Tania memandang potret perkahwinannya dengan danial. Saat dimana dia bahagia tapi wajah danial jelas menggambarkan ketidak puas hatinya.
'abang... Wawa rindu abang' keluh tania tanpa sedar. Danial cinta pertama dia yang takkan pernah mati.
"Nia" tegur kak feeya perlahan tania menoleh ke arah kak feeya sambil menahan sebak didada.
"Nia, akak tahu akak tak patut masuk campur. Tapi akak rasa dah tiba masanya untuk nia mulakan hidup baru"
"Nia dah memang mulakan hidup baru sejak nia di amsterdam lagi kak" nia mengesat airmata yang mengalir dipipi
"Lupakan dia nia, memang nia berubah tapi hati nia tu masih lagi milik Nur Imani najwa!"
"Wawa dah takde Wawa dah mati! Dia mati bersama kenangan pahit yang Danial cipta!" Tania bingkas bangun berdiri di tepi tingkap kondonya itu memandang ke bawah cuba menghirup udara untuk menenangkan jiwanya.
"tapi nia sayang dia kak, dia cinta pertama nia, macam mana pun dia pernah jadi suami nia walaupun dia berikan layanan paling buruk sekalipun nia ikhlas kak sebab nia cintakan dia" Tania mengesat airmata yang mengalir.
Kak feeya memeluk erat tania, dia faham tapi sengaja menekan nia supaya lupakan arwah Danial.
"Nia? Macam mana dengan lelaki aneh yang kamu terlanggar tu? Dah okey ke dia?" kak feeya melepaskan pelukkannya dan mengambil posisi disebelah anaknya yang leka bermain .
Tania menggeleng, sejak peristiwa danish tercedera di taska dia langsung tidak menjenguk si mamat aneh itu lagi. "Biarlah kak, bukannya teruk pun luka calar sikit je. Dah seminggu confirm dah sembuh" .
"Akak bukan apa takut buatnya si mamat tu buat report polis macam mana?"
"Akak ni jangan buat saya cuak! Ish harap-harap takde lah kot" Tania yang sudah bimbang itu segera menekan butang remote control tv dengan harapan dapat menyenangkan sedikit kegusaran dihatinya itu.
"sekarang kita dapat menemuramah artis yang baru meningkat naik yang sememangnya terkenal dengan kemerduan suaranya juga serta kemantapan lakonannya siapa lagi kalau bukan Erull, Ye selamat datang ke melodi . Kitorang risikrisik Erul baru sahaja sembuh dari kecederaan yang dialami baru baru ini? Boleh ceritakan sikit tak pengalaman itu" Hampir terbuntang mata tania melihat seraut wajah yang terpempang do kaca tv bersaiz 52inci rumahnya itu.
"eh nia tu bukan budak pelik kau langgar tu ke? Panjang umur dia hidup lagi budaknya" suara kak feeya memecahkan kesunyian rumahku .Hampir terbuntang mata tania melihat sosok tubuh lelaki aneh itu di kaca television.
"Sebenarnya itu hal kecil tapi saya masih lagi trauma akibat daripada kemalangan itu. Saya nak perempuan yang langgar saya tempuh hari datang jumpa saya, dia perlu bertanggungjawab atas kecuaiannya"
"kak feeya ! Macam mana ni? Kenapa dia nak jumpa nia? Mati lah ape dia nak buat? Report polis? Hukum gantung? Ya Allah kak nia taknak mati lagi kak ! Nia muda lagi nia tak kawen lagi ape nak buat ni kak!" huru-hara tania mundar-mandir dihadapan feeya hampir pening feeya dengan gelagat adik sepupunya itu. Persis kanak-kanak.
"Bertenang boleh tak nia? Mengelupur macam 'cacing kepanasan' ni dah kenapa? Ala kamu ni bayar kan jelah apa-apa kerosakkan kereta dia. Macam tak berduit pulak kamu ni!" bebel kak feeya.
Tania masih lagi dengan muka cuaknya sudahlah kisah hidup dia tak henti-henti ditimpa musibah ini pulak bala yang datangnya.
YOU ARE READING
Berikan Aku Cinta
Random"hati ini terus mencintai meskipun ditikam belati tanpa henti" Kasih sayang kesetiaan dibalas dengan dendam dan kecurangan akankah mampu si isteri bertahan? Kisah ini memberi pengajaran kepada setiap manusia. Tolong hargai apa yang kau ada. Nak tahu...